Rumah > ASB, Pelaburan, Unit Amanah > Pelaburan melalui Pinjaman ASB (ASB Loan)

Pelaburan melalui Pinjaman ASB (ASB Loan)

Ini satu topik yang agak menarik juga untuk dibincangkan, memandangkan sekarang ni bank-bank berlumba-lumba mempromosikan skim pinjaman ASB ni. Malah di Minggu Amanah Saham Malaysia (MASM) yang dianjurkan oleh PNB, mereka turut mempromosikan skim ini. Secara peribadi saya juga sering didekati oleh staf bank yang mempromosikan skim, tetapi saya telahpun nekad untuk tidak akan terpedaya dengan skim ini. Penulis jutawan Azizi Ali menulis satu artikel berkaitan topik ini yang boleh kita manfaatkan bersama-sama.

Berikut adalah teks Azizi Ali:
One of the most common question I get is this: is it a good idea to borrow money to invest in investment x (the x can be unit trusts, ASB, properties, business, Bank Rakyat shares, etc., etc.)?

Let me answer the question in real world terms.

Firstly, that is how folks build serious money – by using other people’s money. This strategy is a regular occurrence in business. Entrepreneurs borrow money from the bank to finance their expansion. They conquer the world, repay the loan and make tons of money. And that is always a good thing.

Now this concept of borrowing money to make more money works a treat for businesses as the margins are wide. The interest charged for the loan is often below 10 percent, but the
business reaps 30, 50 or even 100 percent return on their investment.

Further, because of the wide margins, even when the returns drop, the businesses still make loads of money.

Now you can see why this concept is made-to-order for businesses.

However, the same does not apply when it comes to investments such as shares or unit trusts. Often time, the margin or spread between the interest and return is slim -
less than 3% most of the time. For example, the interest charged is 9% but the return is only 12%.

Now if the situation remains like that – with the interest at 9% and return at 12% – things are still hunky dory. You would dowell taking the loan and making the investment. However, what usually happens is that the return starts to drop off. From 12%, they drop to 10% and then to 9%. (By the way, this is what happened to the fabulous ASB.)

The way things are going, the return could very well drop below the interest charged! And this is not an unusual thing. When that happens, instead of making money, the investor is now forking out money. And that, needless to say, is not a very nice thing to happen. Not exactly the stuff of fairy tales. (By the way again, this is what usually happens when folks borrow money to invest in stocks.)

Now after painting the real world scenario, let me answer the question. Yes, you should borrow money to invest – if the spread is wide (more than 5%) and you are pretty sure
that the situation will remain status quo for the loan period. For example, if the interest is 9%, the return should be at least 14%. Otherwise, let others be the test-pilot. You watch by the sidelines.

Now, I know a lot of people will jump and shake their heads. They will reminisce of how their father, grandfather, uncle, auntie or neighbour made tons of money by borrowing money to invest even when the spread was ultra-thin. Of course it can happen. People also strike the lottery but has it happened to you?

If the spread is thin, you are taking an unnecessary risk. While you can make a little bit of money, the chances of you losing a lot of money are significantly higher. Once the return starts to drop and/or the interest start to rise, you lose both money and sleep. And that is no way to make a fortune.

In case anyone thinks that this is a theory from the ivory tower, I personally will not borrow to invest if the spread is less than 5%. In fact, I will not borrow to invest in
unit trusts or shares – period. I only borrow money to expand my business and for property investment.

Ulasan saya secara ringkas:
Azizi Ali selalu ditanyakan persoalan adakah bagus meminjam wang untuk dilaburkan dalam pelaburan tidak kira unit amanah, ASB, hartanah, bisnes, saham Bank Rakyat, atau sebagainya.

Dia bersetuju, pinjaman adalah baik jika digunakan untuk mengembangkan perniagaan kerana julat untung adalah besar. Faedah yang dikenakan biasanya kurang daripada 10 peratus, sedangkan julat untung yang diperoleh oleh bisnes adalah 30, 50 malah 100 peratus. Oleh kerana julat agak besar, walaupun kadar pulangan menurun, bisnes masih dapat membuat duit.

Namun, perkara yang sama tidak berlaku untuk pelaburan seperti saham atau unit amanah. Selalunya, julat antara faedah dan pulangan adalah kecil iaitu kurang daripada 3%. Sebagai contoh kadar faedah 9% dan pulangan 12%. Jika kadar julat ini berkekalan, anda masih membuat duit. Tetapi selalunya pulangan akan menurun. Daripada 12%, turun ke 10%, dan kemudiannya 9%. (Dan ini yang terjadi kepada ASB). Malah, boleh juga terjadi kadar pulangan lebih rendah daripada kadar faedah, dan menyebabkan anda kehilangan duit bukannya membuat duit.

Seterusnya dia menyarankan anda boleh meminjam jika julat melebihi 5% dan anda dapat pastikan keadaan itu kekal. Jika julatnya kecil, anda telah mengambil risiko yang tidak perlu. Anda mungkin dapat membuat sedikit duit, tetapi peluang rugi adalah tinggi. Akhir sekali, Azizi Ali hanya meminjam wang untuk mengembangkan bisnes dan pelaburan hartanah.

 

About these ads
Categories: ASB, Pelaburan, Unit Amanah
  1. 25 Oktober 2007 at 6:01 pm | #1

    Good article !!

  2. asma
    19 September 2008 at 3:05 am | #2

    very helpful information for me..!!

  3. Ana
    28 September 2008 at 9:50 am | #3

    Alamak…sy dh join la.bru je…bln ni baru start byr…cmner nih…

  4. sue
    8 April 2009 at 11:25 am | #4

    memg betul..tp kalo camtu..mcm mane nk dptkan duit untuk melabur kalo tak buat pinjaman?duit yg ade tk cukup.ade cadangan lain?

  5. zahalee
    8 April 2009 at 12:07 pm | #5

    Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Kalau boleh bayar RM100 utk pinjaman, kenapa pula tidak boleh simpan RM100 tu utk dilabur dlm ASB?

  6. sue
    9 April 2009 at 2:33 pm | #6

    memg blh smpn…tp berapa lama rm100 tu blh kita kumpul untuk dpt rm10000.cmtu bl bru blh kita melabur.bygkan skr umur dh 20 lbh.itu min rm10000.tp bl kita pnjm duit tu kita trus dpt n trus blh dilaburkan.lg satu bl kita wat pinjmn kita dh tentu nk kene byr.tp bl nk smpn 100 setiap buln,mgkin kdg2 yg kita nk smpn tu kita terguna bl kekurngn duit

  7. zahalee
    11 April 2009 at 7:12 am | #7

    Idea nya senang saja, kalau bayaran bulanan ASB tu RM500, kenapa tidak guna duit sendiri ja. Masalah mungkin terguna duit tu utk kegunaan lain, itu bukan masalah kaedah. Tapi masalah disiplin, dan tiada kaedah terbaik yg akan dapat selesaikan masalah tu. Apapun terpulang lah kpd masing-masing.

    Melabur yg sebenar adalah melalui duit sendiri, supaya tiada risiko.

  8. che mus
    21 Mei 2009 at 9:50 am | #8

    saya pun dulu berfikiran macam tu, tp saya dah mula membuat pinjaman utk pelaburan asb sejak 5 tahun dulu Rm100 000. memang tak dinafikan terasa gak bila interest hampir sama dengan dividen. but so far tak pernah lagi interest melebihi dividen. lepas 5 tahun, sekarang hasil dividen saya dah dapat collect almost RM45 000 dan saya tinggal 15 tahun lagi untuk habiskan pinjaman saya. mesti ada disiplin. target saya to get total RM 500 000 bila habis tempoh pinjaman dan saya kini ke arah itu. saya baqu sign up another rm100 000 coz sekarang interest sgt rendah BLR-1.75% (CIMB), monthly RM600 jea. kalu setakat 600 sbln setahun baru RM 7200. Dividen dah boleh cover monthly payment utk setahun.
    benda nie senang kawan2. dia macam main kutu, hujung tahun dapat duit. tp bagus nye benda nie, lps tempoh pinjaman dapat sedebuk pitih.. kalu rm200 000 loan, banyak tu la kita dpt. saya dah lama buat benda nie dan tak pernah menyesal pun malah member2 jealous je tengok kita boleh dividen hujun tahun.
    pikir2kan laa…

  9. zulkarnain
    3 Julai 2009 at 12:22 pm | #9

    ASB Loan. jika BLR sekarang kekal untk 5 thn lagi. boleh lah ambik ASB loan.

    Ambil ASB loan utk 20 tahun.
    Tapi terminate slps 8thn.
    DENGAN Syarat dividen JANGAN keluarkan, Biar compounded dividen tu….

    Saya rasa ianya masih menguntungkan kita jika dibandingkan menabung sendiri. Kita dapat & bank pun dapat

  10. matz
    1 November 2009 at 12:29 am | #10

    jangan takut loan asb ,let say every month u saving to asb rm 600 but now u spread two rm 300 u saing than baki rm 300 u bayar loan asb rm 50k. here got 3 instrument cash and long planing financal with takaful we call that 3 in 1

  11. 22 September 2010 at 10:55 am | #11

    Saya tidak setuju 100% dengan ulasan tuan, cuba kalian fikir dan kira betul2 adakah pinjaman dan simpan yang dibuat oleh bank untuk melabur di PNB adalah rugi?… sama sekali kenyataan anda salah. Saya dah buat perbandingan yang mana lebih untuk anda simpan tunggu dividen atau anda pinjam bayar dan tunggu dividen..mana yang anda akan dapat lebih banyak?… kayakah anda jika mahu simpan bermulakan puluhan ribu atau ratusan ribu di PNB?… brapa lama anda perlukan untuk jadikan duit buat duit?… besarkah gaji anda sehingga tidak perlu pinjaman dr bank?… fikir-fikir lah…

    • zahalee
      22 September 2010 at 1:31 pm | #12

      Sila rujuk post saya yg terbaru…

  12. azlan
    1 Disember 2010 at 11:26 pm | #13

    semua nya baik sama ada pinjam atau guna duit sendiri …kita perlu pelbagai pelaburan supaya pelaburan itu bukan untuk ari ini ia merupakan soal masa depan…

  13. 17 Disember 2010 at 7:37 pm | #14

    pada pendapat sy..buat loan lebih baik tp kena disiplin..pinjam 100k ikat 25thn bln 600. selepas 7thn jual balik n diveden dt thn1 hinga 7thn jangan usik. dan lepas thn ke lapan anda ada rm100k

  14. azri
    17 Disember 2010 at 11:35 pm | #15

    senang2 buat dua-dua sekali,wat loan ASB pastu ada lebih masukkan cash lg,pastu tggu apa akan jadi,apapun sy x pernah dengar lagi org simpan duit jadi rugi..huhu

  15. kotam
    19 Disember 2010 at 8:21 am | #16

    ni untuk bumiputra,untuk kita..gunakanlah dgan sebijaknya…

  16. haniaz
    25 Januari 2011 at 5:08 pm | #17

    as salam…andai tak mnjadi mslh,bleh sy tau de detail abot skim plindungn/insuran o takaful dalam ASB loan…how abot de interest charge,it is permissible..sorry,sy sgt baru dlm bidang ini…sharing2 de info…tq…;p

  17. SuaraTimur
    30 Januari 2011 at 12:26 pm | #18

    bg pendapat saya,saya setuju dgn ASB Loan nie..siapa yg x pandai guna kelebihan loan ASB nie so dia teramat rugi..saya mcm mohd ckp so after 7 until 10 years so kita jual blk asb tu so kita dah dpt 100k dlm masa 10 years bersyarat iaitu dividen loan ASB kita tu tdk di usik w/pun sdikit..so sehingga 10 thn kita terminate loan than bank akan bayar blk juallan ASB td + ngan dividen so kita akan dpt 100K dlm masa 10 years.so after that u buat lg loan asb than topup lg duit asb tu…inilah yg dinamakan duit buat duit..selamat dan terjamin cuma hanya memerlukn masa yg panjang.memerlukan kesabaran jgn pula terjah dividen untuk berjoli lak..

    • zukri
      12 Februari 2011 at 12:49 am | #19

      saya stuju sgt dgn suara timur kite.Guna kanlah peluang yg ckup brharga untk buat duit. Org cina kalu ada peluang cmni dia xkan lepas coz ni sebenarnya cara org melayu boleh jdi jutawan kalu betul2 ckup berani buat pelaburan.

  18. duku_langsat
    24 Februari 2011 at 7:54 am | #20

    as’kum semua… seronoknyer bile dapat tahu u guys aware on your ‘future-financial’ and takes this-ASB LOAN-; as an alternatif to generate profit to da max :)

  19. shidah
    12 Mac 2011 at 8:16 pm | #21

    bagi saya, ASB loan ni bagus untuk org yg LIAT menyimpan. kalau dah ‘ter’apply, terpaksalah bayar instalmt tu.. tapi untuk betul2 dapt manfaatnyer, make sure divident tu jgan diusik. result at the end of the loan tenure: MARVELLOUS

  20. sazuan
    17 Mac 2011 at 11:56 am | #22

    SY WT CAMNI..WAT LOAN CASH 50K.SIMPAN STAUN JGN USIK..PAS 1 THN DPT FAEDAH TOPUP LG 50K..CUKUP 4 KALI DH ADE 200K..LEPAS TU WT LG ATAS NAME ANAK..CUKUP ANK KE 4 DH JADI JUTAWAN…HUHU

    • vincx
      22 Mei 2011 at 3:16 pm | #23

      kalu mcm sye simpan 200k, pastu dpt faedah kuarkan semua hujung thn ni…agak2, berapa faedah yg sya dapat?

  21. anie
    17 Mac 2011 at 8:20 pm | #24

    Pening’e …
    Ade baik ade xbaik …
    Confused psl jual balik ASB 2 …
    Ape yg djual ?
    Kite dpt balik dividen ngn duit bln2 yg kite byr 2 kn ?

  22. nurin
    21 Mac 2011 at 10:37 pm | #25

    ada kemusykilan sket psl asb loan via RHB Bank yg bru ni…bank ni offer pinjmn ngan byrn bulanan rendah…contoh RM226 tuk pnjmn RM50k..kadar ni konsisten tuk 3 thun..lps tu akan naik ke kadar baru..almost RM323..memg rendah tp tanpa bayaran rebet jika kita terminated dlm tempoh 3 thun tu..rasanya, mana lebih baik ambil pakej biasa (byrn tinggi tp ada rebet) banding ngan pakej RHB ni?..thanks…

    • zahalee
      21 Mac 2011 at 10:56 pm | #26

      Itu bukan rebet sebenarnya…tapi principal yg berkurang apabila kita bayar bulanan…sebab tu bayaran ada lebih tinggi sikit…kalau based on ROI semata-mata, pakej bayar faedah sahaja lebih baik, sebab return paling tinggi dgn bayaran bulanan paling rendah…

  23. Jendela_hati@yahoo.com
    29 Mac 2011 at 2:13 pm | #27

    Kalau nak buat loan ASB tu pastikan dapat maklumat yang lengkap.
    Saya ni buat loan ASB daripada bank CIMB RM10K utk 5 tahun. After 2 years, saya nak habiskan bayar loan ni supaya dapat miliki sijil asb tu. Bank tu bgtau, kalau nak bayar habis sebelum sampai tempoh 3 tahun… kena bayar penalti. Dlm kes ni, penalti RM300 perlu dibayar. Lepas tu, kalau nak bayar baki loan tu… kena bayar sekali dengan bunga utk tempoh 5thn pinjaman.

    Pelik. Kenapa pula nak bayar bunga utk 5thn sedangkan kita dah nak habiskan bayar selepas 2 thn buat loan? Penalti lagi? Kalau buat personal loan, kita boleh dapat rebet lagi kalau bayar awal. Yang ni? dah lah kena denda, bunga pun kena bayar penuh… :(

    So, sesapa yang berminat nak buat loan ASB tu, pastikan dapat maklumat yang lengkap. Saya sarankan gunakan personal loan jer lah, dan letak ke ASB.

    • zahalee
      29 Mac 2011 at 4:10 pm | #28

      Ini memang kes pelik…sebab setahu saya, paling teruk pun kena bayar penalti sahaja…anybody else have the same experience???…mungkin you lebih baik cancel drp bayar habis…tengok apa pulak dendanya…

      Saya pun baru buatkan utk adik saya…pegawai bank cakap anytime boleh cancel…cuma kalau cancel 3 tahun pertama tu, ada penalti 1%, itu sahaja…

  24. zilaa
    12 April 2011 at 5:28 pm | #29

    Salam.. kalau boleh anda semua yang mana nak buat LOAN ASB, jangan pegi ke 1 bank saja.Pergi ke bank bank lain, ambil krtas jadual pembayaran LOAN ASB dan dengar penerangan pegawai bank mengenai jadual pembayaran loan asb dan lain lain. Fikirkan balik dan buat perhitungan kiraan loan asb yang d tawarkan. itu pendapat saya. Tak semestinya mana mana bank yang menawarkan LOAN ASB sama pelaburannya.

  25. JAJA
    18 April 2011 at 3:34 pm | #30

    saya tgh survey bank mana yg bagus nak wat loan asb..dah check RHB50K 20 thn RM404 tu blm masuk ada insuran dgn chrge bank simpankan sijil..itu pun dia nk charge..CIMB plak 50K320..tak tau la kalau ade hidden cost..insuran ke etc ke?i’m still confused la x tau mana yg bagus..can someone help me…

    • lantoi
      19 April 2011 at 1:50 am | #31

      Salam..saudari Apa yg u nak pinjam is up to you to bear all the resposibilities at your own shoulder dunia akhirat. Talking about asb loan semua pakej bagi ketiga-tiga bank aderlah bagus tapi If I were U I will go for Islamic Loan. In fact I hold 400k loan pun all were Islamic loans.

      Mungkin (macam yg pernah saya ulas) ia agak sensitif tetapi inilah realitinya ramai antara kita mencari keuntungan dunia tanpa memikirkan soal halal atau haram. ASB itu sendiri masih tetap dipertikaikan tentang hukumnya walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan telah menyatakan harus. Tapi itu terpulang pada firasat dan kehendak masing-masing. Kalau nak dikaji terlalu dlm tentu kita tak lupakan bahawa dari segi mazhab pun kita terpecah kepada 4 imam mazhab muktabar.

      So dari segi mangambil loan asb secara konventional Majlis fatwa telah sepakat mengatakan ia adalah haram.. pull stop berbeza dgn pelaburan secara tunai sendiri ASB.

      Walau bagaimanapun kita masih boleh meminjam secara Islamic daripada bank terbesar dari segi aset di Malaysia inih. Sebenarnye dari segi apa -apa pinjaman pun perlulah dilandaskan kepada Islamic concept.

      Biarlah untung kurang sedikit tetapi berkat dan halal kerana percayalah yg sedikit dan halal itu tidak akan mengurangkan diri kita malah akan bercambah dari aspek yg tetentu yg mungki kita tidak sedari. Sori dah macam ceramha agama lak

      Oklah harap ia dapt membantu saudari sedikit sebanyak Good Luck

  26. zilaa
    23 April 2011 at 3:56 pm | #32

    jangan takut utuk buat pelaburan melalui pinjaman ASB. Apapun kerajaan dah MELULUSKSN. bnyak faedah pulangan awal tahun dividen asb.kita bayar tiap2 bulan, awal thun dapat dividen. yuran ank sekolah, insuran kereta,dan sbgainya. dah matang dpt lgi dividen.saya juga mula dari bwh.Apa pun PELABURAN MELALUI PINJAMAN ASB di LULUSKAN oleh kerajaan utk rakyat. ZAKAT wajib d bayar.

  27. 25 April 2011 at 5:17 am | #33

    Buat pelaburan dengan ASB ok sahaja tak ada masalah. Tapi kalau nak tukar alamat mestilah kena kemas kini alamat surat-menyurat. Memang ada faedah. Dividen agak ok juga sangat istimewa jika dibandingkan dengan rhb tak ada dividen.

  28. ctie
    3 Mei 2011 at 8:14 pm | #34

    pada saya….. yang saya akui susah untuk mendisiplinkan diri membuat simpanan…. adalah sgt baik ASB LOAN….. sbb secara automatik dan denda yang akan dikenakan membuatkan saya berdisiplin dalam membuat simpanan, walaupun dividen yang diberikan sedikit dari jumlah yang kita simpan….. sekurang2nya ada dari tak buat apa2 simpanan….

    kepada peneroka felda, anak peneroka felda dan cucu peneroka…. rebutlah lagi satu peluang untuk membuat pelaburan….. kooperasi permodalan felda……… dividen yang diberikan lebih tinggi dari ASB….heheheh…..selamat melabut n menyimpan…..

  29. kita sama saja
    14 Mei 2011 at 11:01 pm | #35

    Manybank ada tawarkan ASB Islamic loan. kalo x silap, interest lam 4% flat rate..wallahualam..

  30. 17 Mei 2011 at 2:22 pm | #36

    islamic concept…????..semakin menjahanamkan umat…saya ada pengalaman sendiri,buat pinjaman 60k dengan mengambil “islamic concept” kena bayar tiap bulan RM480 selama 25 tahun, buat cara biasa pula RM395 untuk 25 tahun….

    • Lantoi
      29 Jun 2011 at 7:58 pm | #37

      Salam saudara… JGN Berburuk Sangka dgn Islamic concept sebab skrg ni dah ade yg fluctuate rate macam conventional jugak . Yg berbeza islamic concept Ada capping iaitu rate tidak boleh melepasi had yg telah ditentukan. Contoh u Buat asb loan di may bank cara conventional. .. Rate nye blr -1.65 (utk30k keatas) Dan jika ditakdirkan blr naik sampai 13 peratus maka terpaksalah awak terima Tapi Bagi loan asb Islamic ratenye sama macam conventional Tapi capping katakan 10.5 peratus maka jika blr nail sampan 13 pun Islamic concept tak ikutlah.

      Lagi satu Islamic concept sepatutnya tidak Boleh ade lock in period jika ada anda Boleyn melapurkan ke bnm . Conventional mesti adder lock in punts

      Lagi satu bro macam najis beratlah. Pakai Sabun 1 lorry memang bersih Tapi tak suci kalau tak guna tanah.cantu ah analoginye…. Bye good luck

  31. beruang miskin
    20 Mei 2011 at 5:55 pm | #38

    nak kongsi cerita ngan kekawan semua mengenai pelaburan ASB walaupun BLR naik tapi masih berbaloi klu nak labur. Baru2 saya berjumpa ngan kawan lama setelah berpisah 20 tahun yg lalu yg bernama ah kong walaupun org cina tapi ada sijil anak negeri. Beliau dah pun habis bayar asb loan 150k yg dia ambil 15 tahun yg lalu dan sekarang nak mula buat loan untuk 200k. katanya duit ni untuk di hari tua . 15 thn yg lalu beliau ada mengajak saya buat loan asb ni tapi sya menolak sebab takut rugi, sekarang ni baru nak buat loan 200k dah tua baru nak mula sedangkan ahkong dan kaya sekarang ni. menyesal tak ikut ngan ah kong dulu. Saya ada tanya ngan beliau, tak takut ke klu BLR melambung tinggi, katanya tak sebab duit buat duit klu tinggi pun sikit je kena tambah.. kongsep ahkong, klu nak ikan yg kecil pancing je di tepi dapat ikat bilis tapi klu nak pancing yg besar kena pergi tengah laut baru dapat ikan besar walaupun risiko tinggi… betul juga…saja nak kongsi….

  32. ita
    22 Mei 2011 at 11:34 pm | #39

    klu nk melabur mmg x blh takut risiko. klu blr naik, dividen pun akan naik. sbb asb ni hanya utk bumiputera. kerajaan pun x nak bumiputra rugi. pikir2 la bersama…

  33. zep
    14 Jun 2011 at 9:18 am | #40

    Salam.rasanya..mana2 pn kita yg rugi kalau pinjam ni..baik la simpan sendiri…ada duit, smpan..tk ada duit..diam2
    pastu beli insuran…mati ada cover utk anak2..bini ketawa basau wei..dpt byk duit insuran….hahhahaajanda kaya tu..
    .jd,tk pyh la pening2..kita idup ni,gunalah duit kita tu.jgn.jd kendekut je…ingat..mati tk bwk duit…idup nk guna duit..apa pn..beringat2…im sori..

  34. jun
    28 Jun 2011 at 5:14 pm | #41

    saya nak tanya le, kalau kita buat loan asb 100k, tiba2 setahun kemudian terpaksa jual balik. Bayaran bulanan yg telah dibayar selama 1 thn tu kita dapat balik tak?

  35. orang baru
    29 Jun 2011 at 9:41 pm | #42

    Bro zep,kalau nak bagi bini kaya kan bagus kalau ada duit ASB Loan, 200K sure tak rugi punya setakat beli insurance dengan 200K tu dengan dunia sekarang ni tak cukup sikit saja tu bro, tak kaya..kan bagus ada extra simpanan asb loan tu, nasib manusia kita tak tahu, mana la kita tahu beberapa bulan saja bayar asb loan dah mati kan bagus bini boleh claim 200k. claim insurance + asb + epf… wauuu bini jadi balu jutawan. Tak la risau sangat dengan anak2 untuk belajar lagi pun bini takut nak kahwin lagi sebab takut duit kena kebas oleh jantan yang mengambil kesempatan hahahaha…

  36. 6 Julai 2011 at 8:47 pm | #43

    betul la org baru… betul tu… terbaik la…

  37. hehe..
    14 Julai 2011 at 10:19 am | #44

    apa nak risau pasal loan asb nii….aku dh buat 100k…
    bulanan RM 580 utk 25 tahun…aku peruntukan RM 580 x 12 = RM6960/setahun.
    tahun pertama je aku bayar, masuk tahun ke -2, dividen 7.5% x 100K=RM 7500.
    untung adalah RM 7500-RM 6960=RM 540(untung aku).
    katakan BLR naik, RM 100 bulanan menjadi RM 680. RM 680 X 12=RM 8160 (setahun)
    jadi: RM 8160 – RM 7500 = RM 660, :- RM660/12 = RM 55 (sebulan)
    kesimpulannya tambahan lg RM 55 je untuk cover instalment setelah BLR naik.

    mai kira untungnya nye plak : katakan loan asb RM 100k = 25 tahun
    RM 50K = 12.5 tahun(12 tahun 6 bulan)
    RM 25K = 6.25 tahun
    rumusannya setelah 6 tahun ko terminate loan tu, ko dapat RM 25,000 sedangkan modal tahun pertama (apabila BLR naik) RM 8160 je…..untung bersih ko RM 25K – 8160 = RM 16840. lepas tu ko nak kaji setahun untung berapa ko bahagikan 16840 tu ke pada 6 tahun(cth: RM16840/6 = RM 2806.67 (bermakna setahun je ko untung bersih RM 2806.67).

    ni kalau tak buat loan asb :;- mai sini kalau ko letak RM 8160 dalam asb, div. setahun 7.5% x RM 8160 = RM 612.
    RM 612 x 6 tahun = RM 3672 (untung div. selama 6 tahun) tambah modal ko RM 3672 + RM 8160 = RM 11832 je. bermakna asb pada 6 tahun tu RM 11832 je….

    kesimpulannya loan asb ni lg untung..berganda-ganda plak tu…

    bleh faham ke tak ni….????

    • Curious
      23 Oktober 2011 at 12:40 pm | #45

      “hehe..” nak tanya Mcmana boleh untung Rm25K utk 6tahun? pengiraan saya katakan BLR kekal dan dividen pun kekal…
      Pinjaman rm100K = 25tahun
      Dividend 7.5%
      Bulanan Rm580 X 12 = Rm6960

      Tahun pertama 7.5% X 100K = Rm7500
      untung tahun pertama 7500-6960=Rm540

      Tahun kedua 7.5% X Rm107500 = Rm8062
      untung tahun kedua 8062 – 6960 = Rm1012

      Tahun ketiga 7.5% X Rm115562 = Rm8667
      untung tahun ketiga 8667 – 6960 = Rm1707

      Tahun keempat 7.5% x Rm124229 = Rm9317
      untung tahun keempat 9317 – 6960 = Rm2357

      Tahun kelima 7.5% x 133546 = Rm10,016
      untung tahun kelima 10,016 – 6960 = Rm3056

      Tahun keenam 7.5% x Rm143562 = Rm10,767
      untung tahun keenam = 10,767 – 6960 = Rm3807

      kesimpulannya:-
      untung selama 6 tahun: 540(1) + 1012(2) + 1707(3) + 2357(4) + 3056(5) + 3807(6) = Rm12,479

      • hehe
        29 Oktober 2011 at 5:25 am | #46

        curious…..itu yg kira untung dividen….ko xkira lagi untung ko buat loan..maksud aku, loan asb ini sebagai simpanan yg ko xboleh ambil, cuma yg boleh ambil hanya dividen nya saja yg dapat setahun sekali tu….yg cancel pada tahun ke 6 tu dapat 25K adalah amaun yg ko bayar untk loan asb tu…contoh kalau bayar sampai 25 tahun ko dapat RM100k…..jadi kalau bayar samapi tahun ke 6 ko dapatla RM 25K…

  38. yes
    4 Ogos 2011 at 1:27 pm | #47

    he he … aku tak faham la..
    slps 6 tahun aku dpt RM25k…
    total aku byr utk 6 tahun tu brapa? ko cuba explain sikit… aku nak melabur ni…

  39. duit
    8 September 2011 at 4:36 pm | #48

    Bro hehe.. mng betoi tu aku dah kira dah sama la pk ran kita… tapi aku baru nk apply ni… :)

  40. ejoiy
    12 September 2011 at 9:44 am | #49

    kalau kita bijak,kita sentiasa mendapat untung..
    tetapi kalau kita sentiasa melabur tidak tentu arah kita akan mendapat kerugian yang besar!!!!!!……..

  41. koxec
    16 September 2011 at 6:23 pm | #50

    emas pe citre

  42. adeeeepppp
    16 September 2011 at 10:46 pm | #51

    salam…..bley sape2 ulas tntang menggunakan personal loan utk melunaskan asb loan???
    adakah berbaloi dari segi pulangan???
    trimakasih

  43. malek ridhuan mohammad
    19 September 2011 at 11:51 pm | #52

    salam….sesiapa yang nk tahu dengan lbh lanjut tentang ASB loan, ada soalan2 yg berkaitan ASB loan, atau apa2 aja berkait dgn ASB loan, blh hubungi saya.insyaAllah, saya akan terang dan menjawapnya dgn terperinci dan sejelas2nya.blh imel saya malek_ridhuan00@yahoo.com

    ‘kami adalah pakar berkait dlm perlaburan Unit trust”

  44. khairuddin
    22 September 2011 at 12:53 am | #53

    Ade yg lebih mudah, selamat, menguntungkan & halal, insyaAllah. Carilah info sebanyak yg boleh..:)

  45. Laila
    14 Oktober 2011 at 9:50 pm | #54

    Baru2 nie sy ada dengar radio, ader ustaz nie cakap kalau kita buat pelaburan di ASB hukumnya Harus. Tapi kalau kita buat loandari mana-mana bank dan melabur di situ, hukumya Haram..
    Harap saudara2 yg faham tentang pelaburan begini boleh tolong terangkan dan sebarkan.
    Harap semua melayu boleh beroleh keuntungan yg banyak sekali gus menaikkan ekonomi kita. Tapi dalam masa yg sama harap keuntungan itu juga biarlah bersih hingga ke anak cucu…. wassalam

  46. Lanun
    27 Oktober 2011 at 10:01 pm | #55

    Ya betul sy ada bce dr ustaz zaharudin malah sudah disepakati oleh mufti2 katanya..hukum pelaburan asb melalui pinjaman bank adalah haram kerana duit pinjaman itu dtgnya drp sstm riba..Sama2la kita membersihkan harta kita yg sepatutnya dibersihkan..biar hasil yg kita dpt sedikit asalkan beroleh berkat di sisi Allah dan mendapat keuntungan yg byk di akhirat kelak..

  47. anwar
    1 November 2011 at 11:48 am | #56

    aku nak tanya bro…betul ke….pinjaman asb haram!!!

  48. hehe
    1 November 2011 at 10:48 pm | #57

    tapi pelik la aku kenapa pinjaman peribadi atau pinjaman beli kereta tidak dikatakan haram plak……sedangkan maybank islamic menawarkan pinjaman….pinjaman peribadi plak secara konvesional sama juga seperti kereta xdikatakan haram….

    • guntur
      3 November 2011 at 2:46 pm | #58

      sebelum memperburuk kan ASB Loan, baik orang2 yang tertentu kaji selidik semula sistem pinjaman yg lain ya la seperti personal loan dan pinjaman kereta yang banyak mengaut keuntungan pada bank. Klu nak di katakan ASB loan tak lah kita kerugian sangat… si pemimjam dapat untung dan pemberi pinjam pun dapat untung juga…

  49. sham
    3 November 2011 at 3:10 pm | #59

    1. salam….saja nak bg pendapat cikit….bayangkan…seperti yang ada2 di atas tadi…sanggup bayar 657 sbulan utk 240 bulan(20tahun) pinjaman 100K…!!!!..ok…dah bayangkan dah…so…RM 157680…ok.

    2. Macam mana kalau kita tak pinjam.!!! RM157680 semua duit kita beb….!!!

    3. itu tak campur dividen setiap tahun lagi beb…!!!

    4. kalau kita pinjam….yang RM 57680 tu…bank sebat beb!!! …

    5. Fikir-fikirkanlah….!!!

    6. Dengar Guruh di langit…Air tempayan di curah jangan….salam..

  50. PUYOL
    8 November 2011 at 9:09 pm | #60

    MMG RM 57680 TU BANK SEBAT, TAPI KO ADA PIKIR TAK:

    1. DIVIDEN UTK 25 TAHUN = RM100,000 X 7.5% X 20 = RM150,000
    2. DAPAT PULAK SEKETUL RM 100,000
    3. JUMLAH SEMUA DALAM RM 250,000
    4. RM250,000 – RM 157680 = RM 92320

    BANK SEBAT 57680, KITA DAPAT 92320. KALAU BAHAGI 240BULAN MAKNENYE INCOME BUTA 384 SEBULAN

Comment pages
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 148 other followers

%d bloggers like this: