Prestasi Dana-dana MAAKL Cemerlang Tahun 2012

2 Januari 2013 1 komen
Categories: Unit Amanah

PNB mengumumkan agihan 6.7 sen untuk AS1M

19 September 2013 Tinggalkan komen

PNB mengumumkan agihan pendapatan 6.7 sen seunit untuk Amanah Saham 1Malaysia bagi tahun 2013 berbanding 6.6 sen tahun lepas.

Categories: Unit Amanah

Prestasi Dana Syariah Index dan Al-Fauzan sehingga 31 Ogos 2013

3 September 2013 Tinggalkan komen

 

sydix_2013_Jan2_Aug30

Bagi tempoh 8 bulan tahun ini, prestasi Dana Al-Fauzan dengan pulangan 10.58% adalah jauh lebih baik berbanding Syariah Index 4.59% sahaja. KLCI pula hanya memberi pulangan sebanyak 3.16%.

klci_2013_Aug30

Categories: Unit Amanah

Dividen ASW2020 6.7 sen bagi Tahun 2013

26 Ogos 2013 Tinggalkan komen

Petikan penuh drp Bernama:

KUALA LUMPUR (Aug 26, 2013): Amanah Saham Nasional Bhd, the wholly-owned subsidiary of Permodalan Nasional Bhd (PNB), today announced 6.70 sen dividend for per unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) for the financial year ending Aug 31, 2013.

In announcing the dividend, the highest in five years, PNB chairman Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid said the dividend was an increase of 0.10 sen a unit from the dividend declared last year.

“Throughout the financial year ending Aug 31, 2013, the ASW Fun managed to achieve the investment objective although the share market and the world economy were shrouded in uncertainty as a result of the protracted debt crisis in Europe and the change in the US’ economic policy and the sluggish regional economy,” he told reporters when announcing the dividend.

Ahmad Sarji said RM1.062 billion will be paid to 899,967 unitholders, a 9.2% increase from the payment made last year totalling RM973.16 million.

The unitholders jointly hold 15.8 billion ASW 2020 units, he added. – Bernama

Categories: Unit Amanah

Jom Masuk Dana Ekuiti Semula Hari Ini

23 Ogos 2013 Tinggalkan komen

Pasaran saham di Asia pagi ini semuanya berwarna hijau. Saham di US dan Eropah malam tadi juga telah bertukar hijau. Jika semuanya kekal hijau sehingga petang ini, maknanya ada peluang baik untuk masuk semula ke dana ekuiti dan turut serta buat quick profit bila berlaku technical rebound.

Lazimnya, admin akan menunggu sehingga pukul 3.45 petang sebelum membuat keputusan melakukan transaksi switching. Pasaran saham Eropah akan mula dibuka pukul 3 petang. Jika semua petanda baik buy signal masih kekal, kemungkinan besar akan melakukan switching petang ini.

KLCI-23-Aug

Categories: Saham, Unit Amanah

Tunggu Dulu, Jangan Membeli di Bursa Malaysia Sekarang

22 Ogos 2013 Tinggalkan komen

Hari ini, pasaran saham global masih terus jatuh ekoran daripada kejatuhan Wall Street 6 hari berturut-turut. Minit mesyuarat Fed pula tidak menyatakan mesej yang jelas menyebabkan pelabur terus keliru. Bursa Malaysia tidak terkecuali, terutamanya apabila Indeks Saham di Indonesia dan Thailand serta Singapura terus merudum.

Jadi buat masa ini, lebih baik tunggu dan lihat sehingga kemunculan buy signal yang meyakinkan dari kesemua arah. Tapi mesti bersedia untuk masuk semula ke ekuiti, lagipun KLCI telah jatuh melebihi 3 peratus setakat ini.

klci_22Aug

Categories: Saham, Unit Amanah

Masa Untuk Membeli di Bursa Malaysia

21 Ogos 2013 Tinggalkan komen

Hari ini carta di Bursa Malaysia dan pasaran saham global telah agak stabil berbanding 2 hari berturut-turut yang lepas. Kepada pelabur yang telah sempat switch ke dana Bond atau Money Market sebelum berlaku kejatuhan mendadak, boleh bersedia untuk masuk semula ke dana ekuiti. Bursa Malaysia telah jatuh melebihi 2 peratus, jadi ia peluang baik untuk kembail ke pasaran saham dan turut serta apabila berlaku technical rebound minggu hadapan.

KLCI-21-Aug

Categories: Saham, Unit Amanah

ASB memberi pulangan 30% setahun sejak dilancarkan

19 Ogos 2013 Tinggalkan komen

Post ini asalnya diterbitkan pada 25 Mac 2011. Diterbitkan semula untuk tatapan para pelabur baru untuk membuat kajian dan perbandingan supaya dapat membuat keputusan yang bijak dan teratur.

Satu fakta tentang skim ASB yang sukar untuk ditandingi ialah prestasinya yang sangat mengagumkan sejak dilancarkan pada 2 Januari 1990. Ciri ASB yang unik ialah selain dividen yang dikira berdasarkan baki minimum bulanan, ia juga memberikan bonus yang dikira berdasarkan baki minimum bulanan untuk 10 tahun terakhir.

Sejak dilancarkan, ASB memberikan cummulative return antara 8 – 12%. Disebabkan oleh ciri cummulative return (compounded dividen + bonus), ASB memberi pulangan purata 30% setahun sejak dilancarkan pada Januari 1990 hingga Disember 2010. Maknanya, jika anda melaburkan RM10K pada 2 Jan 1990, nilainya pada 31 Dis 2010 (tempoh 21 tahun) adalah RM73K iaitu kenaikan sebanyak 630%. Secara kumulatif, ASB memberikan pulangan 10% compounded setiap tahun, untuk tempoh selama 21 tahun. Satu rekod yang sangat sukar diatasi oleh mana-mana dana. Prestasi yang amat menakjubkan untuk suatu dana yang berharga tetap. Itulah magic yang ada pada ASB.

Ciri-ciri lain yang sangat menarik ASB ialah ia berharga tetap RM1 seunit, tiada sebarang caj pembelian dan jualan, serta pelaburan minimum serendah RM10 dan tambahan minimum RM1.

Carta di bawah menunjukkan nilai pelaburan meningkat daripada 10K (Jan 1990) kepada 73K (Dis 2010). Jika anda melabur sebanyak 100K pada Jan 1999, skim ASB akan menjadikan anda JUTAWAN ASB pada Dis 2013, kerana nilai pelaburan anda akan meningkat kpd 985K (kurang 15K untuk mencapai RM1 juta) selepas 24 tahun. Mudah dan risiko zero.

Categories: ASB, Pelaburan
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 148 other followers