Rumah > ASB > Mari Kira Dividen dan Bonus ASB

Mari Kira Dividen dan Bonus ASB

Hari ini saya ingin berkongsi soalan-soalan yg dikemukakan oleh pembaca, dan jawapan yang diberikan oleh pembaca yang budiman (Pembaca Sha memberi penerangan yang sangat jelas). Diharapkan ia memberi manfaat kepada semua pelabur.

SOALAN (Ila):
askum. sy buat loan asb starting jan2010 sebanyak 50k. dividen + bonus yg sy dpt jan2011 adalah sebanyak rm3.5k. tp sy x faham cr pengiraan. harap bantu? terima kasih

JAWAPAN (Sha)
Pengiraannya begini (ikut baki terendah setiap bulan yer).
1. Jan = 50000
2. Feb = 50000
3. Mac = 50000
(pengiraan dibuat sampai bulan 12)

i. seterusnya totalkan kesemua jumlah td
= 50,000 x 12 = 600,000 (total dari baki tertendah setiap bulan)
= 600,000 /12bulan (sebab masuk dari jan-dis) = 50,000 (purata sebulan)
= 50,000 x 0.075 (7.5% dividen tahun 2010)
= RM 3750 + 0.75sen (utk bulan 12)
= RM 3750.75 dividen 2010
*so tambahkan la dengan jumlah pinjaman 50k = RM 53,750.75

SOALAN (Eliza)
saya nak tanya saya ada buat loan asb bulan jun 2010 untuk 5ok..berapakah dividen yang saya dapat?

JAWAPAN (Sha)
pengiraannya 50k x 7bulan = 50000
= 50,000/7 X 0.075
= 535.71 + 0.75
= RM 536.46

SOALAN (AJ)
Boleh tanya skit? Untuk pengiraan Bonus = 78000/120 * 1.25% = 8.125. Kenapa dibahagi 120 dan bukan 12?

JAWAPAN (Sha)
Jika melabur dari awal tahun atau berterusan dari tahun sebelumnya, maka perlulah dibahagi 12 bulan. Jika baru buka akaun katakan dari bulan Ogos maka perlulah dibahagikan kepada 5 bulan. Ia dikira dari bulan berapa baki terendah itu ada dalam akaun kita.

About these ads
Categories: ASB
  1. ina
    11 Februari 2011 at 8:14 am

    Kenapa dibahagi 120 dan bukan 12 bulan?

    • rozal_qs
      27 Mei 2013 at 2:04 am

      Memang dah gitu % dividen diberi utk 1 tahun dan % bonus diberi untuk 10 tahun. Tujuannya untuk mengalakkan pelabur jangka panjang.

  2. 12 Februari 2011 at 11:08 pm

    mengemisikini buku akaun

  3. 12 Februari 2011 at 11:13 pm

    tolong kemaskini buku ASB saya

  4. epul
    15 Februari 2011 at 7:45 am

    Assalam bro zahalee..
    saya bercadang nak buat loan max asb 200k.. 25thn.. dgn easy RHB. nak terminate lepas 3thn @ 5thn
    Boleh bro tunjukkan perbezaan keuntungan
    1.sekiranya saya menggunakan dividen year untuk bayar ansuran.
    2.sekiranya saya gunakan duit sendiri untuk bayar ansuran.

    Loan 200k easy rhb 25 thn, ansuran bulanan lebih kurang rm900x12=rm10800

    tq

  5. Topo
    20 Februari 2011 at 7:29 pm

    Salam Sdr Zahalee,

    Soalan saya sama dengan epul, akan terminate after 5 years. secara amnya cara 1 iaitu “recycle dividen” untuk settle yearly punya installment ialah cara yang tak sakit tapi takut effect pada keuntungan pada tahun ke lima, kalo guna cara 2, dividend akan bertokok dengan prinsipal so merasala compound interest punya magic tu, tapi sakit la sebab pakai duit sendiri. Harap bantu kami disini, thanks.

  6. mae
    6 Mac 2011 at 4:47 pm

    salam..
    soalan saya boleh tak nk ambik pelaburan untuk setahun…

  7. helpme
    30 Mac 2011 at 5:02 pm

    salam en.zahalee..

    soln saya pun hampir sama dgn epul n topo,
    please help us…

  8. ita
    30 Mac 2011 at 11:33 pm

    klu nak untung lebih cancel slps 2 thn sbb RHB locking period adalah 2 thn. byr interest shj utk 2 thn n apply smula loan. buat apa nk cancel sampai thn ke 5 sedangkan thn ke 4 dh kena byr lebih sbb ambik kira prinsipal. klu guna div utk byr monthly loan mmg sgt lambat utk bergelar jutawan berbanding gunakan income lain utk byr monthly loan.

    • zahalee
      30 Mac 2011 at 11:41 pm

      t.kasih ita dah jawap semua persoalan di atas…

  9. muhamad izhar
    13 Disember 2011 at 3:24 pm

    asb loan dg maybank rm30,000…so dividen hujung tahun saya should be berapa? profit rate saya 4.95% sahaja. boleh tolong kira tak?

  10. laileyusof
    21 Disember 2011 at 11:03 am

    mcm x betul kira jgk org di atas nie…x menepati soalan…cuba u check betul2 perkiraan u….

  11. 30 Disember 2011 at 8:29 pm

    setiap pengiraan dividen dikira dari tarikh masuk atau awal bulan .

  12. 30 Disember 2011 at 8:31 pm

    saya dah masuk awal bln 7 loan 35k berapa ye dividen saya tlog kira ye….tq

  13. hazmanjamin
    15 Januari 2012 at 8:40 pm

    saya buat loan 50k pada akhir bulan 9/2011 dan mula bayar pada awal bulan 10/2011..minta tolong kirakan dividen boleh ? TQ

  14. harman
    6 Oktober 2012 at 3:48 pm

    Sy nk tnya skit..dlm akaun asb sy ada 12k,lpas tu sy bt asb loan 30k dri bln September 2012,mcm mna nk kira bg bonus dan dividend asb ar..hrp dpt bntu

  15. liana
    14 Disember 2012 at 10:53 am

    sebelum ni saya sudah membuat ASB loan sebanyak 50k…..saya berniat untuk menambah lagi pelaburan ASB saya……..sekiranyer saya membuat penambahan adakan saya perlu membuka acc lain…………harap dapat bantu saya………

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 149 other followers

%d bloggers like this: