Utama > ASB, Pelaburan, Unit Amanah > 10 Dana Unit Amanah Terbaik

10 Dana Unit Amanah Terbaik

Berikut adalah peratus pulangan dana syariah untuk tempoh 1 tahun setakat 1 Jun 2007:
1. CMS Islamic – 88.86%
2. MAAKL Al-Faid – 56.13%
3. SBB Dana Al-Ihsan 2 – 55.56%
4. OSK-UOB Dana Islam – 55.55%
5. PRUdana al-ilham – 55.35%
6. ING Ekuiti Islam – 52.93%
7. Alliance Dana Adib – 52.84%
8. SBB Dana Al-Ikhlas – 52.05%
9. CIMB-Principal LT Dana Mubarak – 50.81%
10. SBB Dana Al-Ihsan – 50.38%

Dana Public Ittikal berada di tangga 18 dengan pulangan 46.54%. Ia masih menjadi pilihan saya kerana rekodnya yang lebih stabil sejak dilancarkan pada 4 Oktober 1997. Paling rendah adalah Amanah Saham Kedah dengan pulangan 20.40%, masih jauh lebih baik daripada ASB. Secara purata, kadar pulangan adalah 44.54% daripada 37 dana unit amanah yang dinilai. Sumber Morningstar.

  1. 25 Oktober 2007 at 6:15 pm

    ASB pula bagaimana ? Berapa peratusannya ? Tetapi corak pelaburan/ pengiraan yang di gunapakai oleh dana2 di atas dan ASB berbeza bukan? Boleh dijelaskan dengan lebih lanjut ?

  2. irwan
    22 November 2007 at 11:59 am

    Asslamualaikum..
    Saya ingin bertanya.. jika ingin melabur didalam 10 dana unit amanah terbaik yang tuan sebutkan ini, berapakah jumlah paling minimum untuk saya melabur? Berapa lamakah sesuatu pelaburan itu, setahun sekali atau ada pengiraan yang lain?

    Sekian

  3. zahalee
    7 Disember 2007 at 1:54 pm

    Biasanya minimum RM1,000 sebagai pelaburan permulaan, tapi ini kena siasat dengan syarikat yang mengurus dana tersebut. Selepas itu boleh membuat pelaburan setiap bulan, biasanya minimum RM100 atau RM50. Tempoh sesuai utk unit amanah: 3 tahun dan ke atas. Ini adalah pelaburan untuk jangka panjang.

    Utk pengetahuan Public Mutual misalnya menyediakan prospektus secara online. Jadi boleh semak kaedah pelaburan di http://www.publicmutual.com.my

    Harap dapat membantu.

  4. zahalee
    7 Disember 2007 at 2:00 pm

    ASB dan unit amanah di atas memang berbeza. ASB memberikan dividen setiap tahun yang dibayar secara tunai terus ke dalam akaun anda. Purata pulangan 7-8 peratus shj kebelakangan ini.

    Manakala unit trust pula, pulangan adalah dalam bentuk kenaikan harga setiap unit. Keuntungan hanya diperolehi apabila anda menjual unit tsb. Kadangkala dividen djuga iisytiharkan, tapi ini tidak sama dgn ASB. Biasanya dividen ini dalam bentuk unit tambahan diberi sbg bonus, tapi harga setiap unit pula berkurang mengikut nisbah unit yg diagihkan. Kesimpulannya, dividen ini tidak memberi sebarang erti kpd pelaburan anda, dapat kosong.

    Jika dibuat perbandingan, pulangan ASB adalah dalam bentuk dividen dan bonus. Manakala unit amanah pula dalam bentuk kenaikan harga setiap unit yang bergantung kpd prestasi pasaran saham semasa.

    Sekian.

  5. ihram
    26 Januari 2008 at 11:20 pm

    salam..sdr zahalee boleh tinggal contact no atau email..nak minta bimbingan dlm melabur..

    TQ

  6. zahalee
    28 Januari 2008 at 9:33 am

    Terima kasih Ihram krn sudi. Tapi saya lebih suka menjawab sbrg soalan melalui blog ini utk manfaat bersama-sama dgn pembaca yg lain.

    Lagipun saya bukan lah Penasihat Kewangan yg Bertauliah (CFP). Di Malaysia perlu ada lesen CFP. Pengetahuan dlm pelaburan setakat ini diperolehi melalui pembacaan buku-buku kewangan dan perniagaan, serta pengalaman melabur dlm pelbagai instrumen setakat ini.

  7. Bun Yan
    20 Julai 2008 at 12:21 am

    Jangan simpan telor dalam satu bakul maksudnya pelbagaikanlah tempat pelaburan atau gandakan wang anda dipelbagai syarikat pengurusan unit amanah. Hasilnya ?…. menggembirakan anda.

    BunYan, UTC of Public Mutual.
    bunyan08@gmail.com

    • Bun Yan Man
      6 Mei 2010 at 5:42 am

      Kenapa pulak telor? inikan pelaburan bukannya web pertanian?
      dekat public mutual invest telor ke? takutlah…

  8. azmi
    30 Disember 2008 at 10:38 pm

    saya baru 20 an…bagaimana cara untuk saya mulakan untuk melabur dalam unit amanah?saya sero bab melabur ni…boleh bantu saya…dan saya ada merancang untuk buat pinjaman asb…berbaloi ke?

  9. zahalee
    6 Januari 2009 at 9:00 am

    Cara permulaan yang paling senang ialah dengan melabur dalam ASB gunakan wang tunai sendiri. Tidak perlu buat pinjaman ASB. Utk permulaan RM100 setiap bulan, bila sudah biasa naikkan kadar RM200, RM300 dan seterusnya.

    Lepas tu boleh la belajar melabur dlm unit trust. Lepas tu stock market. Tapi jgn lupa melabur dlm hartanah juga, beli rumah pertama dulu. Kereta yg paling last (ini bukan pelaburan atau aset tapi liabliti utk keperluan).

    Harap dapat membantu.

  10. Zeti
    26 Januari 2009 at 12:23 pm

    Saudara zahalee..untuk pelaburan dlm hartanah ,adakah berbaloi untuk membeli hartanah yg bertaraf ‘least hold’? Adakah nilai hartanah least hold akan susut nilai jika jumlah pegangannya berbaki 30 tahun ?

  11. farhan
    27 Januari 2009 at 2:39 pm

    pelaburan di public mutual mmg dh ada rekod yg baik. mcm contoh dana ittikal. mmg dana tu bg dividen yg baik sejak dari tahun 1997. sy sdiri pun melabur dlm public mutual. tp bkn ittikal. sy pun sediakan nasihat utk pelabur2 baru yg mula nk melabur dan nk tahu skit2 psal pelaburan di unit amanah ni. boleh hubungi sy.

    email sy: zafa_my@yahoo.co.uk

    Public Mutual Unit Trust Consultant

  12. zahalee
    28 Januari 2009 at 10:19 am

    Dear Zeti,

    Saya ada terbaca artikel tentang least hold ni, dalam majalah personal money. Tapi tidak berapa ingat kandungannya. Memang kena bayar agak tinggi juga utk renew least hold bergantung kpd jenis hartanah. Lebih baik tanya Pejabat Tanah bayaran utk renew tu. Tentang susut nilai tu, pada pendapat saya tidak menjadi masalah, kerana bila dah renew, nilai semasanya akan meningkat.

    Topik ni kena tanya pada mereka yg benar-benar arif. Buat masa ni, saya ada freehold dan least hold (tapi masih ada 90+ tahun lagi). Jadi masih belum pikir tentangnya lagi.

  13. 7 Ogos 2009 at 3:05 am

    Lain padang lain belalang – strategi pelaburan seharusnya diatur sejak awal berpandukan kepada beberapa prinsip diikuti oleh proses pemantauan. Ini kerana dalam dunia kewangan turun naik nilai tidak dapat dielakkan. Pelabur yang bijak akan menggunakan dua panduan, buku dan pandangan agennya. Ada dua buku saya yang boleh membantu iaitu Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah dan Buat Duit Sebagai Agen Unit Amanah. Boleh hubungi saya untuk urusan pembelian atau beli di MPH, Popular.

    Sunthara Segar H/P: 0178719444
    http://www.suntharasegar.com
    Certified Financial Planner ,Registered Financial Planner
    Certificate in Islamic Financial Planning
    Writer,Marketing and Copywriting Consultant
    Kolumnis Ruangan Mengurus Kewangan Mingguan Wanita
    Penulis dan Penyunting kompilasi artikel MW – Buku Bijak Urus Wang Kunci Bebas Hutang
    Penulis Buku PTS Siri Pengurusan Kekayaan:
    1) Kerjaya Perancangan Kewangan Peribadi
    2) Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah
    3) Rahsia Mengurus Insurans Hayat
    4) Buat Duit Sebagai Agen Insurans/Takaful
    5) Buat Duit Sebagai Agen Unit Amanah

  14. 15 Ogos 2009 at 7:11 pm

    di harap kepada semua yang melabur ke unit trust, pastikan agent yang anda gunakan adalah yang cekap dan mahir dalam unit trust. Dan bukannya yang hanya pandai gunakan “beli / tambah pelaburan bila harga rendah” dan “beli / tambah, index bursa klci tengah naik”.

    Belilah dari agent yang pandai manipulasi keadaan semasa klci naik atau turun. Beli daripada yang pandai guna kemudahan “switch” dana semasa harga turun.

    Ingat, kita bayar mereka 3% daripada apa yg kita laburkan.

  15. muizz
    9 Oktober 2009 at 8:31 am

    wow..rata2 semua pilih public bank…tapi bg saya ambank..kenapa? sbb..anda carilah sendiri..tapi ape pon bagi saya, sy setuju pndgn pakzul..unit trust sbnrnyer bergantung pd fund manager..klu baik means stabil lah saham kita tu..nk berkongsi pandangan or cdgn..sila email momufit86@yahoo.com

  16. Pyrrhic_Victory
    23 April 2010 at 9:12 pm

    ..er..saya nak melabur dalam unit trust…tapi masih belajar lg…xada slip gaji..boleh x?
    ..kalau kita simpan dalam unit trust kita bayar minimun,lepas tu xbayar apa2 lagi lepas tu boleh x?…

    • farhan
      25 April 2010 at 6:25 pm

      student pun ramai yg melabur dlm unit trust ni. ramai gk yg dh wat untung dlm 25% tuk pelaburan dlm setahun stngh ni. cuma pelaburan yg anda boleh buat ialah pelaburan yg tidak melibat kn simpanan kwsp la. mksd nya anda membuat pelaburan dgn menggunakan simpanan sdiri. hubungi saya jika berminat untuk memahami lebih lanjut lg. sy akn cuba membantu. email: zafa_my@yahoo.co.uk

  17. mwahaha
    28 April 2010 at 6:46 pm

    invest kat asb ade risk kan pulangan 6% – 12%+ so unit trust ni lagi risk tp untung 0-25%
    so fikir2lah…..mwahahaha

    • zahalee
      29 April 2010 at 3:37 am

      Betul saya setuju. ASB pun memang ada risiko…iaitu pulangan sekadar 6-9% sahaja, berbanding unit trust -40 hingga 40%.

  18. abd rahim
    16 Februari 2011 at 10:55 am

    saya ada rm200k. boleh tak bagitau pelaburan manakah yg terbaik utk saya laburkan?

    • zahalee
      17 Februari 2011 at 4:24 pm

      Beli hartanah sebanyak mungkin, tapi bayar deposit sahaja, dan apply property loan semaksimum yg boleh…ulang dan beli hartanah lagi sehingga habis 200K tu…

      Kalau tiada pengalaman, beli buku pelaburan hartanah dahulu, dan hadir seminar hartanah…

      Kalau nak melabur dalam saham…saya nasihatkan, melabur dulu sekitar 10K untuk dapatkan ilmu pelaburan saham…risiko sangat tinggi w/pun perahu besar, tapi pengemudi kurang mahir, tetap akan karam…

  19. 4 Ogos 2013 at 5:06 pm

    saya berminat nak melabur. call saya 0133032031

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan kepada ihram Batal balasan