Arkib
Dividen ASB 2012 7.75 sen dan Bonus 1.15 sen
PNB baru saja mengumumkan kadar dividen ASB untuk tahun 2012 iaitu dividen 7.75 sen dan bonus 1.15 sen. Ianya adalah kadar tertinggi untuk tempoh 5 tahun.
Meningkat sedikit berbanding dividen tahun lepas sebanyak 7.65 sen, tapi kadar bonus kekal 1.15 sen.
Bagi mereka yang telah melabur genap 10 tahun, jumlah dividen adalah sebanyak 8.9%, suatu kadar pulangan yang sangat lumayan bagi skim pelaburan yang hampir tiada risiko. Bagi mereka yang baru melabur setahun, pulangan sebenar adalah 7.865%.
Petikan penuh dari Berita Harian:
————————————————————–
Kuala Lumpur: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.
Ia meningkat 0.1 sen seunit berbanding tahun lalu iaitu 7.65 sen seunit dan tertinggi dalam tempoh lima tahun.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata peruntukan pengagihan pendapatan membabitkan pembayaran berjumlah RM8.13 bilion, iaitu peningkatan 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilion pada tahun sebelumnya.
RM712.21 juta bayar bonus
Beliau berkata, ahli Lembaga Pengarah PNB juga bersetuju memperuntukkan RM712.21 juta sebagai pembayaran bonus, iaitu bersamaan 1.15 sen seunit, kadar sama diperuntukkan pada tahun kewangan sebelumnya.
Pembayaran itu akan memanfaatkan 7.82 juta pemegang unit yang melanggan 110.2 bilion unit ASB.
“Secara keseluruhan, prestasi ASB sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 masih memuaskan walaupun kelembapan ekonomi negara maju serta krisis kewangan di Eropah mempengaruhi pasaran saham dan ekonomi negara,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Ahmad Sarji berkata, selaras falsafah dan objektif pelaburan tabung ASB sebagai tabung unit amanah berharga tetap, pengekalan modal dan kemampuan mengagihkan pendapatan secara berterusan menjadi keutamaan.
Beliau berkata, sehingga 19 Disember 2012, ASB memperoleh pendapatan kasar berjumlah RM8.54 bilion.
Daripada jumlah itu, pendapatan dividen diterima daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang RM4.80 bilion atau 56.21 peratus daripada keseluruhan pendapatan kasar.
Sementara itu, pendapatan daripada keuntungan jualan saham menyumbang RM2.68 bilion atau 31.38 peratus, manakala selebihnya, iaitu RM1.06 bilion atau 12.41 peratus daripada sumber pendapatan lain.
Kemaskini buku pelaburan
Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari depan.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata PNB berkemampuan mengagih dividen dan bonus sebanyak 10.8 sen seunit dalam tahun kewangan dikaji, tetapi selepas dibuat pertimbangan, ia ditetapkan pada 8.9 sen seunit (7.75 sen bagi dividen dan bonus 1.15 sen).
ASB Loan yang Patuh Syariah
Maybank kini kembali menawarkan ASB Loan yang patuh syariah dengan produk pembiayaan ASB Financing-i. Jadi kepada mereka yang masih berminat dengan ASB Loan yang mematuhi kehendak syariah, jangan lepaskan peluang ini.
Minimum 10K dan maksimum 400K. Tempoh maksimum 25 tahun atau sehingga umur 60 tahun. Yang paling menarik, produk ini tidak mengenakan sebarang locking period, jadi anda boleh terminate anytime tanpa dikenakan sebarang caj penalti.
Kumpul 100K dalam masa 9 Tahun
Post kali ini saya ingin berkongsi idea cara untuk mengumpul simpanan tunai sebanyak 100K dalam masa 9 tahun.
1. Cara paling mudah, simpan RM800 – RM900 setiap bulan dalam mana-mana dana (ASB, ASW2020, akaun simpanan, atau unit trust) sehinggalah terkumpul RM100K. Tapi unit trust ada risiko, mungkin akan melebihi 100K atau berkurang, bergantung kepada prestasi saham.
2. Cara yang agak mengelirukan, buat loan ASB dan bayar setiap bulan kepada bank RM600 – RM700. Tempoh loan 25 tahun, amaun 100K, kadar faedah 6%, dan dividen ASB 7.5 sen. Pastikan anda tidak mengeluarkan dividen yang diagihkan oleh ASB setiap awal tahun. Genap 9 tahun, tamatkan loan tersebut, dan anggaran amaun terkumpul adalah melebihi 112K (jika kadar faedah kekal 6%, dan dividen ASB tidak kurang 7.5 sen). Bagi mereka yang mampu untuk buat sehingga loan 200K, boleh kumpul 100K dalam masa kurang 5 tahun.
Jadi yang mana satu pilihan anda? Ada cara ketiga yang lebih advance, tapi itu untuk post akan datang. Selamat melabur.
Nota: Kadar faedah loan ASB buat masa ini 4.95% (BLR 6.6 – 1.65) sahaja, jadi bayaran bulanan hanyalah RM580 + RM20 (insurans), maka amaun terkumpul akan melebihi 114K setelah genap tahun ke-9.
Dilindungi: Analisis Excel Pelaburan ASB 10 Tahun
Pelaburan ASB Secara Ansuran 10 Tahun
Ramai bakal pelabur yang tertanya-tanya perkara ini.
Berapakah pulangan yang pelabur perolehi jika mereka telah melabur dengan menyimpan amaun tetap setiap bulan sejak 10 tahun yang lepas ke dalam ASB?
Mari kita lihat rekod dividen dan bonus ASB sejak 10 tahun lalu, iaitu 2002 hingga 2011.
| Tahun | Dividen + Bonus |
| 2002 | 7.00 + 2.00 |
| 2003 | 7.25 + 2.00 |
| 2004 | 7.25 + 2.00 |
| 2005 | 7.25 + 1.75 |
| 2006 | 7.30 + 1.25 |
| 2007 | 8.00 + 1.00 |
| 2008 | 7.00 + 1.75 |
| 2009 | 7.30 + 1.25 |
| 2010 | 7.50 + 1.25 |
| 2011 | 7.65 + 1.15 |
Katakan anda menyimpan ke dalam ASB sebanyak RM1,000 setiap bulan. Berapakah jumlah amaun termasuk dividen dan bonus yang akan diperolehi selepas pengiraan agihan pada bulan Dis 2011 yang lepas?
Analisis Excel, berdasarkan rekod dividen + bonus ASB sejak 10 tahun yang lalu menunjukkan amaun simpanan terkumpul adalah sebanyak RM120,000 dan kumulatif dividen RM56,600 dan bonus RM3,600. Ini menjadikan nilai pelaburan telah bertambah daripada RM120,000 kepada RM180,200 iaitu pulangan pelaburan pada kadar 50%.
Kesimpulannya, jika pelabur ingin menyimpan secara ansuran tetap ke dalam ASB setiap bulan. Selepas 10 tahun, anggaran kumulatif amaun yang pelabur perolehi adalah sebanyak 50% daripada jumlah simpanan asal. Andaian kadar dividen + bonus yang lebih kurang sama dengan kadar 10 tahun lepas.
Ahli premium akan ditunjukkan formula Excel untuk pengiraan analisis Excel di atas.
Pinjaman ASB – RHB Bank Bagi Pulangan 32%
Pakej pinjaman asb yang ditawarkan oleh RHB, 1 Jan 2012 – 31 Mac 2012:
Pakej 1: RM50K ke bawah; KPA – 1.4%
Pakej 2: RM50K ke atas; KPA – 1.55%
OD/ASB, OD/ASW; TL/ASW: KPA – 1.00%
Berdasarkan pakej 1 di atas, berapakah dividen Pinjaman Asb untuk tahun 2012?
Andaikan: Amaun pinjaman RM30,000; tempoh 25 tahun; dividen asb 7.5 sen; KPA 6.6%.
Maka ansuran bulanan = RM179.
A) Jumlah ansuran 2012, 179 x 12 = RM2148.
Dividen ASB 2012, 30,000 x 7.5% = RM2250.
1) Kadar pulangan = (RM2250/RM2148 – 1) x 100% = 4.75%.
Tapi ini masih belum mengambilkira equity gain untuk tahun pertama 2012 iaitu sebanyak RM600. Maka,
2) Kadar pulangan keseluruhan = (RM2850/RM2148 -1) x 100% = 32.68%.
Sangat lumayan. Tapi kadar pulangan (2), sebenarnya masih kurang tepat kerana jumlah (A) dibayar secara ansuran (bukan sekaligus pada awal tahun). Jadi kadar pulangan yang paling tepat sebenarnya melebihi 50%, terlalu lumayan untuk tidak diendahkan.
Risikonya terlalu rendah iaitu kenaikan kadar KPA. Tahun 2012 akan menyaksikan trend kadar faedah yang rendah memandangkan ekonomi global masih dalam proses pemulihan.
Apakah formula paling tepat untuk mengira kadar pulangan pinjaman asb?
Ahli premium akan ditunjukkan formula tersebut.
Pelaburan Terbaik 2011
Apakah pelaburan terbaik tahun 2011?
Hasil undian blog BSB menunjukkan ramai pelabur iaitu 43% memilih emas. Dan ternyata pilihan majoriti pelabur ini salah, kerana tahun 2011 menyaksikan kenaikan harga emas yg sederhana. Malah masih ramai pelabur iaitu 20% yg kurang yakin dgn asb loan dan memilih pelaburan asb secara simpanan sendiri. Hanya 20% pelabur yg memilih teknik terbaik iaitu asb loan dan mereka mendapat laba yg sangat lumayan.
Saya yakin untuk tahun 2012, masih ramai yg akan memilih emas dan melabur asb melalui simpanan sendiri. Walaupun rekod 10 tahun yg lampau menunjukkan peratus pulangan asb loan telah mengatasi kesemua jenis pelaburan lain. Tahun 2012, saya tetap yakin asb loan akan terus cemerlang dengan pulangan sehingga 40%.
Pulangan ASB Loan 2011 11%
Walaupun dividen asb tahun 2011 yg diumumkan baru-baru ini hanyalah 7.65 sen dan bonus 1.15 sen, bagi mereka yg melabur melalui loan asb, pulangan yg diperolehi adalah lebih tinggi. Saya sendiri dapat pulangan melebihi 11%, iaitu:
Loan 200K, tempoh 25 tahun:
Bayaran bulanan RM1202 x 12 bulan = RM14,424.
Dividen dan bonus = RM16,030.
Peratus pulangan = 11.13%
Tapi disebabkan modal pelaburan dibayar secara ansuran bulanan, peratus pulangan sebenar adalah lebih tinggi iaitu 20.57%. Malah peratus pulangan ini masih belum mengambil kira equity gain, yg menjadikan jumlah peratus pulangan mencecah 40%. Tidak ada pelaburan lain yg mampu mengatasi loan asb yg risikonya terlalu rendah tapi pulangan yg hampir pasti mencecah 40%.
Emas Untuk Menyimpan Nilai Kekayaan
Tahun 2011 menyaksikan prestasi kenaikan harga emas yg sederhana. Untuk tempoh 1 tahun sehingga hari ini, harga emas naik sebanyak 14.285%, cukup untuk menampung kos Ar-Rahnu, bagi mereka yg menggunakan teknik Ar-Rahnu.
Saya sendiri tidak pernah menganggap emas sebagai instrumen pelaburan yg utama, kerana fungsi sebenar emas adalah untuk menyimpan nilai bagi mengatasi inflasi. Anda perlu mahir menggabungkannya dgn beberapa teknik lain utk benar-benar sukses dgn pelaburan emas. Malah ada yg perlu berniaga emas untuk memperolehi untung drp emas. Tidak spt melabur melalui loan asb, hanya perlu membayar ansuran setiap bulan, dan dapat dividen awal tahun nanti, dan pulangan pula mencecah 40%. Ini jelas membuktikan, loan asb adalah pelaburan terbaik bagi mereka yg hanya mampu menyimpan maksimum sekitar RM1200 sebulan. Dan saya percaya lebih 50% pembaca blog ini jatuh dlm kategori ini. Selepas buat loan asb, pelabur perlu meneroka bidang hartanah pula kerana pulangan yg agak lumayan juga, tapi anda perlu mahir mengurus hartanah tsb pulak. Selepas itu barulah anda boleh berfikir untuk melabur dalam emas.
Bagi mereka yg makan gaji dan mencarum dalam kwsp, anda perlu belajar membaca pergerakan saham pulak, supaya anda boleh melabur sebahagian amaun dalam akaun 2 kwsp anda ke dalam unit trust. Tapi pastikan anda benar-benar bersedia sebelum melabur ke dalam unit trust, kerana risiko yg agak tinggi dan kos permulaan 3%. Anda perlu mahir dgn teknik timing UT untuk mengatasi dividen kwsp yg sekitar 5% hingga 6%. Jika bernasib baik pulangan UT agak lumayan, untuk rekod 2 tahun iaitu 2009 hingga 2010 pulangan antara 50 hingga 80%. Tahun 2011, pulangan UT agak merudum. Kalau tidak yakin, pindahkan saja ke akaun ASW2020, tapi dana ini selalu penuh.
Saya berpendapat, pelaburan emas hanya untuk mereka yg telah senior dalam pelaburan kerana ia memerlukan modal yg besar dan kemahiran dlm membaca pergerakan turun-naik harga komoditi global.
Kesimpulannya, pastikan anda telah melabur melalui loan asb, dan cuba maksimakan loan anda sehingga 200K, sebelum melabur dalam bidang yg lain.
Dan jangan lupa untuk terus membaca buku tentang pengurusan kewangan peribadi kerana ia merupakan pelaburan yg paling utama.
Bagi yg telah membuat pelaburan dalam unit trust, jgn lupa switch ke dana ekuiti, kerana nampaknya ada rally santa claus hujung tahun ini sehingga awal tahun depan. Saya sendiri telah sempat switch ke dana ekuiti pada 21 Disember lepas. Untuk tempoh 3 hari lepas nilai dana BSB Timer telah naik melebihi 1%.
Sekian untuk kali ini. Selamat menyambut hari x’mas dan tahun baru 2012. Semoga tahun 2012 akan lebih menyerlah untuk pembaca semua dan murah rezeki.
Mari Kira Dividen ASB Loan 2011
Bagi pelabur yg membuat asb loan, pulangan yg mereka perolehi adalah lebih tinggi berbanding cara simpanan biasa yg menyimpan secara beransur-ansur setiap bulan. Melabur melalui loan asb akan memperolehi peratus pulangan yg lebih tinggi kerana amaun yg besar dilabur sekaligus.
Berikut adalah pulangan loan asb mengikut tempoh genap loan, berdasarkan pulangan tahun 2011 iaitu dividen 7.65 sen dan bonus 1.15 sen:
1 Tahun: 7.765%
2 Tahun: 7.88%
3 Tahun: 7.995%
4 Tahun: 8.11%
5 Tahun: 8.225%
6 Tahun: 8.34%
7 Tahun: 8.455%
8 Tahun: 8.57%
9 Tahun: 8.685%
10 Tahun dan ke atas: 7.65+1.15 = 8.8%
Perhatikan, loan asb yg telah genap 3 tahun dan ke atas akan memperolehi pulangan melebihi 8%. Bagi loan asb yg telah mencecah 10 tahun dan ke atas akan mendapat pulangan hampir 9%, sangat lumayan.








Komen Terbaru