Rumah > ASB, Pelaburan > Contoh Pengiraan DIVIDEN dan BONUS ASB

Contoh Pengiraan DIVIDEN dan BONUS ASB

Contoh pengiraan dividen dan bonus, dengan dua kes yang berbeza:

Kadar dividen 2006 = 7.3%
Kadar Bonus 2006 = 1.25%

Kes 1: Melabur RM10,000 pada 6 Jan 2006 (baki minima adalah baki minima selepas 7hb), berapakah hasil pendapatan pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2006.

DIVIDEN
Jumlah baki minima bulan Jan – Dis 2006 (Semuanya RM10,000) = 12 * 10000
Dividen = 120000/12 * 7.3% = 730

BONUS
Jumlah baki minima bulan Jan 1997 – Dis 2006 = 12 * 10000
(Baki minima sebelum Jan 2006 adalah kosong)
Bonus = 120000/120 * 1.25% = 12.50

Jumlah Pendapatan = 730 + 12.50 = 742.50
Jumlah Baki Simpanan = 10000 + 742.50 = RM10742.50

Maka kadar pendapatan sebenar untuk tempoh Jan – Dis 2006 adalah =
((10742.50/10000) – 1) x 100 = 7.425%

Kes 2: Melabur RM1,000 pada awal setiap bulan daripada Jan hingga Dis 2006, jadi jumlah pelaburan adalah RM12,000.

DIVIDEN
Jumlah baki minima bulan Jan – Dis 2006 =
1000 + 2000 + 3000 + … + 10000 + 11000 + 12000 = 78000
Dividen = 78000/12 * 7.3% = 474.50

BONUS
Jumlah baki minima bulan Jan 1997 – Dis 2006 = 78000
(Sama dengan baki minima dividen di atas, kerana baki minima sebelum 2006 adalah 0)
Bonus = 78000/120 * 1.25% = 8.125

Jumlah Pendapatan = 474.50 + 8.125 = 482.625
Jumlah Baki Simpanan = 12000 + 482.625 = RM12482.625

Maka kadar pendapatan sebenar untuk tempoh Jan – Dis 2006 adalah =
((12482.625/12000) – 1) x 100 = 4.022%

Setelah memperoleh kadar pulangan sebenar, bolehlah anda membuat pengiraan untuk jumlah simpanan yang berbeza. Contohya, jika dalam kes 1 anda menyimpan RM12,000, maka pulangannya adalah 12000 * 7.425%. Jika dalam kes 2 anda menyimpan RM300 setiap bulan, maka pulangannya adalah 23400 * 4.022% (300 + 600 + … + 3300 + 3600). Perhatikan kes 1 lebih mudah untuk membuat pengiraan.

Ada pembaca yang bertanya, dari mana pulak saya dapat formula ni. Sebenarnya formula ni ada disertakan dalam penyata yang dihantar kepada pelabur setiap awal tahun, selalunya selepas dividen dan bonus diumumkan. Formula ni dinyatakan pada helaian belakang penyata anda. Sebelum tu kena pastikan, alamat buku ASB anda adalah terkini, kalau tidak, penyata tu tidak akan dihantar ke alamat yg betul.

Kesimpulannya, jika anda mampu masukkan saja semua bonus gaji yang anda terima pada setiap hujung tahun dalam ASB untuk mendapat kadar pulangan yang lebih baik. Kalau tak dapat juga, barulah simpan secara ansuran setiap bulan, pulangannya mungkin kurang untuk tahun pertama, tetapi tahun kedua pulangannya akan lebih baik. Bonus pula akan memberi manfaat lebih banyak kepada pelabur yang tidak mengusik simpanan mereka sejak 10 tahun yang lalu.

Gandakan Wang anda dengan Bijak MELABUR.

Categories: ASB, Pelaburan
  1. mizan
    18 Februari 2009 at 5:40 am | #1

    Macam mana nak kira dividen dan bonus ASB?? Saya harap pihak anda dapat menjelaskan dengan lebih lanjut lagi.

  2. maria
    15 Disember 2009 at 10:33 am | #2

    saya mempunyai 2 akaun. akaun pertama RM10,000.00 mulai januari – disember 2009. manakala akaun 2 RM30,000.00 mulai Disember 2010. Macammana kira-kiranya tu.

  3. 17 Disember 2009 at 8:27 am | #3

    cara pengiraan adakah cukup utk setahun jika saya melabur dipertengahan tahun.
    contoh saya mula melabur 10000 dlm bulan jun 2009. Bagaimana cara pengiraan bonus dan dividen nya.

  4. himran
    25 Disember 2009 at 5:36 pm | #4

    mcm mn nak kira dividen simpanan tabung haji untuk setahun?

  5. sephia
    21 September 2010 at 11:31 pm | #5

    nak tanya…

    berkenaan dividen:
    katalah saya melabur pada tahun 2008 seperti kes 1. jadi jumlah baki simpanan saya ialah RM10742.50. pada jan 2009, saya tidak memasukkan duit lain. adakah dividen pada tahun 2009 didarabkan dengan RM10742.50? atau setiap awal tahun saya kena memasukkan wang untuk melabur?

    berkenaan bonus:
    katalah saya melabur seperti di atas. macam mana nak kira bonus untuk tahun 2009 dan seterusnya?

    sekian, terima kasih.

  6. azlan
    1 Disember 2010 at 11:32 pm | #6

    memenag unit trus memberi pulangan tinggi tetapi kos seunit yang sering berubah…kadang jatuh hampir separuh dari hanga kita beli

  7. azlan
    1 Disember 2010 at 11:34 pm | #7

    belaburan seperti emas pelan insurans asb unit trust.adalah pelaburan yang baik jadi kita boleh pelbagai pelaburan

  8. 3 Disember 2010 at 2:26 pm | #8

    sya nk tahu adakah akn dpt dividen klu sya beli sijil bln oktoeber sbnyak 30000,hujung tahun ada bonus x untuk saya?

  9. iamIL
    17 Disember 2010 at 2:57 am | #9

    BETOL KE CARA PENGIRAAN KAT ATAS TU?
    APSAL BONUS DIA RM 40 JE BAIK TAK PAYAH MAK AKU PUN BLEY BAGI..SIKITNYE ASB BONUS TOLONGLA CKIT ORG MELAYU, BG LA LEBIH CKT.

    • zahalee
      17 Disember 2010 at 7:12 am | #10

      Dari mana u dapat figure RM40 tu. Sila baca artikel dgn teliti sebelum buat komen. Kalau tak, akibatnya sendiri yg terus hanyut tak faham topik yg dibincangkan.

    • sha
      25 Januari 2011 at 8:50 am | #11

      setuju dgn zahalee..simpan sikit dapat la sikit.. jangan nak salahkan orang lain pulak kalau dapat ciput. Tiba-tiba keluar angka RM 40. Macam mana melayu nak maju kalau diri sendiri tak nak tolong diri sendiri. Kalau tak faham topik carila guru untuk fahamkan, jangan terus mengondem orang lain.

    • joeee
      7 Mei 2012 at 2:35 pm | #12

      iamil ni bebal???

  10. AJ
    21 Disember 2010 at 4:26 pm | #13

    Boleh tanya skit? Untuk pengiraan Bonus = 78000/120 * 1.25% = 8.125. Kenapa dibahagi 120 dan bukan 12?

    • zahalee
      22 Disember 2010 at 3:40 pm | #14

      Kira bonus memang macam tu, iaitu berdasarkan baki purata minimum 120 bulan yg terakhir.

    • sha
      25 Januari 2011 at 8:53 am | #15

      Jika melabur dari awal tahun atau berterusan dari tahun sebelumnya, maka perlulah dibahagi 12 bulan. Jika baru buka akaun katakan dari bulan Ogos maka perlulah dibahagikan kepada 5 bulan. Ia dikira dari bulan berapa baki terendah itu ada dalam akaun kita.

  11. eliza
    31 Disember 2010 at 11:24 am | #16

    saya nak tanya saya ada buat loan asb bulan jun 2010 untuk 5ok..berapakah dividen yang saya dapat?

    • sha
      25 Januari 2011 at 9:10 am | #17

      pengiraannya 50k x 7bulan = 50000
      = 50,000/7 X 0.075
      = 535.71 + 0.75
      = RM 536.46

      • nizam
        15 Februari 2011 at 4:27 pm | #18

        slh tu…… cm ni..
        50000 x 7.5%=3750
        3750/12=312.2
        312.2x7bulan=2187.5

  12. amin
    31 Disember 2010 at 12:59 pm | #19

    leh ar dapat lebih kurang 2 ribu lebih dekat 3 ribu jgak ar

  13. ila
    4 Januari 2011 at 10:19 am | #20

    askum. sy buat loan asb starting jan2010 sebanyak 50k. dividen + bonus yg sy dpt jan2011 adalah sebanyak rm3.5k. tp sy x faham cr pengiraan. harap bantu? terima kasih

  14. cik nurul
    5 Januari 2011 at 2:51 pm | #21

    ila:ala kira je secara kasar..mgkin dividen awk dikira dari bulan feb 2010..
    so 50000×7.5% x 11/12=rm3437.5..
    so 3500 yg awk dapt tu tolakkan ngn yg d ats
    3500-3437.5=rm62.5. RM 62.5 yg ni mgkin bonus dia..
    agaknye laa….hehehehe..tq
    untng sebenarnye…dr simpan sendiri..

    • ila
      6 Januari 2011 at 7:12 pm | #22

      ahhhhh thanks cik nurul. mungkin la. sbnrnye sye lupe sye start byr dr bulan bpe. tanye org maybank byk lak proses nk kne wat semata mate nk tau bln bpe start. hadoi…thanks again

    • sha
      25 Januari 2011 at 9:02 am | #23

      Pengiraannya begini (ikut baki terendah setiap bulan yer).
      1. Jan = 50000
      2. Feb = 50000
      3. Mac = 50000
      (pengiraan dibuat sampai bulan 12)

      i. seterusnya totalkan kesemua jumlah td
      = 50,000 x 12 = 600,000 (total dari baki tertendah setiap bulan)
      = 600,000 /12bulan (sebab masuk dari jan-dis) = 50,000 (purata sebulan)
      = 50,000 x 0.075 (7.5% dividen tahun 2010)
      = RM 3750 + 0.75sen (utk bulan 12)
      = RM 3750.75 dividen 2010
      *so tambahkan la dengan jumlah pinjaman 50k = RM 53,750.75

  15. 14 Januari 2011 at 9:18 am | #24

    ini dia cara kira yang sebenar untuk tabung haji.

    (jumlah simpanan x % dividen)x (jumlah hari simpanan /365)
    (11050.00 x 5/100 = 552.50)x (240hari /365)= jumlah dapat 363.00
    contoh simpanan 11050.00 selama 8 bulan dalam tahun 2010
    pada awal sept dikeluarkan 1050.00,baki simpanan adalah 10000.00
    dividen untuk 4 bulan sept-dec (10000 x5/100=500) x 120hari/365)=jumlah dapat 164.00

    jumlah dividen semua = 363.00 + 164.00 =527.00
    begitulah kira kalau setiap bulan ada keluaran atau ditambah.

    sumber mana aku dapat?..

    hee hee hee,tak ada kerja aku buatlah formula sendiri

  16. farid
    26 Januari 2011 at 1:01 am | #25

    macam mana nk kira kalau saya start masuk 31/5/2010 RM 300 then last balance RM 2450 pada bulan 9..saya dah kira tpi tetp x sama dengan dividen sya dapat iaitu 74.37..de formula lain ke??

  17. lantoi
    10 Mac 2011 at 12:55 am | #26

    Salam Bro Zahalee. I tahu fakta ni dividen asb dikira pada baki bulanan yg terendah setiap bulan. Tapi let say nak menambahkan pelburan dlm asb tentulah pada atau sebelum 1 atau 2 hari sebelum 1hb setiap bulan. contohnya dapat gaji pada 31 hb dan adelah RM 500 utk dilabur so you kena pastikan yang you masukkan pada 1hb bulan berikutnye barulah dikira dividen utk pelaburan RM500 tu tuh

    Hah ini I ader satu persoalan besok I nak cal PNB to get their clarification:PERSOALANnya: setiap 1hb pengiraan dividen akan diambil kira tetapi tertakluk pada baki terendah pada bulan itu. masalahye yg I nampak bila kita update dividen pada januari dividen tu dimasuk pada 2 januari bukan 1hb sebab 1hb adelah public holiday. Katakan kita ader baki terendah 12 bulan kita aderlah RM10000 dan kita ader rm 10k (utk mudahkan pegiraan) so pada 2/1 kita update dividen (let say dividen 7% dan faktor bonus diabaikan) so kita kan dpt dividen RM700 = pelaburam RM10,000 tadi. Adekah RM 700 itu dikira utuk bulan January tuh sebab update pun boleh pada 2hb. itu kalau dividen RM700 cuba bayangkan kalau dividen yg RM lebih besar…..tak rugi dividen yg distihar tu rtak masuk untuk pengiraan dividen utk bulan january… BRO Zahalee ada pandangan…
    pada Bula Januari tu

    • zahalee
      10 Mac 2011 at 1:55 pm | #27

      Dividen tetap dikira utk bulan Januari tu. Sebab duit sebenarnya telah dimasukkan kpd pelabur pada 1hb melalui sistem ASNB. Cuma kita sebagai pelabur hanya boleh update pada 2hb, tapi duit dividen telahpun dimasukkan pd 1hb. Apapun, inisiatif yg baik juga utk tanya dgn pegawai ASNB utk confirmation.

  18. zepp
    15 April 2011 at 7:32 am | #28

    Salam.apa nk payah2..kita simpan je le dlm asb tu…bonus nanti diaorg kira kan la utk kita..tu kn keja diaorg. keja pnb..hehhee..yg penting, ada atau tk kita menyimpan..tu lg penting.betul tk?mcm mana pn,tiap thn mmg ada dividen kan?pokok tk ilang pn.

    • lantoi
      22 April 2011 at 7:26 pm | #29

      Salam Bro I tak kata pandangan you salah tapi It’s better for u to know how the calculation works. PNB ni manusia juga kdg2 mungkin depa boleh buat silap so kalau kita tau cara diorang kira maka tak perlulah kita tertanye-tanye berapa yg aku dapat . mcm saya belum update buku pun saya dah berapa yg saya dpt so pegi punch buku pun sekadar utk nak nampakkan div tuh. So baljo kire ye bro Good Luck

  19. ita
    16 April 2011 at 8:39 am | #30

    mmg pun. tp bg sy kita kena tau jgak bila duit kita dikira utk dpt dividen sbbnye klu kita nk keluarkan duit asb setidak2nye kita tau bila masa yg sesuai. semua org nk memaksimakan keuntungan.

  20. mat
    22 April 2011 at 3:57 am | #31

    kalau nak ikutkan simpan dividen tinggi pelbagai perlaburan pulop la baru simpan sikit jer dividen pun ciput aje dapat lama lama banyak le

  21. sazuan
    24 April 2011 at 12:14 pm | #32

    dalam asb sy ade 40k…kalo taun depan sy wat loan asb,kena bukak akaun baru ke???jawab la kalo brani???hihih

  22. sazuan
    24 April 2011 at 12:31 pm | #33

    1-abu pemegang akaun asb selama 30 thn..jumlah simpanan rm 50k.
    2-ali pemegang akaun asb selama 5 tahun..jumlah simpanan rm 50k.

    jd,adakah faedah doirg berdua sama atau sebaliknya…

    please…perlukan penjelasan…tq

  23. luqman
    19 Mei 2011 at 4:07 pm | #34

    Assalaaam.. Siapa Nama & Berapa orang yg sanggup jd panel syari`ah dalam ASB? Wang di dlm ASB akan dilaburkan di mana? Sila jelaskan. Tq

  24. fendy
    19 Jun 2011 at 11:03 pm | #35

    btl2 ingin tau ni…yg sy tau had utk asb 200k….sy dh buat loan asb 200k 2 tahun lps so skrg ni nilai yg ade lebihn dr 200k…sy x pernah buat pengeluaran dr akaun tp klu skrg sy buat pengeluaran dlm 20k..adakah lps ni sy blh masukkan semula nilai yg sama dlm akaun sy..

    • lantoi
      21 Jun 2011 at 8:07 pm | #36

      Boleh bro, saya tak tau berapa dividen yg tuan sudah dpt sepanjang 2 tahun tu tapi saya buat andaianlah 200k dan 2 kali dapat dividen mungkin dlm RM30K so now your new limit is RM230k. Let say u keluarkan 20k tu. dan lepas tu anda boleh masukkan rm 20k tu bila-bila masa sahaja sebab lepas anda keluarkan RM 20k maka pelaburan u dah tinggal 210K….. limit ini akan sentiasa bertambah dgn pertambahan dividen dan bonus………. cayalahh

  25. orang baru
    21 Jun 2011 at 7:09 pm | #37

    Encik Zahalee, saya nak tanya pengiraan pengeluar diveden untuk membayar loan. Contoh saya ada buat loan 200K. so tahun pertama saya buat bayaran monthly . Bila dapat dividen saya guna duit tu untuk bayar loan , maksudnya loan saya 1000. jadi setiap bulan saya keluarkan 1k sehingga bulan december . Soalan saya adakah PNB akan kira dividen untuk bulan january saya keluarkan 1k dari14k dividen (14k-1k=13k(jan) 13k-1k=12k (feb))dan seterusnya. Dan kedua bila saya dah keluarkan dividen 7k tu untuk bayar loan tiba2 pula ada durian runtuh lalu saya ingin memasukan kembali 7k tu balik ke acct saya. Adakah PNB akan kira diveiden untuk 7k itu semula. ingin tahu…makasih

  26. babydarleng
    10 Ogos 2011 at 11:37 am | #38

    adoooiiii…. aku dah pening dgn asb ni… byk sgt pendapat.. aku ambk rm100k asb loan dgn rhb.. yg en.bank terangkan the latest punya interest 8.75%.. tapi tak tau lagi untuk tahun 2011/2012. so if 8.75%, meant dividen aku dpt january 2012, rm8750.. aa..haa ni yang en.bank terangkan. tpi bila baca pendapat org lain kat internet bmcm2 dah pndapat.. adoiii mcm mna ni? pls tolong aku dude.. pening kpala aku.

  27. beruang miskin
    23 September 2011 at 6:31 pm | #39

    Kerajaan dah annouce Amanah saham 1M dividen 6.5% untuk tahun 2011. Syukur walaupun tak banyak…. target nak 7%…walau bagaimana pun saya beryukur sangat memandang kan unit trust yang saya dah laburkan belum naik2 lagi…

  28. 14 Januari 2012 at 3:21 pm | #40

    saye nk tnye..mcm mane nk kira bonus sebab sye letak 50k Jan 2011 tp bonus saye dapat Rm51 sahaje…boleh tolong kirekn x…?sb sye kira sepatutnye dapat rm650 tp beza betol…

    • shahrol
      27 Mei 2013 at 1:41 am | #41

      he he he Bonus = (50,000 x 11 bulan)/120 =RM5,000 * 1.15% jer

  29. hehe….
    21 Disember 2012 at 12:18 pm | #42

    KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, jumlah tertinggi bagi tempoh lima tahun terakhir ini.

    Tahun lalu agihan pendapatan ialah sebanyak 7.65 sen seunit.
    Peruntukan bagi pengagihan pendapatan tahun ini membabitkan pembayaran sebanyak RM8.13 bilion, meningkat 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilion pada 2011.

    Peruntukan bagi bonus pula berjumlah RM712.21 juta berbanding RM600.4 juta tahun lalu.

  30. 21 Disember 2012 at 2:02 pm | #43

    ini tahun ke2…loan 200K kira2 dapt la 17800..syukur alhamdulillah berkat kesabaran menbyr tiap-tiap bulan selama setahun…wat modal niaga sikit boleh la lepas tolak comitmment lain tu..

  31. ery
    21 Disember 2012 at 8:25 pm | #44

    bagaimana cara pengiraan sy bt loan kt easy asb sbyk 50k…start bln jan 2012..adkah sy jgk perolehi bonus asb..

  32. effendy
    26 Disember 2012 at 9:02 am | #45

    macam mana pula kes ini: Bulan Januari 2012 dalam asb ada 100k…bulan jun 2012 dikeluarkan semua…masih dapat dividen utk tahun 2012?..

    • shahrol
      27 Mei 2013 at 1:56 am | #46

      dpt utk 4 bulan la

      • shahrol
        22 Jun 2013 at 10:47 am | #47

        Akan dpt bonus utk 9 thn akan datang, tapi sikit la sebab hanya sempat melabur utk 4 bulan.

  33. 30 Disember 2012 at 11:51 pm | #48

    Askum..
    Sy nk tnya..sy msh kurang faham psl simpnan asb bank ni..sy start buat asb nie dalm bulan march 2011..so bila sy akn dpt dividen nye..awal tahun atau ikut bila start.
    Tksh..hrp dpt mmbantu..

  34. rozal_qs
    1 Februari 2013 at 11:17 am | #50

    saya baru create worksheet anggaran/pengiraan asb. Perlukan otai utk semak….sesiapa yang nak cuba guna pun ok gak….(kesalahan tanggung sendiri la) ..free ja. berminat boleh sent email kat rozal_qs@yahoo.com. terima kasih.

  35. ORANG KECIL
    14 Jun 2013 at 4:34 pm | #51

    BONUS
    Jumlah baki minima bulan Jan 1997 – Dis 2006 = 12 * 10000
    (Baki minima sebelum Jan 2006 adalah kosong)
    Bonus = 120000/120 * 1.25% = 12.50

    Kenapa dibahagi dgn 120? boleh tolong jelaskan?

    • shahrol
      20 Jun 2013 at 3:02 am | #52

      Rasanya admin pernah jelaskan di awal awal komen. Teman cuba tambah jer. Kaedah agihan keuntungan pelaburan adalah ditetapkan oleh PNB. Dividen diberikan untuk tempoh pelaburan setahun dan bonus diberikan untuk tempoh pelaburan sepuluh tahun. Tujuan dia mungkin utk galakkan pelaburan jangka panjang. Maka makin lama kita simpan makin banyak kita dapat dan kalau kemudiannya kita keluarkan semua pelaburan, kita masih lagi akan menerima bonus untuk 9 tahun seterusnya.

  1. 10 Februari 2008 at 1:22 am | #1

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 148 other followers

%d bloggers like this: