Rumah > ASB > Teknik Memaksimakan Loan ASB Melebihi 200K

Teknik Memaksimakan Loan ASB Melebihi 200K

Seperti yang dijanjikan dalam komen bagi post yg lepas http://blogsahambaru.wordpress.com/2009/07/30/pinjaman-asb-asb-loan-memberi-pulangan-melebihi-40/, (terima kasih lantoi kerana remind saya) saya akan cuba berkongsi teknik untuk memaksimakan profit asb dengan cara mendapatkan asb loan melebihi 200K. Teknik ini hanya boleh dilakukan jika pelaburan asb anda telah mencecah 200K, dan anda masih layak untuk memohon loan asb tambahan yg baru.

Satu ciri ASB yang saya sendiri baru ketahui ialah walaupun had pelaburan maksima adalah 200K, had pelaburan ini akan sentiasa bertambah setiap kali dividen diagihkan. Sebelum ini saya hanya mengunakan kaedah pelaburan asb yg biasa iaitu dengan menyimpan RM100 (kadang-kadang tu lebih sedikit) setiap bulan. Jadi tidak pernah terlintas difikiran suatu hari nanti pelaburan asb akan mencecah 200K. Namun setelah membuat kajian terperinci (pada Jul 2009), saya telah membuat kesimpulan kaedah asb loan akan lebih menguntungkan.

ASB loan sebenarnya giat ditawarkan sejak saya masih di sekolah menengah lagi. Awal tahun 1990an lagi, saya diminta oleh makcik saya (dia orang kampung, dan saya pula dianggap lebih berpengatahuan kerana bersekolah di perantauan, hanya sekali sekala balik kampung) yang bertanyakan pendapat baik buruk dan risiko ASB loan. Waktu itu asb loan ditawarkan pada kadar BLR+0.75 hingga BLR+1.25. BLR pula sekitar 7 – 9% dan pernah mencecah 10.5% pada lewat 1990an ekoran krisis kewangan di Asia. Jadi saya membuat kesimpulan risiko asb loan agak tinggi berbanding potensi pulangan, walaupun pada tahun 1990an dividen asb agak tinggi 9-12%. Dan kadar asb loan ini seingat saya berkekalan sehingga tahun 2009 (pembaca boleh kongsi jika ada maklumat lain) apabila kadar BLR terlalu rendah dan pakej asb loan ditawarkan pada kadar BLR-1.65 (paling rendah dalam sejarah). Ini mendorong saya membuat kesimpulan yg drastik kerana pakej asb loan yg ditawarkan kini sangat murah, mudah dan dividen masih memuaskan, risiko pula terlalu rendah kerana ekonomi dunia masih belum pulih sepenuhnya (trend sekarang, rata-rata kuasa ekonomi dunia ingin mengekalkan kadar faedah yg rendah untuk memastikan pemulihan ekonomi tidak terganggu).

Kembali kepada topik post kali ini. Sebagai contoh, jika sepanjang tahun 2010 pelaburan anda telah mencecah 200K (sama ada melalui cash sendiri atau sijil loan asb), tapi selepas dividen diagihkan (kita andaikan anda menerima dividen 14K) pada Jan 2011, had pelaburan ASB akan bertambah kepada 214K. Bagi memaksimumkan asb loan, anda boleh mengeluarkan dividen 14K dan apply loan baru yang sama jumlahnya dengan 14K. Amaun 14K tu pula boleh dilaburkan dalam dana lain (spt ASW2020, ASM atau AS1M), dan anda juga mempunyai pilihan untuk menggunakannya untuk membayar ansuran bulanan bagi loan 14K yang baru tu. Cara ini membantu anda meningkatkan keuntungan keseluruhan asb, kerana keuntungan melalui loan asb 14K lebih tinggi (pulangan 30% – 40%), berbanding jika amaun 14K dikekalkan dalam simpanan asb (pulangan mengikut kadar dividen biasa 7% – 8%). Cuma anda perlu bersusah-payah sedikit untuk berurusan semula dengan bank dan menyediakan dokumen untuk apply loan baru. Dan impaknya juga agak sedikit kerana amaun loan agak kecil iaitu hanya 14K. Saya sendiri tidak bercadang untuk melakukan teknik ini setiap tahun, mungkin setiap 2 tahun lebih praktikal kerana dividen terkumpul akan mencecah 28K hingga 30K.

Komen dialu-alukan jika ada pelabur lain yang telahpun melakukan teknik ini. Kalau tidak silap pakzul ada pengalaman. Boleh kongsi pengalaman dengan pembaca lain. Selamat melabur!

About these ads
Categories: ASB
  1. lantoi
    29 Mac 2011 at 8:51 pm | #1

    Betul tu BRO, itu fasal bank rimau bagi maksima 400k loan. Memang ade pelabur yg loan dah maksima 400k. Duit 4ook mereka park kt TH atau instrument PNB yg lain. Ini kerana pada pendapat mereka dan saye juga dividen 5.5% TH tu dah dikira tinggi sebab TH dah keluarkan zakat bagi pihak kita so dividen sebenar adelah 5.5%+ 2.5% = 8%

    Bukan ape I dah praktikkan mengeluarkan zakat simpanan nih dan Insya Allah duit simpanan kita akan terus bertambah.

    Kalau tak silap BRo Zul ade sebut yg dia pinjam 400k dan itulah hasil dividen yg dah compounded. so maksimum bukan lagi 200k

    Lagi satu rajin -rajin tanye pada agen ASNB masa buat transaction tentang berapa limit yg kita boleh labur. Macam saya lak dah check dalam 60ribu lagi boleh dibeli so limit saya sekarang 100k loan + cash 85k + limit yg masih boleh dibeli 60k = 245k

    kalau ikutkan hati nak transfer juga cash tu ke tabung haji dan buat loan baru tapi sebab plan nak beli rumah lagi so tak boleh nak bagi komitmen dalam slip gaji. dah tulak kena standby 30% deposit. So mana mana pelawat yg belum beli rumah tu dicadangkan beli rumah dulu kalau nak pinjam asb pun jgn maksima sebab setakat nih bank ni ambil kira juga pinjaman asb nih.

    Adiozz + tq

  2. wan
    22 Disember 2011 at 2:54 am | #2

    Salam bro ..loan asb 14k pulangan 30-40% tak berapa paham ler bro camner tu bro leh explain skit

  3. amrie
    18 Januari 2012 at 2:00 pm | #3

    saya baru kat sini..
    sy sama seperti sdr wan. kurang faham berkenaan pulangan boleh jadi hingga 30-40%. dan setahu saya maksimum kita boleh masukkan dalam asb hanyalah 200K. dividennya boleh terus dibiarkan, but once kita dah keluarkan dividen tu, kita dah x boleh masukkan lg walaupun jumlahnya menyamai dividen yg dikeluarkan. Atau saya yang salah faham? please explain sikit bro. tq

  4. 7 April 2012 at 11:05 pm | #4

    Loan ASB..klu dengan maybank lebih baik lebih dari RM30000, sbb faedah yg di kenakan cuma 4.95%..(KPA) 6.60%-1.65%..kalau dibawah RM3000 0, KPA yang dikenakan adalah 6.60%-1.30%bersamaan..5.30%bg tahunjh keempat..tahun pertama-ketiga faedah yg dikenakan sebanyak%.25%..

    • Rodzuan
      20 Oktober 2012 at 1:21 am | #5

      saya pernah dengar tentang komuniti UNSTOPPABLE tu.yg mengajar banyak skill memanipulasi sistem kewangan di malaysia tu.Boleh ke dividen ASB di multiply jadi 30-40% setahun?bagaimana caranya

  5. 8 April 2012 at 2:26 pm | #6

    zubir :
    Loan ASB..klu dengan maybank lebih baik lebih dari RM30000, sbb faedah yg di kenakan cuma 4.95%..(KPA) 6.60%-1.65%..kalau dibawah RM3000 0, KPA yang dikenakan adalah 6.60%-1.30%bersamaan..5.30%bg tahunjh keempat..tahun pertama-ketiga faedah yg dikenakan sebanyak5..25%..

    zubir :
    Loan ASB..klu dengan maybank lebih baik lebih dari RM30000, sbb faedah yg di kenakan cuma 4.95%..(KPA) 6.60%-1.65%..kalau dibawah RM3000 0, KPA yang dikenakan adalah 6.60%-1.30%bersamaan..5.30%bg tahunjh keempat..tahun pertama-ketiga faedah yg dikenakan sebanyak5.25%..

    zubir :
    Loan ASB..klu dengan maybank lebih baik lebih dari RM30000, sbb faedah yg di kenakan cuma 4.95%..(KPA) 6.60%-1.65%..kalau dibawah RM3000 0, KPA yang dikenakan adalah 6.60%-1.30%bersamaan..5.30%bg tahunjh keempat..tahun pertama-ketiga faedah yg dikenakan sebanyak5.25%..

  6. 8 April 2012 at 2:46 pm | #7

    Saya telah membuat loan ASB sejak tahun 1994 lagi.bermula dgn RM22000, kemudian RM40000(skim B), setelah itu tambah lagi RM25000 dan seterusnya RM30000. Pada masa ekonomi meleset 1998 saya jual loan RM40000, 25000, dan 30000 disebabkan Dividen ASB rendah.walaupun dijual saya tidak mengalami kerugian..loan pertama bernilai RM22000 dikekalkan.dan matang pd 3 tahun lepas(2009)
    Bermula 3 tahun lepas dengan lebihan jualan ASB yg lama dan duit KWSP, saya mengorak langkah dengan pelaburan baru..kini loan ASB saya bernilai RM250000 ,loan isteri saya bernilai RM222000 dan terbaru saya juga telah membuatkan loan ASB utk anak yg baru berumur 18tahun dengan loan bernilai RM60000.
    Utk pengetahuan teman2, isteri dan anak saya tidak bekerja.tetapi telah mendapat kepercayaan pihak bank(rimau) disebabkan saya sendiri tidak pernah tangguh pembayaran dgn bank walau utk sebulan sekali pon..
    harap generasi muda dapat memulakan pinjaman ASB semasa umur masih muda..saya berumur 45 sekarang dan pinjaman 3 tahun lepas perlu dibuat utk tempoh yg pendek (14tahun) disebabkan limit umur utk loan bank adalah 56 (jika tidak salah). Ini juga memerlukan saya menambah pembayaran bulanan disebabkan dividen yg keluar tidak mampu menampung bayaran tahunan loan..

    • orang baru
      9 April 2012 at 9:37 pm | #8

      Saya nak tanya ngan encik zubir, boleh ke loan untuk anak yang dah 18 tahun, sebab hari tu gi cimb bank..mereka kata buat loan untuk anak skrang tak boleh melainkan anak tu dah bekerja sebab diorang nak slip gaji bukti yg mereka ada proof of income…Kalau di katakan good pay master…saya pun tak pernah tangguh bayar tiap2 bulan sebab takut rugi interest tu…jadi saya hairan sangat encik boleh tru… Walau bagaimana pun ada jalan lain buat loan untuk anak…saya apply trading lesen pakai nama anak dan active kan bank accnt anak tu selama enam bulan makna kena ada duit sentiasa dalam account 5k…baru boleh tru… ada proof of income…biasanya kalau trading lesen baru setahun mereka tak minta income tax…itulah pengalaman saya…

  7. 10 April 2012 at 9:28 am | #9

    Dengan Maybank xder masalah, sbb sebelum ni 17 thn yg lalu saya buat utk isteri saya yg perlu hanya ada duit utk bayar..cuma yg terbaru pihak bank minta salinan slip gaji ayah peminjam 3 bulan berturut..dn loan anak saya lulus tempoh 2 hari jer..hrp mencuba..klu ader prob cuba hubungi maybank Seremban 2 berhubung dgn en. Kamal dia pengurus bhg pinjaman..insyaallah..

  8. 10 April 2012 at 9:35 am | #10

    Orang Baru, utk pinjaman melebihi RM50000, anda perlu menyediakan upfront utk 3 bulanan dan yuran proses, RM70.00, dan dimasukkan kedalam akaun simpanan maybank, bank akan memotong wang dari simpanan secara Standing Instruction dalam urusan pembayaran loan ASB.

    • orang baru
      10 April 2012 at 10:07 am | #11

      Tq, for the info…

  9. Ridwan
    3 Mei 2012 at 4:20 pm | #12

    Tuan Zubir,
    Mohon pencerahan jangkamasa tuan MENAMBAH loan ASB tu: 22000-40000-25000-30000

    • 8 Mei 2012 at 10:02 am | #13

      En Ridwan, pinjaman tu berperingkat2..,saya hanya baya setahhun sahaja, tahun seterusnya dibayar dgn dividen dn bonus,..apabila ASB bayar div rendah saya tambah jumlah bayaran yg kurang..thn 1999 saya jual yg rm40k, sbb , skim B tu mmg menyusahkan..ttp sekarang tiada lg skim B…yg lain tu dijual semula berperingkat dan dalam masa itu juga saya buat loan baru hasil jualan loan lama, disebabkan BLR semasa dan dividen ASB semasa yg lebih sesuai utk bayaran bulanan

  10. wan
    6 Mei 2012 at 2:17 pm | #14

    sy bru wat loan asb nih..sy 50000 n adik sy 50000…ktorg byar ntuk setaun trus…so,tiap2 taun,ktorg kuarkan dividen ja ntuk byar loan ni..ni pun atas nasihat peg bank rimau tu…lau kita byar ntuk setaun trus,xperlu slip gji…i think this waybmuch more easier sbb kita xpyh pkir2 kalo2 ter’miss’ byar tiap2 bln…btul x en. zubir…

    • 8 Mei 2012 at 10:11 am | #15

      kalau pihak bank tu dah syaratkan perlu bayaran utk setahun terus, kena ikutlah, tetapi setelah matang setahun, wan perlu bayar setiap bulan jika perlu keluarkan duit dari dividen dalam ASB dan dimasukkan kedalam akaun bank rimau tu, sbb bank akan buat standing instruction.jika div yg dikeluarkan dari ASB di keluarkan semuanya utk setahun sekali.saya mmg dah kira Wan akan rugi kiraan baki akhir bulanan ASB…setahun berjumlah lebih kurang rm500seorang..adik u juga akan rugi sebanyak itu utk tempoh setahun..jika Wan hendak berkongsi kiraan bayaran lengkap utk beberapa jumlah bayaran bulanan..saya ader jadual bayaran tersebut..email saya..wanzuu065179@yahoo.com.my

  11. razi
    8 Mei 2012 at 11:39 pm | #16

    salam..saya nak tanya..saya dah buat investment ASB utk 100k..and dah dpt dividen + simpanan tambahan 100 setiap bulan since 2011..saya bercadang untuk menambah asb loan sebanyak 100k lagi..before this buat dgn RHB..if saya nak tmbh utk make it 200k, senang ke nak approved if gaji saya 3k above since komitmen saya utk membayar kereta dan PL. tp bayaran ASB dgn RHB tak pernah tertunggak dan paid on time..

  12. sweetie
    20 Julai 2012 at 2:24 am | #17

    Salam, sy ada persoalan.hrp semua dpt membantu.sy da hmpir setaun buat loan asb ni. loan sy 150k.so bulanan sy byr dlm 1k.total sethn sy byr loan 12k.tp dividen n bonus sy taun 2011 hnya 9k+.so utk thn 2012 sy kna topup another 3k.kalo kira logic,next year pon sy kna topup 3k sbb sy guna dividen utk byr loan.soalan sy,di mna untungnya? Pastu btol ke once kita da kuarkn div,xleh masukkn blk?if campur loan n saving sndiri lbh 200k dlm asb,kna kluarkn ke before dividen sbb cmtu tu akn lbh 200′?smoga ada yg dpt mmbntu.TQ

    • sarah
      31 Julai 2012 at 11:23 pm | #18

      probably sbb buat loan for shorter period payment. sy kira2 kalu ntuk 10 tahun bayaran, mmg how much pinjaman pn bonus asb taleh nk cover. tp kiraan kasar sy ntuk loan maybank for 25 years payment for rm200k, if total bonus asb is 10% = rm20k annually. kena byr bulanan rm1164, total = rm13968 annually. disitu ad approx rm6k untung even after byr loan. so, at the end of 25 years, total bonus asb if 10% = rm 500k;tolak total byrn pinjaman 349 200 (maybank kayo);tambah duit 200k y sah2 tak usik for 25 years so total bersih insyallah bleh rm350 800. kalo asb bonus tak usik lagi byk kut. but tu for rough bonus 10% which is not relevent sbb skang around 7% je. tp, bleh la untuk skit2.

      • murad
        28 Oktober 2012 at 12:16 am | #19

        no. fone pls:-D

  13. saiful
    26 Ogos 2012 at 6:45 am | #20

    Pelaburan ASB yang dibuat sememangnya menguntungkan individu. 25 tahun pembayaran pinjaman pada pihak bank boleh lah kita anggapkan sebagai tabungan walaupun pengiraan yang dibuat after 25 tahun amat-amat menguntungkan bank. bagi saya, penggunaan sijil asb yang dicagar di bank disebabkan pinjaman dari bank lebih selamat bagi individu yang tidak pandai mengawal aliran keluar masuk wang tunai. cara cepat kalo nak nampak kesan positif hanya 8 ke 9 tahun dengan syarat dividen 7% yang diberikan pihak ASb adalah konsisten dan individu tidak langsung mengeluarkan duit dividen yang diterima pada setiap tahun. rm 50k akan menjadi rm100k, anggaran kasar. kalo tuan-tuan nak lebih senang, tak mahu sakit kepada, buat loan rm 50k untuk permulaan dan buat pembayaran secara konsisten pada setiap bulan dalam masa 1 tahun. after penerimaan dividen, duit tersebut dikeluarkan untuk bayar terus bagi tempoh setahun ke depan. cuma kena tambah sikit duit poket untuk pembayaran tersebut. tp tuan da untung duit poket rm300 tiap2 bulan dan selesai 25 tahun dah ada rm50k dalam tangan. cuba pkir kan semula, rasa2 kalo kita tak buat asb loan dan hanya bank in kan rm300 setiap bulan dalam akaun asb rasa-rasa after 25 tahun dapat tak jumlah terkumpul rm50k. pasti tak ramai yang boleh buat mcm tu sbb kita sama2 makan gaji, apabila ada masalah kewangan, duit asb la kita keluarkan untuk tampung perbelanjaan kecemasan. jd lebih selamat pakai sijil jek. bg saya, takde mana2 bank yang tak kenakan interest utk pinjaman sebab mereka tawarkan produk untuk mencari keuntungan. rugi bagi sesiapa yang tak nampak kelebihan asb loan ni. bukan nak menggalakkan riba’ tp kita takde pilihan. semua bank dalam dunia ni mmg berinterest. kalo tak buat mcm ni tak kan pada hari tua kelak kita nak minta tolong dengan orang plak bagi duit pada kita. akhir kalam kena bersusah payah dulu sebelum jd senang. saya saiful1778@yahoo.com

  14. 29 Ogos 2012 at 9:58 am | #21

    lama betul x jenguk site ni

  15. Lantoi
    31 Ogos 2012 at 9:52 am | #22

    Tulah pak zul mendiamkan diri jer…..

  16. 22 September 2012 at 1:07 am | #23

    tuan rumah dh kurang post … g melancong lagi ke?

  17. azrin
    24 September 2012 at 11:03 am | #24

    Dalam pelaburan, kita sebagai pelabur hendaklah buat sedikit kajian agar dapat mengelakkan kerugian dan optimumkan keuntungan

  18. wan
    25 September 2012 at 8:37 pm | #25

    Salam En. Zahalee n Pakzul, saya nak tanye. Saya ade buat loan ASB 100k pada bulan Julai 2009 selama 16tahun dan loan ASB 100k pada bulan Jun 2012 selama 25tahun.

    Saya dah check dgn bank dalam 100k lagi boleh dibeli. So limit saya sekarang loan 200k + cash 11k + limit yg masih boleh dibeli 100k = 311k.

    Untuk penambahan loan ASB yg ketiga iaitu 100k, bank memberi loan 95k tetapi saya perlu menambah sebanyak cash 5k untuk genapkan 100k. Ia adalah berbeza dengan loan 200k yang pertama.

    Persoalannya:-
    Adakah untung atau rugi kalo saya buat penambahan loan ASB yg ketiga dengan menambahkan cash 5k untuk genapkan 100k? 5k + 95k = 100k.

    ATAU……

    Selepas dpt dividen + bonus pada awal tahun 2013 baru saya jual loan ASB 100k tahun 2009 dan saya buat balik loan baru 100k? (so tak perlu tambah cash 5k). En. Zahalee pun penah kate kalo dividen tak cukup cover instalment, tahun ke 3 adalah yang terbaik untuk terminate.

    Yang mane satu yang lebih baik untuk memberi pulangan yang maksima. Terima kasih.

    • one2jip
      27 September 2012 at 10:23 pm | #26

      Salam, sy dah loan asb 200k Kat maybank amik yg islamik. Sijil buat 50+150. Cukup 2 tahun cancel 150 tu.Buat sampe thn ke 6…So pada tahun ke 6 simpan dalam asb. Dividen compnd 50k dah jadi 70k…yang lain dah dapt 100k..kena bekerjasama bersama org umah..

  19. 2 Oktober 2012 at 8:31 am | #27

    Maybank Islamic Dah buka Semula ASB Loan. kalini xde lock in period. Cuma monthly dia jadi mahal la. org bank kate disebabkan insuran/takaful. contoh asbloan 30k aku buat tahun 2010 monthly RM175 (selepas BLR naik 6.6%). tapi kawan aku baru2 ni buat asbloan 30k, tp monthly kena RM 190. mmg still untung tp dah sikit. tenure 25 tahun..adakah Maybank shj mahal or semua bank pon sama jer?

  20. siti
    12 Oktober 2012 at 5:22 pm | #28

    macamana saya nak jadi agen promote maybank asb loan ye…

    • Fared
      17 Oktober 2012 at 4:33 pm | #29

      Berminat kerja bank ke?…tak nak Cuba cari kerja lain….kerja sama cuma product Je lain… Berminat boleh call utk keterangan lanjut..0133655168

  21. amin
    17 Oktober 2012 at 10:18 am | #30

    salam…sy br nk bjinak2 lam asb loan nie..nk tnye pndpt anda sume..bank mne yg plg bgs tuk sy wat loan..
    n sy de tnye bank,klu sy wat loan 50k,tuk 25 thn,tp nk stop pd thn ke 3..bpe yg sy akn dpt blk?? sbb kite xkn dpt blk 100% duit yg kite byr tiap2 buln tuk 3 thn 2 kn.. so bpe je yg kite akn dpt pas stop pf thn ke 3??

  22. are Yep
    4 Disember 2012 at 3:13 pm | #31

    saya nak tnya.. sekiangya dividen dh dikira dan dpat dikuarkan pada jnuari 2013.. mcm mna kita nak byar .. mksd sya sekaligus atau byr setiap bulan untuk tahun 2013..?? yg mna lbih mnguntungkan…. sekali gus @ byar tiap2 bulan (ambil guna duit dividen tu)

  23. mat sengkek wang kayo budi
    4 Disember 2012 at 8:42 pm | #32

    salam . tumpang tanyolah…saya ni baru je nak genap setahun hujung tahun ni labur loan asb dekat maybank..dah rasa 2011 punye dividen sikit..sy loan 50k dengan maybank untuk asb..bulan2 installment RM299.00 (25tahun).cuma nak tanya apa jadi kalau tertunggak sebulan bayaran tahun 2012 ni nanti pada dividen 2012 bila dah masuk 2013 nanti?jawapan anda amat dihargai :)

  24. hisham
    10 Disember 2012 at 9:10 am | #33

    Are yep lbh baik kamu buat pembayaran 6 bln sekali, bukan apa balance 6 bln lagi kamu simpan dlm asb dapat juga dividen….. utk 6 bln

  25. are Yep
    10 Disember 2012 at 3:54 pm | #34

    hisham- owh buat 6 bulan sklai.. kalu kita buat byaran sebulan skali??? dividen lagi ok x??

  26. abangz
    13 Disember 2012 at 2:49 pm | #35

    leh ke wat 2loan asb? bayar loan ke dua pakai dividen loan pertama?

  27. Fahmi
    14 Disember 2012 at 10:39 am | #36

    salam .. saya ada buat loan ASB pada tahun ini berjumlah RM 200k (SIJIL) .. tapi saya nak add cash dalam acc ASB , bank officer tak bagi .. berapa sebenarnya limit untuk ACC asb ni ?

  28. Cik rimau
    4 Januari 2013 at 1:19 am | #37

    Kalau akaun asb yg baru bukak below 2 tahun limit mmg 200k.
    Kalau more than 2 years 400k..

    Actually kalau ada officer instruct untuk bayar lebih cash sbb nak gandakan untuk security sijil. Tp jgn risau xkan rugi sbb whenever release your advance cash tu tadi akn jadi lump sum untuk total investment.

    Boleh buat loan. Kalau 1st year buat. 12 month tu kene guna duit sendiri dulu. After that kalau nak repay balik monthly instalmment for the 2 nd year. Boleh la korek dividen nye. Tp kalau anda bijak. X payah korek pun ok continue je sampai end of your loan tenure.

    If nak ambik maksimum, bagus lagi kumpul setahun sekali. So that boleh buat maximum loan amount and you dah ada 12 month advance payment. For sure bank akan lepas. Make sure kalau nak buat loan. Kene tau bln bln yg boleh masok sbb tkt tak entitled dividen. Let say kalau nak entitled dividen 2014 kene buat januari mcm ni.

    Selamat melabur

    • Johan
      11 Januari 2013 at 3:04 pm | #38

      Selepas 2 tahun membuka akaun ASB dapat apply untuk loan RM400k?

  29. Cik rimau
    4 Januari 2013 at 1:20 am | #39

    Fahmi jgn add cash dlm asb. Sbb sudah exceed limit. Why not you buat investment product lain.

  30. Cik rimau
    4 Januari 2013 at 1:21 am | #40

    Abangz. Kenapa tak nak buat bayar dividen tu untuk loan yg pertama. So you boleh focus untuk loan yg kedua. Ingat jgn sell off yg 1st. Rugiii

    • wan
      7 Januari 2013 at 9:42 am | #41

      Salam Cik Rimau..saya dh wat loan asb 200k n nak tambah loan 100k lg. Saya bru je check dgn bank n boleh tambah loan 100k lg tp kena advance 5k utk cukupkn 100k. Loan yg ke 300k ni lain n pelik la..xtau samaade untung atau rugii..

  31. cubital
    12 Januari 2013 at 3:45 am | #42

    Salam, sila google himpunan teknik loan asb. semua pertanyaan akan dijawab dengan tersangatla detail. pelbagai teknik boleh dipilih mengikut kemampuan masing2.

  32. cubital
    12 Januari 2013 at 3:50 am | #43

    HIMPUNAN TEKNIK LOAN ASB, selepas baca forum tersebut saya sudah mempunyai loan keseluruhan sebanyak 650k. Had setiap individu dewasa cuma 200k sahaja. ianya akan bertambah dengan dividen+bonus. Bg sy apa yg Cik Rimau bagitau mungkin info yg kurang tepat.

    • wan
      19 Januari 2013 at 5:50 pm | #44

      salam cubital, nak tnye skit. Klu dh wat loan 200k dan jumlah had telah bertambah kepada 100k. So bleh wat lg loan 100k. Loan 100k ni kena advance 5% ke? xfaham la utk loan 200k ke atas..huhuhhuhhuhu

  33. zass
    23 Januari 2013 at 11:06 am | #45

    Salaam semua.. jgn lupa, ZAKAT ke atas DIVIDEN sbyk 2.5% adalah WAJIB. Loan ASB yg 200k ke 100k ke adalah tak wajib disebabkan ia bukanlah hak milik yg sempurna lagi.. 2.5% harta kita sebenarnya adalah hak org lain.. sama2 kita beringat..

  34. Mac_D
    28 Mac 2013 at 12:53 am | #46

    Salam. .skarang sy berumur 19thun. .sy skrg part time+study. .sbgai promoter je,dan teda slp gaji pon.. slain tu elaun pnjaman mara pun msuk tiap2 bulan..
    sy minat nk mlabur kat asb ni.. masalahnya,tk de slip gaji. . da cara lain ke ?

    • cubital
      16 April 2013 at 9:39 am | #47

      Salam. sekarang ni peraturan bank agak ketat. semuanya perlu ada statement gaji. kecuali dalam buku asb dah ada sekitar 20k mungkin boleh dipertimbangkan coz boleh buat untuk bayar bulanan nanti

  35. Rimawati
    1 September 2013 at 10:26 pm | #48

    Salam saudara dan saudari saya gembira melihat anda semua bijak menggunakan keistimewaan utk bumiputera.. saya bekerja dibank.. Sila hubungi saya jika mahu mendapatkan khidmat nasihat lebih lanjut.pada pandangan saya, cash yg ada letak saja di ASD atau ASW .ASB seharusnya saudara dan saudari memanfaatkan 200k- 400k .its FREE MONEY .hubungi saya di 0122096604

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 148 other followers

%d bloggers like this: