Rumah > ASB > Pelaburan ASB Secara Ansuran 10 Tahun

Pelaburan ASB Secara Ansuran 10 Tahun

Ramai bakal pelabur yang tertanya-tanya perkara ini.

Berapakah pulangan yang pelabur perolehi jika mereka telah melabur dengan menyimpan amaun tetap setiap bulan sejak 10 tahun yang lepas ke dalam ASB?

Mari kita lihat rekod dividen dan bonus ASB sejak 10 tahun lalu, iaitu 2002 hingga 2011.

Tahun Dividen + Bonus
2002 7.00 + 2.00
2003 7.25 + 2.00
2004 7.25 + 2.00
2005 7.25 + 1.75
2006 7.30 + 1.25
2007 8.00 + 1.00
2008 7.00 + 1.75
2009 7.30 + 1.25
2010 7.50 + 1.25
2011 7.65 + 1.15

Katakan anda menyimpan ke dalam ASB sebanyak RM1,000 setiap bulan. Berapakah jumlah amaun termasuk dividen dan bonus yang akan diperolehi selepas pengiraan agihan pada bulan Dis 2011 yang lepas?

Analisis Excel, berdasarkan rekod dividen + bonus ASB sejak 10 tahun yang lalu menunjukkan amaun simpanan terkumpul adalah sebanyak RM120,000 dan kumulatif dividen RM56,600 dan bonus RM3,600. Ini menjadikan nilai pelaburan telah bertambah daripada RM120,000 kepada RM180,200 iaitu pulangan pelaburan pada kadar 50%.

Kesimpulannya, jika pelabur ingin menyimpan secara ansuran tetap ke dalam ASB setiap bulan. Selepas 10 tahun, anggaran kumulatif amaun yang pelabur perolehi adalah sebanyak 50% daripada jumlah simpanan asal. Andaian kadar dividen + bonus yang lebih kurang sama dengan kadar 10 tahun lepas.

Ahli premium akan ditunjukkan formula Excel untuk pengiraan analisis Excel di atas.

About these ads
Categories: ASB
  1. orang baru
    22 Februari 2012 at 1:20 pm

    Bedasar kan pada carta di atas saya boleh teka setiap tahun yg ke5 ASB dividen mesti meningkat drastik…cuba lihat 2007 8+1 =9% lepas tu menurun sehingga lah 2011 meningkat balik… Mungkin ini di sebabkan faktor pilihan raya mengundi…. oleh tu untuk meramalkan asb akan drastik naik lagi adalah pada 2017…. apa-apa pun kita tak akan rugi tetap untung ….jadi terus kan dengan melabur ASB good luck….

  2. 23 Februari 2012 at 4:18 am

    xde kena mengena. ASNB gatal xnak kasi lebey. Selalu cakap boleh kasi belas2, tapi declare utk pelabur bawah sekitar 7% je. Balance bawa kedepan, sampai bila nk dapat ntah la..

  3. orang baru
    23 Februari 2012 at 2:14 pm

    Betul tu pakzul diorang tak nak bagi…tak tahu la kenapa…..sekali sekala shoot la sampai 10% berharap sangat hehehehehe

  4. 23 Februari 2012 at 9:27 pm

    ada saper2 ada info, naper pnb xkasi lebey?? maybe staff depa dapat bonus extra? cover kenaikan gaji? apa2 je la

  5. 3 Mac 2012 at 11:22 pm

    Bagi sy la, buat pinjaman untuk melabur saham amanah tak cukup bagus. Risiko mmg tak tinggi, tapi untung tu bila di + – x dengan inflasi, tak boleh cakap banyak gak. sori, bukan negatif, cuma beri andaian je.

    • orang baru
      4 Mac 2012 at 10:13 pm

      Kalau saham do my pakar dalam saham kongsikan lah saham apa yg memberi keuntungan melebihi 10%…dalam setahun. Klu beli unit truss mesti tunggu lama tu pun ciput je..Kalau Emas tak mungkin dalam setahun boleh naik begitu cepat dan risiko tinggi…Nak masuk saham BSKL mesti ada backup banyak klu tidak kepala mesti botak… ASB dan saham PNB yg lain walaupun pulangan tak seberapa tak ada risiko nak tidur malam pun senang tak ada yg nak di fikirkan cuma lambat kaya je hehehe…

    • zahalee
      5 Mac 2012 at 1:02 am

      Bursa ni sesuai bagi mereka yang ada modal sekurang-kurangnya 50K…kalau kurang, lebih baik tak payah la…kalau bernasib baik, syukur la…untung rugi 50/50…baik simpan dalam asb saja la…

      Bagi mereka yang dah ada pengalaman lebih 5 tahun dalam saham…pasti faham maksud saya tu…

  6. ~nurul~
    4 Mac 2012 at 12:03 pm

    Pelaburan ASB nie bagi saya memang sgt bagus..bagus bagi org yg lansung xreti main saham mcm saya ni..ok apa ada juga pelaburan masa depan dari xdk lansung.

  7. dr jogho
    11 Mac 2012 at 7:09 pm

    bina tapak kat asb.. tempat yg selamat utk letak duit dan memberikan kadar dividen yg agak baik. juga boleh amik bila2 masa bila diperlukan.

  8. 7 September 2012 at 3:17 pm

    saya buat loan ASB 40k untuk 25 tahun..tu pun merangkak jugak nak bayar 232.00 sebulan dalam keadaan saya sorang yang makan gaji tetap ni..anak 2 org masih perlu pampers n susu.paling mahal pengasuh RM250 x 2 orang = RM500.00.mane nk buat loan ratus2 sebulan?xde komitmen boleh la..

  9. Shahrol Faizal
    10 Disember 2012 at 9:14 am

    Pada pendapat saya ASB ni bagus sangat sebab boleh dapat lebih kurang 8.5% dividen + bonus. Kalau buat ASB dengan duit sendiri + loan lagi bagus boleh tambah pendapatan hingga 13%. Syaratnya 1) semua modal dan dividen hanya boleh dikeluarkan untuk BAYAR LOAN tiap-tiap bulan, jangan bila dpt dividen hangpa pi jolly nanti kena bayar loan guna duit gaji, lepas tu heboh kata pelaburan ASB rugi. 2) disiplin kena tinggi, kalau takde disiplin, buat apa pun biasanya tak jadi. Keburukan yang pasti 1) Bank commitment, bila banyak hutang, maka susah lah nak buat loan lain. Melabur nie kena diversify (guna segala instrument yang ada dipasaran), mungkin ada instrument pelaburan lain yang lebih bagus seperti property, tapi bukan semua orang mampu, jadi baik mulakan dulu dengan ASB nie untuk dapatkan pengalaman… kalau tak mampu main besar boleh main kecik jer dahulu contoh labur duit sendiri RM1,100. kemudian buat pinjaman RM1,100 x 9 = RM9,900.00, genapkan aja pinjaman jadi RM10,000.00. Jumlah pelaburan jadi RM11,100.00. Kenapa darabkan modal dengan 9?. Saya darabkan modal RM1,100 dengan 9 sebab dengan modal sebanyak tu dan dividen yang bakal diperolehi sudah mencukupi untuk membayar loan yang dibuat tanpa terpaksa guna duit gaji yang lain dikemudian hari. Maaf saya baru je jual saham ASB saya tahun lepas sebab masalah loan commitment, waktu tu saya nak beli rumah saya yang ketiga yg berharga RM600k (property lebih menarik tapi modal besar sikit la dan bank hanya bagi loan kalau hutang kita tak banyak). Dulu merangkak, sekarang dah boleh berjalan, harap-harap masa depan boleh berlari ha ha ha. Amin. Alamak macam berlagak pulak dah, maaf bukan senang nak menyakinkan orang, saya bukan agent, saya tak dapat apa-apa pun bagi pandangan nie. Saya rasa semua orang yang mengesyorkan ASB nie semuanyer jujur untuk faedah bersama. Maaf kalau terkasar. Selamat melabur.

    • amy
      26 Januari 2013 at 11:01 pm

      macam cara awak buat.saya tidak faham..boleh terangkan dengan lebih detail..tengah mencari pelaburan yang menguntungkan.

    • zahalee
      31 Julai 2013 at 4:44 am

      syabas…sy pun guna teknik yg sama…tapi masih ramai lagi yg ragu2 dgn asb loan ni…kesian…

  10. Shahrol Faizal
    6 Februari 2013 at 11:39 am

    He he he maaf bagi yang terkeliru 13% tu purata setahun bila ambil kira compounded dividen. Alhamdullilah baru sain asb loan agreement laki bini RM220k utk 23 thn dan 240k utk 25 thn. Kan terbukti loan ASB lebih senang lulus dari housing loan. So bila housing loan sangkut sbb commitment, boleh terminate dulu loan asb, bila dah approve housing loan tu boleh try apply semula ASB loan. Dah berjaya pun.

  11. piee
    3 Mac 2013 at 8:20 am

    Rebutlah peluang dalam Pelaburan ASB. Gunan Loan ASB . Saya loan 200k 2009 lepas dgn CIMB utk 20 tahun, bulanan dalam RM1300. Bayar guna duit gaji. setiap awal tahun dapat dividen dlm RM16k. Habis 20 tahun dapat le RM200k tu. baik ade daripada takde langsung utk masa depan @ masa kecemasan . Saya baru je tambah loan ASB dengan Maybank dlm RM50k . Saya boleh tambah loan sebab jumlah terkumpul dividen dari 2009 – 2012 kira-kira lebih RM50K. Bulanan dalam RM 326 utk 22 tahun. Sekarang ni saya perlu bayar RM 1634 sebulan dengan gaji sendiri untuk Loan ASB berjumlah RM250K. Harap awal 2014 dividen bagus dapatlah kira2 RM20K. Kesimpulannya saya dapat menyimpan RM20K setahun pastu bila Loan ASB matang dapatle RM 250K free je. Saya targer 2015 nak tambah lagi loan ASB dengan bank yang bagi offer baik. Saya target pelaburan ASB sebelum umur saya 45 tahun dalam RM500K. Tu baru bahagian saya belum wife lagi. Jadi gunalah peluang yang diberi oleh kerajaan untuk bumiputera

    • Lantoi
      14 Mac 2013 at 10:59 pm

      Maaf ye sekadar pandangan loan ASB konvensional adalah haram hukumnye….maaf ye…

  12. alin
    18 Mac 2013 at 1:29 pm

    btol ke ASB loan tu haram?somebody explain plz

    • rozal_qs
      23 Mac 2013 at 1:22 am

      he he he ASB tu banyak ulamak cakap ok. Majlis Agama pun dah kata hukumnya harus. Bab loan pulak kalau ikut cakap-cakap orang, loan konvensional tu haram tapi kalau loan islamik tu halal. Kalau tak berapa yakin ilmu didada elok la kita bertaklik kepada yang pakar. Riba memang confirm haram, takde pertikaian dah tapi tafsirannya pelbagai mungkin dari orang-orang yang pelbagai bidang.

  13. hataro
    30 Julai 2013 at 3:58 pm

    sebenarnya kalau menabung ASB dengan biaya sendiri lagi bagus berbanding pinjaman biarpun sedikit…..

    • zahalee
      31 Julai 2013 at 4:39 am

      Bila kita paham konsep leverage…pasti kita akan hargai kelebihan asb loan berbanding simpanan sendiri…pulangan asb loan memang lebih tinggi berbanding cara simpanan sendiri…

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 149 other followers

%d bloggers like this: