Rumah > ASB > Cara Mudah Mengumpul 100K dalam masa 5 tahun.

Cara Mudah Mengumpul 100K dalam masa 5 tahun.

Saya percaya ramai yang mempunyai target yg serupa iaitu mengumpul sekurang-kurangya 100K cash di tangan dalam tempoh singkat sekitar 5 tahun. Tapi bagaimanakah caranya. Tanpa membuat pelaburan, anda perlu menyimpan RM1,667 setiap bulan untuk mencapai 100K selepas 5 tahun (1667 x 60 bulan = 100K).

Satu cara yang paling mudah, selamat, dan kebarangkalian yg tinggi untuk mencapainya ialah dengan melalui loan ASB. Dalam kes ini saya mencadangkan skim pinjaman ASB yang ditawarkan oleh Maybank.

Bagaimana caranya?
1. Mohon pinjaman ASB drp Maybank. Amaun maksimum 200K. Tempoh maksimum 25 tahun.
2. Dividen yang diperolehi setiap awal tahun tidak dikeluarkan untuk menjana dividen kumulatif.
3. Tamatkan pinjaman ASB selepas genap 5 tahun.

Syarat yang perlu dipatuhi:
1. Kos pinjaman tidak melebihi 5% untuk 5 tahun.
2. Dividen ASB tidak kurang daripada 7 sen.

Pengiraan:
Selepas 5 tahun, dividen kumulatif yang diperolehi =
200K – (1.07^5 x 200K) = 80.5K
Equity gain selepas 5 tahun =
22.8K
Maka, jumlah terkumpul telah melebihi 100K iaitu =
80.5K + 22.8K = 103.3K

Bayaran bulanan adalah RM1169. Maknanya pelaburan bulanan anda sebanyak RM1169 akan menjana RM553 setiap bulan. Dengan kata lain, dengan melabur sebanyak RM1169 setiap bulan melalui loan ASB, anda mendapat pendapatan tambahan sebanyak RM553 sebulan, iaitu keuntungan sebanyak 47%. Sangat lumayan untuk suatu pelaburan yang mudah.

Cara yang mudah dan selamat, tetapi amat berkesan dan risiko sangat rendah.

About these ads
Categories: ASB
  1. Faris
    29 Mac 2011 at 8:04 am | #1

    Salam.

    Thank you for the post.
    Saya masih kurang jelas dengan step ni;-
    3. Tamatkan pinjaman ASB selepas genap 5 tahun.

    maksudnya kita cancel loan dengan Maybank or kita bayar habis dengan Maybank?

    • zahalee
      29 Mac 2011 at 8:43 am | #2

      Kita cancel loan tu, dan tidak semestinya bayar habis.

      • mnazri
        1 Mei 2011 at 12:11 pm | #3

        Boleh explain lebih detail mcmana nak cancel loan ni x? xbrape faham.

  2. AG
    29 Mac 2011 at 1:54 pm | #4

    Salam En Zahalee,

    Thanks for sharing info..
    Sy nk minta pendapat Zahalee..
    Sy ade cash 200k , ape yg patut sy buat..

    1) Settlekan loan rumah 85k balance simpan dlm ASB or
    2) Kuarkan 10k setiap bulan utk settle loan rumah..dpt juga div ASB..

    kadar int loan rumah skrang 5.9 %..minta pendapat dr sifu.

    tq

    • zahalee
      29 Mac 2011 at 2:19 pm | #5

      Lebih baik simpan semua 200K dalam ASB. Sebab kos loan rumah 5.9% lebih rendah berbanding dividen ASB. Itu kalau lihat drp aspek kewangan (untung dan rugi) sahaja. Kalau perlu, bolehlah keluarkan simpanan asb sedikit setiap bulan utk settle ansuran bulanan loan rumah.

      Tapi jika mengambilkira aspek psikologi pula, saya tidak dapat beri jawapan yg pasti. Sebab setiap individu mempunyai cara hidup dan toleransi risiko yg berbeza.

      Saya sendiri kalau ada cash 200K, saya akan gunakan duit tu membeli rumah lagi. Itupun utk bayar deposit sahaja, selebihnya akan buat loan. Ini disebabkan saya faham dgn konsep leverage dan mempunyai toleransi risiko yg tinggi, serta telah faham dengan selok-belok pelaburan hartanah.

      Keputusan akhir bergantung kpd individu tsb. Sama ada melabur lagi, atau letak dalam asb sahaja. Paling penting setiap pelaburan tu boleh menjamin anda boleh tidur lena waktu malam. Saya sendiri sudah biasa dgn turun naik harga saham. Jadi toleransi risiko tinggi dan telah sebati dalam diri.

  3. Asbist
    29 Mac 2011 at 9:42 pm | #6

    Salam en zahalee,
    Kenapa perlu buat asb loan dgn may bank ,adakah ia terbaik?
    Terima kasha

    • zahalee
      29 Mac 2011 at 10:07 pm | #7

      Tidak semestinya…cuma bank rimau ada 2 kelebihan utama:
      1. Ada pakej asb financing-i (patuh syariah).
      2. Tempoh maksimum 25 tahun.

      Dlm post di atas, saya ambik bank rimau tu sbg contoh sahaja…

  4. nabil
    30 Mac 2011 at 8:28 pm | #8

    salam saya nak tanya encik zahalee…kalau saya buat loan rm200k utk 25 tahun..kemudian batalkan loan lepas 5tahun.. bank ada kenakan caj tambahan tak??
    apa syarat2 untuk batalkan loan tu?

    saya harap encik boleh bantu..

    • zahalee
      30 Mac 2011 at 11:42 pm | #9

      tiada caj…dan tiada syarat…

  5. nabil
    31 Mac 2011 at 11:43 am | #10

    saya nak tanya pendapat en.zahalee kalau dibandingkan buat loan ASB untuk 25 tahun menggunakan bank RHB dengan Maybank.. bank yang mana lebih baik??

    • lantoi
      1 April 2011 at 1:27 am | #11

      Salam saudara nabil kalau U baca post tuan tanah yg terdahulu sudah pasti anda mendapat sedikit idea mana yg lebih baik. Sudah tentulah RHB.

      Namun saya hanya ingin berkongsi pendapat iaitu pinjaman asb yg patut anda timbangkan adalah yg berteraskan Islamic Loan.(Maybank) Kenapa? Setahu saya majlis fatwa telah bersepakat pinjaman asb melalui loan conventional adalah tidak halal. Namun bagi pelaburan asb thru cash pulak Majlis fatwa kebangsaan telah mengfatwakan harus. So sebagai org awam yg cetek ilmunye saya tak berani komen lebih berkaitan ade sesetengah pihak mengatakan asb itu tetap haram.

      Pemberatan tidak terpikul kepada kita org awam yg belum cukup ilmu didada. namun ia masih pilihan masing-masing

      Berbalik kepada Loan ASB ni I think you should go for Islamic Loan. Itu pendapat sayeler. Untung kurang sedikit tidak mengapa yg penting anda tak terlepas dgn jualan murah asb nih. Adiozzz

  6. 9 April 2011 at 1:49 am | #12

    Assalamualaikum, saya ada satu masalah yg nk di kongsi. sy sebagai student kerap kali menghadapi masalah wang spt nk menanggung kos yuran, perbelanjaan harian, dan pelbagai lagi. sengan pinjaman ptptn tidak muncukupi apatah lg dgn kos hidup yg semakin meningkat.
    minta nasihat dr sifu, apakah cara yg paling sesuai untuk saya sbg pelajar menabur dlm asb? dgn modal berapakah dapat pulangan dan keuntungan yg konsisten setiap bulan dalam asb? jumlah loan ptptn sy rm2300, untuk melabur sekitar rm500-rm1000.

  7. zilaa
    11 April 2011 at 8:42 am | #13

    Salam.. buat sekarang nie paling bagus utnk melabur ASB iaitu RHB EASY PAYMENT bagi saya. Untuk loan rumah CIMB, paling mudah dan tidak bnyk syarat yang dikenakan.Baru n saya ada buat loan rumah dalam 90k,ikat sahja dlm 25 thun interest hanya 4.65%. setiap blan hanya rm490(interest dn insuran). ikut perancangan saya , setiap thn sya akan keluarkan duit pelaburan dari ASB RHB EASY PAYMENT utk mempercepatkan bayaran loan rumah.Pelaburan ASB RHB EASY PAYMENT 5 thn pertama iaitu dalam 1 thn dah ada terus pembayaran balik dalm pelaburan asb rhb. maknanya ada 2 income masuk, bila nak jual blik dalm 5 thn dah x ada apa apa. sbb dah msuk dividennya. klu nak teruskan tanpa mengeluarkan duit pelaburan dan dividen memang banyak pulangan yang anda dapat dalm beberpa thn yang anda ambil dalam pelabuaran asb. ASB RHB EASY PAYMENT, KPA hanya 6.30% skrng.

    • aishah
      19 April 2011 at 11:46 am | #14

      salam zila.. cimb mane awak apply loan rumah? sbb sy apply cimb loan tapi xlepas.

  8. 19 April 2011 at 4:23 am | #15

    Sekiranya saya telah mengambil loan asb katakanlah 1050 sebulan, adakah saya boleh mengambil loan lain seperti loan rumah?

  9. ann
    19 April 2011 at 8:23 pm | #16

    Salam en zahalee.. Sya bru jer wat loan asb awal bln ni slma 25 thn blnan 583 dan sy dh byr advnce tuk sthn sbyk 6996..dan rm60 tuk yuran proses yg di debitkn dr acc smpnan mybnk sy.. Sy wat asb loan ni kt mybnk sbb dpt offer dan sy tertarik ttg kita boleh terminate slps 5 thn..dan sy berani wat loan ni sbb 1st year je kna byr kata agent tu..lps tu dividen thnan byr balik loan tu..klu sy terminate slps 5 thn agak2nya bpe untung sy dpt??.. Fikir2 blik klu dvden x ckup kna cover duit loan payah gak.. Hrp dpt jwbn scpt mgkin..tq

  10. zilaa
    23 April 2011 at 4:23 pm | #17

    saya apply loan rmh cimb bukit baru, melaka. rmah thun 1995 dngn bank lain,hrga 64k. loan cimb blik dpt 90k.ikat shja 25thn.taget tdk sampi 25thn byran blik. cukup dokumen apa yang bnk mahu. dengan bank harmau banyak bersyarat nak pulak 100k k atas. gji suami 5k k atas dengan penyata EPF 2010, 80k. saya berurusan dengan encik syahir fahmi CIMB BUKIT BARU MELAKA. email sya,zilarazak80@yahoo.com

  11. zilaa
    23 April 2011 at 6:08 pm | #18

    setahu saya dan pemahaman saya LOAN RUMAH dengan LOAN ASB tiada kena mengena. LOAN ASB iaitu LOAN PELABURAN ASB. Anda kena fahamm. Namanya ajee LOAN PELABURAN ASB… tiap tiap bulan kita byr,bank bank negara akan audit dan kemaskini loan pelaburan asb pada akhir tahun. awal thun dapat lee dividen, dah cukup matang dlm perjanjian dapat lagi hak kita. LOAN PELABURAN ASB tiada sebarang dokumen hanya mengisi soalan persenal yang tertentu shja. sbb itu suri rmh pun blih buat tentang LOAN PELABURAN ASB. loan rumah, loan kereta, loan pinjaman peribadi, macm mcm dokumen yang bank mahukan. loan rumah sampai 25 thn, loan kerata 9 thun sahaja. LOAN PALABURAN ASB yang bayran tinggi, lagi bnyk duit yang anda dapat, itu hak anda.

  12. zilaa
    23 April 2011 at 6:38 pm | #19

    LOAN PELABURAN ASB RHB EASY PAYMENT utk 5 thun pertma,utk 200k. setiap bulan byr rm900. ini blm masuk byran insuran lgi. Pengiraanansuran bulnan adalh berdasarkn Kadar Pinjaman Asas[KPA]-1.0% setahun. KPA semasa ialah 6.30% sthun kadar tepat pda masa cetakkan kadar munkin berubah. yuran pengjagaan/pengendorsan rm 200. thun ke 6 seterusnya dlm20thun 1,354. saya hanya dapat info dari sehelai kertas dar easy rhb easy payment.

  13. al samvas
    27 April 2011 at 9:08 pm | #20

    assalam
    kami mohon pandangan dan langkah langkah,kami adalah sebuah badan amal ngo yg mndapat tunai sejumlah 1 juta lebih untuk pembinaan asrama,dlm perbincangan kami sementra projek itu dijlnkan bgaimana kalau kami simpan dlm fd yg trbaik.harap bantu kami

    • zahalee
      28 April 2011 at 9:11 am | #21

      Kalau untuk nilai sebesar 1 juta…saya rasa anda boleh nego ngan mana-mana bank utk dapat best rate hingga at least 6%…anyway, u kena confirm dgn pegawai bank terbabit..anyone with better experience boleh share sini…

  14. Iz
    4 Mei 2011 at 1:09 am | #22

    Salam..

    mohon penjelasan lanjut mengenai
    “Syarat yang perlu dipatuhi:
    1. Kos pinjaman tidak melebihi 5% untuk 5 tahun.
    2. Dividen ASB tidak kurang daripada 7 sen.”

    saya kurang faham mengenai syarat ni & cara pengiraan 5% tu..

  15. siti aisyah
    5 Mei 2011 at 10:06 am | #23

    salam.. sy mintakmpendapat sesiapa saja di sini ye.. sy masih lagi seorang student,yang memerlukan duit untuk membeli sebuah rumah atas dsakan keluarga. apakah patut sy buat loasn asb? sy masih keliru dgn loan asb ni.. student boleh mohon ke? mcm mana dgn cara bayaran nya? sy mempunyai masalah kewangan yang sgt kritikal ,oleh itu sy mohon pendapat segera,memandangan kami sekeluarga bakal tiada rumah bulan depan.terima kasih

    • murad
      27 Oktober 2012 at 11:53 pm | #24

      woiiii..loan asb, loan abs la…ape kene mengena dgn rumah kau(siti aisyah)? ..xxxx…

  16. budak baru blaja
    9 Mei 2011 at 12:13 pm | #25

    Hi,saya baru wat loan asb 50k dgn easyrhb 25 thn.nak tanya sifu mana lebih baik guna dividen byakan monthly pymt atau jgn usik div biar dia beranak pinak??sila tlg beri pandangan.tq

  17. Juharimi Abdullah
    19 Oktober 2011 at 6:24 pm | #26

    Sekadar berkongsi:

    1) siti aisyah: bank tidak memberikan kita cash hakiki utk loan asb. Duit itu akan dimasukkan ke dlm ASB & “dipegang” oleh bank. Yg kita nampak, setiap Jan, kita boleh updatekan buku ASB dan nampaklah dividen yg diterima.

    Permohonan loan ASB akan mengambil kira pendapatan pemohon. Kalau student, susah nak cakap. Kalau part-time student dan ada pekerjaaan & pendapatan tetap, peluang lebih tinggi.

    2) budak baru blaja: ikut keaddan financial. Kalau kewangan tak sesak dan mampu bayar installment dgn duit gaji sendiri, biarkan saja dlm ASB sb dia akan bertambah cepat sebab compounded dividen + simpanan ASB asal. Kalau sebaliknya, dividen boleh ler digunakan utk bayar installment, cuma tabungan ASB lambat bercambah.

  18. nak confirmation
    27 November 2011 at 5:56 am | #27

    Pertanyaan PENTING tuan, pihak maybank tak dapat beri pengesahan..
    bagaimana anda kira equity gain 22800 after 5years??
    assumtion,everything is FIX for 5years..
    1169X60 bulan = 70140
    jika refund hanya 22800, maksudnye 70140-22800(portion customer)=47340(portion bank)
    (22800/70140)X100=32% shj portion customer. 68%portion bank.
    kenapa sikit sgt yg bank refund after cancell loan?
    *JIKA cancell loan after 3YEARS?? adakah portion bank n customer masih seperti 32%,62%
    maybank staff sendiri xdapat membantu.lembab kot. HARAP tuan dapat beri penJELASan.
    TQVM

    • murad
      27 Oktober 2012 at 11:57 pm | #28

      jgn kira apa yg kau byr la xxxx!!kira loan yg kau dpt + dividen!itu masyuk, kalau ikut cara kau kira..memang smpai bejanggot pun xdapat! …xxxxx…!!!!!!

    • zahalee
      31 Oktober 2012 at 11:36 pm | #29

      sila rujuk post yg lepas-lepas…

  19. 7 April 2012 at 11:46 pm | #30

    Loan ASB maybank tidak perlukan, ada slip gaji.,syarat utama sekarang utk pinjaman RM50000 keatas perlu, sediakan upfront payment utk 3 bulanan dan yuran proses..utk simpanan jangka masa panjang contoh 25tahun, hanya buat bayaran bagi setahun pertama mengunakan duit sendiri.., bagi tahun seterusnya gunakan duit dividen dan bonus yg didapati setiap tahun.
    Jangan bayar dengan mengeluarkan duit dividen dan bonus sekali gus dari buku akaun ASB..,anda akan rugi dividen bulanan yg dikira setiap akhir bulan. Bagi bayaran bulanan utk loan Maybank bernilai RM100K..anda akan kerugian sebanyak lebih kurang 240 jika membuatbayaran sekaligus. dari akaun asb.
    berikut jumlah dividen n bonus utk loan rm100k:
    THN 1 THN 2
    jumlah div t bonus 7625 7750
    lebihan byrn setahun RM 641 766
    lebihan bayaran RM641 itu adalah lebihan bayaran yg digunakan utk tahun ke2..jika dividen asb kekal 7.5% dan bonus 1.25%..

  20. 8 April 2012 at 2:53 pm | #31

    Pembetulan

    jumlah div t bonus :THN 1 RM7625, lebihan byrn setahun RM641
    jumlah div t bonus :THN 2 RM7750, lebihan byrn setahun RM766

    lebihan bayaran RM641 dan RM766,itu adalah lebihan bayaran yg digunakan utk tahun ke2 dan ke3..jika dividen asb kekal 7.5% dan bonus 1.25%..

  21. lala_berbisik
    19 Julai 2012 at 11:53 am | #32

    Alahai korang ni….meminjam untuk melabur…dah lah ASB tu tak patuh syariah…ni pulak nak meminjam utk buat investment….sigh

  22. Noname
    30 Ogos 2012 at 8:44 am | #33

    kita bakorrrr!!!

  23. shah
    15 September 2012 at 12:53 pm | #34

    klu nak buat loan asb bank mana yg lebih baik?maybank,rhb or cimb???

  24. ariemaria
    21 September 2012 at 8:08 pm | #35

    boleh saya tahu bank mana terima payslip untuk loan ASB dengan loan rumah bagi oversea payslip.

  25. Mama
    28 September 2012 at 11:57 am | #36

    maybank terima oversea payslip… kita akan convert to ringgit malaysia..

  26. sah_sps@yahoo.com
    7 Oktober 2012 at 4:39 pm | #37

    saya seorng pelaja,jika saya melabur sebnyak rm 50 setiap bulan,berapa kadar div bonus saya dpat setahun??

    • murad
      28 Oktober 2012 at 12:01 am | #38

      kau xpayah melabur, baik kau simpan dlm tabung pastu cukup setahun..kau simpan lagi…pastu 3 tahun kau simpan lagi..xxxxx, kau kirala sendiri …xxxx….!

      • Lantoi
        31 Oktober 2012 at 11:08 pm | #39

        HELLO, HELLO, OPPP MURAD, MURAD, tolonglah guna bahasa yg elok sikitlah ye, takyah guna bahasa bahalol , bongok ke… Apa ko tu dah pandai sngat ke atau kayo sgt, TT kalau boleh komen gini jgn approve, buat sakit mata jer. tak membina langsung

        Kalau ko belum kaya jgn nak kata oranglah, tapi kalau ko dah kaya ikutlah resmi padi bro, harta dunia tak bawak kekubur, bahasa, perangai takqwa yg bawak kubur, …….. typical maleis…..

      • budak pandai
        10 Januari 2013 at 1:11 pm | #40

        woiii murad ko engat pelajar ta boleh nak melabur ke..
        silap hari bulan simpanan ko kalau nak dibandingkan dengan pelajar2 ipt nh lebih rendah dari diorg punyer…
        ayat ko nh memg menujukkan kan yang ko nh otak singkat..!!!!

  27. Dailius
    25 November 2012 at 7:53 pm | #41

    Kalau loan 50000 dan pastu nak cancel after 5 years berapa boleh dapat bang?

  28. Asyraf
    7 Disember 2012 at 4:17 pm | #42

    Paling best buat loan 200k 25 tahun. Sebulan RM 1200. Cukup 25 tahun dapat 200k. Cunn

  29. 15 Disember 2012 at 5:14 pm | #43

    .im just 20, basic salary 1515MYR .agak2 what is the best for me to start? .n for now i dont posses any car, but plan to .any idea guys?

  30. pokcik
    17 Disember 2012 at 11:31 pm | #44

    adam 10 % saving ..10 % education ..5 % play ..5 % give..70 % pay your bills

    • son gokiu
      18 Disember 2012 at 5:03 pm | #45

      adam..nasihat pokcik tu sangat berguna.. simpanan tu perlu.. ko kawin ada anak bini nanti macam abg kakak ko kat atas tu tau la.. hehe sori.. mencelah sekejab.. nasihat untuk diri sendiri juga… :) peace..

  31. son gokiu
    18 Disember 2012 at 5:08 pm | #46

    loan asb dari cimb bleh sampai 30 tahun..maybank 25 tahun… untuk 100k and cancel in 5 year.. better mana lebih bagus.. sesiapa bleh tlg bagi pendapat.. terima kasih.. -baru belajar

  32. hehe….
    21 Disember 2012 at 12:17 pm | #47

    KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, jumlah tertinggi bagi tempoh lima tahun terakhir ini.

    Tahun lalu agihan pendapatan ialah sebanyak 7.65 sen seunit.
    Peruntukan bagi pengagihan pendapatan tahun ini membabitkan pembayaran sebanyak RM8.13 bilion, meningkat 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilion pada 2011.

    Peruntukan bagi bonus pula berjumlah RM712.21 juta berbanding RM600.4 juta tahun lalu.

  33. 2 Januari 2013 at 4:56 pm | #48

    Slm. Saya ada membuat loan di Bank Rakyat dan bakinya RM24,000. Adakah patut saya keluarkan duit ASB dan selesaikan loan di BR tersebut. Kalau selesaikan saya akan dpt rebat RM2,000 …

  34. Nina
    4 Januari 2013 at 4:08 pm | #49

    kes di atas hanya applicable bg mereka yang boleh memberi komitmen menggunakan duit poket sendiri sbnyk 1200 sebulan selama 5 tahun….sementara bg kes menggunakan dividen tahunan untuk bayaran bulanan..komitment yang perlu dari duit poket sendiri hanya akan berlaku pada thn pertama sahaja…thn kedua dan berikutnya hanya gunakan dividen ASB tersebut untuk rolling bayar bulanan…and bank allow you to pay lumsump for the whole year using your dividen…tepuk dada tanya selera…

  35. sofie
    8 Januari 2013 at 4:15 am | #50

    askm…sy ni baru nak belajar melabur dlm asb loan.sy nak tanya pendapat semualah…sy nk amik plan 100k dalam tempoh 5tahun sahaja..modal sy dah ad dalam 23k…dan saya nk gunakan kan jumlah simpann ini untuk tahun pertama iatu bulann rm1862,andai kata akhir tahun 2013 untuk kiraan dividen ada kemungkinankah dividen 7% itu sy gunakan untuk di jadikan modal bayaran pd tahun kedua atau pun elok sy ikut cara amik plan 200k tamat lps 5 tahun seperti plan saudara..jadi adakah dividen tahunan sy nanti lebih dari 23k setahun iyu…sekian…tolong ehhh..hihihih

    • budak
      28 Januari 2013 at 6:33 pm | #51

      pendapat saya untuk sofie.. balik ambik kat asb loan under cimb..ambik 30 tahun.. pastu bayar jer untuk 1 taun terus.. 550×12..6600…. duit cash nak kena ada jugak sbb klu ada nak guna secara tetibe2….pastu lepas 5 tahun kamu berhenti la… bagi saya gunakan semua simpanan nak bayar loan tak berapa bagus sbb klu kamu nak guna tetiba nanti nak cekau kat mana..? hehe… tapi apapun… duit kamu… pandai2 ler urus sendiri… tepuk lagi dada tanya lagi selera… :) peace…

  36. 17 Februari 2013 at 10:25 am | #52

    Loan.. loan.. loan.. mengapa perlu loan untuk investment. Bukan kah lebih baik jika boleh bayar loan RM1200 sebulan, wang itu dibuat investment cash? Masa belajar pun kena amek loan utk blajar… tak kan dah habis belajar pun nak buat loan lagi? Apa kata jika nak tahu ilmu pelaburan, cuba anda sendiri jadi agen pelaburan. Sudah pasti anda akan dibekalkan dahulu ilmunya utk jadi agen yg produktif. Bila dah dapat ilmunya, anda sendiri yg untung kerana sudah dapat ilmu pelaburan.

    Dulu sy pernah guna 4 kredit kad dgn bayaran 2K sebulan. Sekarang sy sudah bebas kredit kad. Malah sy boleh buat investment tanpa guna cash walau 1 sen. Caranya duit simpanan pekerja boleh digunakan untuk pelaburan.

    Bagi pelajar, cubalah pelajari ilmu pelaburan dari sekarang. Usahakan utk dapatkan lesen pelaburan yg sah dgn FIMM (Federal Investment Manager of Malaysia). Modal utk dapat lesen hanya RM260 shj.

    • LoL
      18 Februari 2013 at 2:06 pm | #53

      To Encik Retire

      1st. saya tak pernah pakai pun kredit kad berbanding tuan yg penah pakai sampai 4 biji belagak mcm org kaya. Adakah ini bermaksud saya lebih bijak daripada awak walaupun org tak pernah nasihat kat saya?

      2nd. Tak sangka dalam Malaysia ni, masih ada orang yang mengaku dirinya hebat dalam pelaburan tak tahu konsep OPM / OPE yang ditawarkan oleh Loan ASB. Dengan adanya LOAN ASB ni boleh jana sehingga 1 juta menjelang 25 tahun and it’s a low risk investment. Tak tau ke Encik Retire? Melayu standard la, kalo bab cakap besar nombor satu n semua hal pun belagak tahu.. Politik pun jual air liur je. Macam Encik Murad la.

      3rd. ASB is the only investment yang protected by the government for the bumi.

      4th. Engko tak nak ambik loan ASB tu hak ko. Tak payah datang blog yang terbaik beri info ni dan perlekehkan orang yang nak ambik. Freedom of speech bagus, tapi kalo dah kondem sistem pelaburan macam loan asb ni semata-mata nak tarik orang ikut investment ntah apa ntah ko tu, tak payah la. Ko jeles sebab ko tak dapat nak bayar loan ASB tu. Sesama Muslim pun nak dengki ka? Apa manusia akhir zaman ni.

      • mrbug
        27 April 2013 at 5:27 am | #54

        budi bahasa budaya kita..jangan lah kerana kita tidak sokong pendapat beliau kita harus kutuk mengutuk..maaf jika tersinggung tapi niat hanya nak menegur..peaceee

      • 19 Ogos 2013 at 2:34 pm | #55

        salam, cuma fikirkan tentang islamic investment. pelaburan yg retirement plan cakap pun under government jugak. bukan ASB je. belajar dulu sebelum condem. daripada bayar loan RM1,200 sebulan, baik invest sebagai capital untuk increase pendapatan bukan bayar bebanan 25 tahun tu. ada testimonial dalam masa 10 tahun dah boleh cecah hampir RM200k.. :)

    • zahalee
      20 Ogos 2013 at 10:51 am | #56

      Untuk menjana serious wealth, kita perlu meminjam…konsep leverage and OPM amat berguna jika diguna dgn betul…sebabnya, majoriti pelabur hanya ada limited resources…

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 148 other followers

%d bloggers like this: