Rumah > ASB, Pelaburan, Unit Amanah > Untung Rugi Pinjaman ASB (ASB Loan)

Untung Rugi Pinjaman ASB (ASB Loan)

Promosi terbaru pinjaman ASB daripada CIMB, merupakan yang terendah di pasaran buat masa ini:
Pakej 1:
Faedah 5.3% untuk 3 tahun pertama, dan KPA – 0.75% tahun seterusnya

Pakej 2:
Faedah 5.8% untuk 5 tahun pertama, dan KPA – 0.75% tahun seterusnya.

Setelah membuat pengiraan, berikut adalah perbandingan anggaran pendapatan antara membuat pinjaman ASB dan simpanan sendiri. Pengiraan adalah berdasarkan Pakej 1, amaun pinjaman RM10,000 untuk tempoh 3 tahun, dan anggaran dividen ASB 8% setahun. Ansuran bulanan RM301.

Pinjaman ASB:
Jumlah akhir: RM12,597
Tolak kos pinjaman: RM152
Jumlah bersih: Rm12,445
Peratus pulangan: 24.45%
Purata setahun: 8.15%

Simpanan sendiri:
Jumlah akhir: RM11,728
Peratus pulangan: 17.28%
Purata setahun: 5.76%

Perbezaan: RM717
Purata perbezaan setahun: RM239
Purata perbezaan sebulan: RM20
Peratus perbezaan: 6.11%
Peratus perbezaan tahunan: 2.04%

Apa pendapat anda? Untung atau rugi melabur melalui pinjaman ASB. Bagi saya, perbezaan RM717 amat kecil, tambahan pula kena tunggu 3 tahun. Nilainya nampak besar, tetapi kalau tengok peratus 2.04% setahun, tak berbaloi. Kalau simpan sendiri, boleh digunakan bila-bila masa jika ada keperluan kecemasan atau peluang perniagaan lain. Ini belum tolak kos insurans (ni saya tak pasti sebab tak dinyatakan dalam iklan promosi).

Mungkin kalau ambil tempoh yang lebih lama, untung lebih sikit. Tetapi ada risiko KPA (BLR) yang tidak tetap, kemungkinan untuk naik lebih tinggi berbanding turun (pendapat saya saja berdasarkan keadaan ekonomi sekarang). Risiko KPA naik sebenarnya amat tinggi. Tidak berbaloi menghadapi risiko KPA yang tetap untuk pulangan yang tidak seberapa. Lebih baik melabur dalam dana unit amanah, walaupun ada risiko susut nilai, tetapi potensi pulangan adalah tinggi (sangat tinggi boleh melebihi 40%), rujuk artikel saya kelmarin. Lagipun, untuk pelaburan jangka panjang, dana Unit Amanah adalah antara instrumen pelaburan yang terbaik.

Komen Terbaru (28 Mei 2010):
Memandangkan Maybank, RHB dan CIMB sekarang menawarkan pakej pinjaman ASB pada kadar faedah yg sangat rendah sekitar BLR-1.65%, saya mengubah pendirian tentang tajuk ini. Berdasarkan situasi ini saya membuat kesimpulan melabur melalui pinjaman ASB akan memberi pulangan paling maksimum, berbanding menyimpan sendiri. Sila rujuk post saya yg lebih terkini.

Gandakan Wang anda dengan BIJAK MELABUR

Categories: ASB, Pelaburan, Unit Amanah
  1. liana
    5 Disember 2012 at 4:23 pm

    saya pun join jugak…..tapi kena ada kesabaran dalam diri and ada wang untuk bayar

  2. rahmat saad
    7 Disember 2012 at 10:53 am

    bermain dgn masa lebih menguntungkan jika dilihat dari jumlah bayaran bulanan. kadar keuntungan tahun kedua akan back up bayaran pada tahun tu da seterusnya tapi andai pinjaman singkat silap2 kena tambah duit sendiri untuk cover bayaran loan tahun kedua tu… naya…
    tapi bila bermain dlm tempoh yg lama plak ni ,,,,agak berisiko takut2 blr naik kita tak sedar… jadi..kita pun bayar mengikut jumlah yang sebelumnya… akhirnya kekurangan bayaran tu akan menyebabkan kerugian pada kita sebab kadar bunga oleh pihak bank.
    betul ke pandangan saya ni… kalau salah sila perbetulkan….
    sekadar berkongsi dari pemahan sendiri

  3. haiza
    10 Disember 2012 at 11:34 am

    haiza :
    maknanya kena keluarkan dividen tu sket2 la just utk byr ansuran bulanan?

  4. zabidee
    15 Disember 2012 at 12:04 am

    cuba cerita akalau dividen jatuh pda kadar 6%

  5. wan
    20 Januari 2013 at 12:45 am

    Berminat dgn pinjaman asb dgn kadar pling rndah, tanpa log in period 3 thun. .email sy untuk penjelasan lanjut di akram.rashid@cimb.com

Comment pages
1 3 4 5
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 148 other followers

%d bloggers like this: