Arkib

Archive for Ogos 2007

Untung Rugi Pinjaman ASB (ASB Loan)

22 Ogos 2007 308 comments

Promosi terbaru pinjaman ASB daripada CIMB, merupakan yang terendah di pasaran buat masa ini:
Pakej 1:
Faedah 5.3% untuk 3 tahun pertama, dan KPA – 0.75% tahun seterusnya

Pakej 2:
Faedah 5.8% untuk 5 tahun pertama, dan KPA – 0.75% tahun seterusnya.

Setelah membuat pengiraan, berikut adalah perbandingan anggaran pendapatan antara membuat pinjaman ASB dan simpanan sendiri. Pengiraan adalah berdasarkan Pakej 1, amaun pinjaman RM10,000 untuk tempoh 3 tahun, dan anggaran dividen ASB 8% setahun. Ansuran bulanan RM301.

Pinjaman ASB:
Jumlah akhir: RM12,597
Tolak kos pinjaman: RM152
Jumlah bersih: Rm12,445
Peratus pulangan: 24.45%
Purata setahun: 8.15%

Simpanan sendiri:
Jumlah akhir: RM11,728
Peratus pulangan: 17.28%
Purata setahun: 5.76%

Perbezaan: RM717
Purata perbezaan setahun: RM239
Purata perbezaan sebulan: RM20
Peratus perbezaan: 6.11%
Peratus perbezaan tahunan: 2.04%

Apa pendapat anda? Untung atau rugi melabur melalui pinjaman ASB. Bagi saya, perbezaan RM717 amat kecil, tambahan pula kena tunggu 3 tahun. Nilainya nampak besar, tetapi kalau tengok peratus 2.04% setahun, tak berbaloi. Kalau simpan sendiri, boleh digunakan bila-bila masa jika ada keperluan kecemasan atau peluang perniagaan lain. Ini belum tolak kos insurans (ni saya tak pasti sebab tak dinyatakan dalam iklan promosi).

Mungkin kalau ambil tempoh yang lebih lama, untung lebih sikit. Tetapi ada risiko KPA (BLR) yang tidak tetap, kemungkinan untuk naik lebih tinggi berbanding turun (pendapat saya saja berdasarkan keadaan ekonomi sekarang). Risiko KPA naik sebenarnya amat tinggi. Tidak berbaloi menghadapi risiko KPA yang tetap untuk pulangan yang tidak seberapa. Lebih baik melabur dalam dana unit amanah, walaupun ada risiko susut nilai, tetapi potensi pulangan adalah tinggi (sangat tinggi boleh melebihi 40%), rujuk artikel saya kelmarin. Lagipun, untuk pelaburan jangka panjang, dana Unit Amanah adalah antara instrumen pelaburan yang terbaik.

Komen Terbaru (28 Mei 2010):
Memandangkan Maybank, RHB dan CIMB sekarang menawarkan pakej pinjaman ASB pada kadar faedah yg sangat rendah sekitar BLR-1.65%, saya mengubah pendirian tentang tajuk ini. Berdasarkan situasi ini saya membuat kesimpulan melabur melalui pinjaman ASB akan memberi pulangan paling maksimum, berbanding menyimpan sendiri. Sila rujuk post saya yg lebih terkini.

Gandakan Wang anda dengan BIJAK MELABUR

Advertisements

10 Dana Unit Amanah Terbaik

21 Ogos 2007 23 comments

Berikut adalah peratus pulangan dana syariah untuk tempoh 1 tahun setakat 1 Jun 2007:
1. CMS Islamic – 88.86%
2. MAAKL Al-Faid – 56.13%
3. SBB Dana Al-Ihsan 2 – 55.56%
4. OSK-UOB Dana Islam – 55.55%
5. PRUdana al-ilham – 55.35%
6. ING Ekuiti Islam – 52.93%
7. Alliance Dana Adib – 52.84%
8. SBB Dana Al-Ikhlas – 52.05%
9. CIMB-Principal LT Dana Mubarak – 50.81%
10. SBB Dana Al-Ihsan – 50.38%

Dana Public Ittikal berada di tangga 18 dengan pulangan 46.54%. Ia masih menjadi pilihan saya kerana rekodnya yang lebih stabil sejak dilancarkan pada 4 Oktober 1997. Paling rendah adalah Amanah Saham Kedah dengan pulangan 20.40%, masih jauh lebih baik daripada ASB. Secara purata, kadar pulangan adalah 44.54% daripada 37 dana unit amanah yang dinilai. Sumber Morningstar.

Pulangan Pelaburan Dana Public Ittikal

17 Ogos 2007 Tinggalkan komen

Sejak dilancarkan pada 10 April 1997 hingga 6 Jun 2007, pulangan dana unit amanah Public Ittikal adalah sebanyak 222.94 peratus. Ini bermakna setiap RM1.00 yang dilabur pada hari pelancarannya telah bernilai RM3.22 pada hari ini, iaitu melebihi 3 kali ganda daripada modal asal. Kalau anda melabur RM10,000, nilainya kini telah menjadi RM32,294.00 (belum tolak caj 6.5%). Kadar faedah terkumpul (atau “compound interest rate”) ialah 12.4% setahun. Jika kadar pulangan ini berterusan 10 tahun lagi, pelaburan tersebut akan bertambah melebihi 10 kali ganda, iaitu daripada RM10,000 kepada RM103,600. Jika berterusan sehingga 30 tahun, pelaburan akan berganda daripada RM10,000 kepada RM333,400.

Dana unit amanah Public Ittikal dengan kadar pulangan 12.4% setahun:

Tempoh Pulangan
10 RM32,294.00
20 RM103,600.00
30 RM333,400.00
40 RM1,073,100.00

Maknanya, jika anda telah melabur RM10,000 sepuluh tahun yang lalu, anda akan menjadi jutawan 30 tahun lagi tanpa perlu menambah sebarang pelaburan. Bagaimana pula, jika baru sekarang anda terfikir untuk melabur. Dalam masa 30 tahun, pelaburan RM10,000 akan meningkat melebihi RM300,000. Untuk mencapai RM1 juta, anda perlu melabur RM30,000 sekarang. Bagaimana jika anda hanya ada RM10,000 sekarang, mana nak dapat RM20,000 lagi. Yang RM20,000 lagi tu, kita boleh labur secara ansuran selama 20 bulan, maknanya RM1,000 sebulan (anda kena tambah 2 tahun lagi sebelum jadi jutawan). Kalau masih tak mampu melabur seribu sebulan, laburlah RM500 saja selama 40 bulan, maknanya kena tangguh lagi status jutawan untuk 3 setengah tahun lagi, dan begitulah seterusnya. Moga beramai-ramailah kita jadi jutawan. Siapa tak melabur, gerenti tak merasa jadi jutawan.

Gandakan Wang anda dengan Unit Trust. Klik Di Sini

Pelaburan melalui Pinjaman ASB (ASB Loan)

16 Ogos 2007 162 comments

Ini satu topik yang agak menarik juga untuk dibincangkan, memandangkan sekarang ni bank-bank berlumba-lumba mempromosikan skim pinjaman ASB ni. Malah di Minggu Amanah Saham Malaysia (MASM) yang dianjurkan oleh PNB, mereka turut mempromosikan skim ini. Secara peribadi saya juga sering didekati oleh staf bank yang mempromosikan skim, tetapi saya telahpun nekad untuk tidak akan terpedaya dengan skim ini. Penulis jutawan Azizi Ali menulis satu artikel berkaitan topik ini yang boleh kita manfaatkan bersama-sama.

Berikut adalah teks Azizi Ali:
One of the most common question I get is this: is it a good idea to borrow money to invest in investment x (the x can be unit trusts, ASB, properties, business, Bank Rakyat shares, etc., etc.)?

Let me answer the question in real world terms.

Firstly, that is how folks build serious money – by using other people’s money. This strategy is a regular occurrence in business. Entrepreneurs borrow money from the bank to finance their expansion. They conquer the world, repay the loan and make tons of money. And that is always a good thing.

Now this concept of borrowing money to make more money works a treat for businesses as the margins are wide. The interest charged for the loan is often below 10 percent, but the
business reaps 30, 50 or even 100 percent return on their investment.

Further, because of the wide margins, even when the returns drop, the businesses still make loads of money.

Now you can see why this concept is made-to-order for businesses.

However, the same does not apply when it comes to investments such as shares or unit trusts. Often time, the margin or spread between the interest and return is slim –
less than 3% most of the time. For example, the interest charged is 9% but the return is only 12%.

Now if the situation remains like that – with the interest at 9% and return at 12% – things are still hunky dory. You would dowell taking the loan and making the investment. However, what usually happens is that the return starts to drop off. From 12%, they drop to 10% and then to 9%. (By the way, this is what happened to the fabulous ASB.)

The way things are going, the return could very well drop below the interest charged! And this is not an unusual thing. When that happens, instead of making money, the investor is now forking out money. And that, needless to say, is not a very nice thing to happen. Not exactly the stuff of fairy tales. (By the way again, this is what usually happens when folks borrow money to invest in stocks.)

Now after painting the real world scenario, let me answer the question. Yes, you should borrow money to invest – if the spread is wide (more than 5%) and you are pretty sure
that the situation will remain status quo for the loan period. For example, if the interest is 9%, the return should be at least 14%. Otherwise, let others be the test-pilot. You watch by the sidelines.

Now, I know a lot of people will jump and shake their heads. They will reminisce of how their father, grandfather, uncle, auntie or neighbour made tons of money by borrowing money to invest even when the spread was ultra-thin. Of course it can happen. People also strike the lottery but has it happened to you?

If the spread is thin, you are taking an unnecessary risk. While you can make a little bit of money, the chances of you losing a lot of money are significantly higher. Once the return starts to drop and/or the interest start to rise, you lose both money and sleep. And that is no way to make a fortune.

In case anyone thinks that this is a theory from the ivory tower, I personally will not borrow to invest if the spread is less than 5%. In fact, I will not borrow to invest in
unit trusts or shares – period. I only borrow money to expand my business and for property investment.

Ulasan saya secara ringkas:
Azizi Ali selalu ditanyakan persoalan adakah bagus meminjam wang untuk dilaburkan dalam pelaburan tidak kira unit amanah, ASB, hartanah, bisnes, saham Bank Rakyat, atau sebagainya.

Dia bersetuju, pinjaman adalah baik jika digunakan untuk mengembangkan perniagaan kerana julat untung adalah besar. Faedah yang dikenakan biasanya kurang daripada 10 peratus, sedangkan julat untung yang diperoleh oleh bisnes adalah 30, 50 malah 100 peratus. Oleh kerana julat agak besar, walaupun kadar pulangan menurun, bisnes masih dapat membuat duit.

Namun, perkara yang sama tidak berlaku untuk pelaburan seperti saham atau unit amanah. Selalunya, julat antara faedah dan pulangan adalah kecil iaitu kurang daripada 3%. Sebagai contoh kadar faedah 9% dan pulangan 12%. Jika kadar julat ini berkekalan, anda masih membuat duit. Tetapi selalunya pulangan akan menurun. Daripada 12%, turun ke 10%, dan kemudiannya 9%. (Dan ini yang terjadi kepada ASB). Malah, boleh juga terjadi kadar pulangan lebih rendah daripada kadar faedah, dan menyebabkan anda kehilangan duit bukannya membuat duit.

Seterusnya dia menyarankan anda boleh meminjam jika julat melebihi 5% dan anda dapat pastikan keadaan itu kekal. Jika julatnya kecil, anda telah mengambil risiko yang tidak perlu. Anda mungkin dapat membuat sedikit duit, tetapi peluang rugi adalah tinggi. Akhir sekali, Azizi Ali hanya meminjam wang untuk mengembangkan bisnes dan pelaburan hartanah.

 

Senarai 10 Orang TERKAYA di MALAYSIA

15 Ogos 2007 3 comments

Majalah Forbes pada 8 Mac 2007, mengeluarkan senarai terkini orang paling di dunia. Hanya 9 datang daripada Malaysia. Berikut adalah senarainya:
1. Robert Kuok, $7b, umur 83, industri pertanian.
2. Ananda Krishnan, $6b, umur 68, telekomunikasi.
3. Lim Goh Tong & keluarga, $4.2b, umur 89, gaming.
4. Teh Hong Piow, $3b, umur 77, perbankan.
5. Quek Leng Chan, $2.9b, umur 66, perbankan.
6. Lee Shin Cheng, $2.6b, umur 67, pertanian.
7. Yeoh Tiong Lay & keluarga, $1.7b, umur 77, pembinaan.
8. Syed Mokhtar AlBukhary, $1.3b, umur 55, perdagangan beras dan gula.
9. Tiong Hiew King, $1.1b, umur 71, pembalakan.
10. Belum ada lagi, tunggu 2008.

Matawang dalam USD, jadi darab 3.4 untuk nilai dalam RM.

ASB lawan Ittikal

14 Ogos 2007 Tinggalkan komen

Berikut adalah perbandingan pulangan ASB dan Ittikal yang akan diterima sekiranya anda melabur RM1,000 bagi tempoh 1 hingga 9 tahun yang lepas.

Dana Public Ittikal adalah dana saham amanah yang diurus oleh Public Mutual, rujuk laman http://www.publicmutual.com.my untuk pelbagai jenis dana yang lain. 

Tempoh                         Pulangan ASB       Ittikal

01/01/06 – 31/12/06 (1 tahun)  RM1,074 (7.42%)    RM1,183 (18.3%)
01/01/04 – 31/12/06 (3 tahun)  RM1,245 (24.5%)    RM1,428 (42.8%)
01/01/02 – 31/12/06 (5 tahun)  RM1,450 (45.0%)    RM1,922 (92.2%)
01/01/00 – 31/12/06 (7 tahun)  RM1,737 (73.7%)    RM1,910 (91.0%)
01/01/98 – 31/12/06 (9 tahun)  RM2,093 (109.3%)   RM2,767 (176.7%)

Adakah ini menunjukkan prestasi sebenar kedua-dua dana ini. Untuk kes ini iaitu menyimpan satu jumlah pelaburan sekaligus, ya. Tapi untuk kes melabur secara ansuran setiap bulan atau setiap awal tahun, kadar pulangan adalah berbeza.

Rekod Agihan DIVIDEN KWSP

13 Ogos 2007 Tinggalkan komen

Berikut adalah rekod agihan dividen KWSP sejak 1983 hingga 2006. Sumber daripada internet, Star, NST Online.

Tahun     Dividen
83-87     8.50%
88-94     8.00%
1995      7.50%
1996      7.70%
97-98     6.70%
1999      6.84%
2000      6.00%
2001      5.00%
2002      4.25%
2003      4.50%
2004      4.75%
2005      5.00%
2006      5.15%