Utama > Pelaburan, Unit Amanah > Pulangan Pelaburan Dana Public Ittikal

Pulangan Pelaburan Dana Public Ittikal

Sejak dilancarkan pada 10 April 1997 hingga 6 Jun 2007, pulangan dana unit amanah Public Ittikal adalah sebanyak 222.94 peratus. Ini bermakna setiap RM1.00 yang dilabur pada hari pelancarannya telah bernilai RM3.22 pada hari ini, iaitu melebihi 3 kali ganda daripada modal asal. Kalau anda melabur RM10,000, nilainya kini telah menjadi RM32,294.00 (belum tolak caj 6.5%). Kadar faedah terkumpul (atau “compound interest rate”) ialah 12.4% setahun. Jika kadar pulangan ini berterusan 10 tahun lagi, pelaburan tersebut akan bertambah melebihi 10 kali ganda, iaitu daripada RM10,000 kepada RM103,600. Jika berterusan sehingga 30 tahun, pelaburan akan berganda daripada RM10,000 kepada RM333,400.

Dana unit amanah Public Ittikal dengan kadar pulangan 12.4% setahun:

Tempoh Pulangan
10 RM32,294.00
20 RM103,600.00
30 RM333,400.00
40 RM1,073,100.00

Maknanya, jika anda telah melabur RM10,000 sepuluh tahun yang lalu, anda akan menjadi jutawan 30 tahun lagi tanpa perlu menambah sebarang pelaburan. Bagaimana pula, jika baru sekarang anda terfikir untuk melabur. Dalam masa 30 tahun, pelaburan RM10,000 akan meningkat melebihi RM300,000. Untuk mencapai RM1 juta, anda perlu melabur RM30,000 sekarang. Bagaimana jika anda hanya ada RM10,000 sekarang, mana nak dapat RM20,000 lagi. Yang RM20,000 lagi tu, kita boleh labur secara ansuran selama 20 bulan, maknanya RM1,000 sebulan (anda kena tambah 2 tahun lagi sebelum jadi jutawan). Kalau masih tak mampu melabur seribu sebulan, laburlah RM500 saja selama 40 bulan, maknanya kena tangguh lagi status jutawan untuk 3 setengah tahun lagi, dan begitulah seterusnya. Moga beramai-ramailah kita jadi jutawan. Siapa tak melabur, gerenti tak merasa jadi jutawan.

Gandakan Wang anda dengan Unit Trust. Klik Di Sini

  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: