Arkib

Archive for September 2007

Pulangan ASN2 41 peratus

28 September 2007 3 comments

Pada 29 Jun 2007, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 5.2 sen seunit bagi dana ASN2 untuk tahun berakhir 30 Jun 2007, berbanding 5 sen tahun sebelumnya.

Nilai aset bersih (NAB) meningkat 41 peratus kepada RM1.10 pada 26 Jun 2007 daripada 78.24 sen pada 30 Jun 2006.

Untuk makluman, agihan pendapatan ini sebenarnya tidak memberi sebarang makna kepada pelabur kerana, nilai aset bersih akan turun mengikut jumlah pendapatan yang diagihkan. Dengan kata lain, pelabur sebenarnya tidak mendapat sebarang keuntungan, tidak seperti ASB yang mengagihkan nilai wang yang benar dalam bentuk dividen dan bonus. Yang lebih menarik adalah prestasi kenaikan nilai aset bersih ASN2 yang meningkat 41 peratus, setanding dengan dana ekuiti yang lain, bagi tempoh kewangan setahun yang sama.

Advertisements

FORMULA Mengira KEKAYAAN yang Sebenar

24 September 2007 Tinggalkan komen

A: Berapakah pendapatan bulanan yang dijana oleh hartanah, aset atau sebarang perniagaan yang tidak memerlukan kehadiran anda?

B: Berapakah jumlah perbelanjaan bulanan anda?

Kekayaan = A – B

Saya percaya ramai yang memperolehi nilai Kekayaan yang negatif. Maknanya, anda belum kaya lagi. Kekayaan sebenar hanya baru bermula apabila nilai A melebihi B, walaupun anda tidak bekerja.

Utamakan yang BAIK

21 September 2007 Tinggalkan komen

Adalah suatu kebiasaan seseorang akan melalui 99% daripada kerja hariannya berjalan baik, tetapi akhirnya pulang dengan keadaan tertekan. Sebabnya, satu perkara buruk berlaku. Dan mereka menjadikan perkara buruk yang satu ini suatu imej yang besar, jelas dan terang. Dan menjadikan yang lain kecil, gelap dan tidak penting.

Petikan daripada buku Unlimited Power oleh Anthony Robbins.

Ini pula petikan daripada kata-kata Bill Gates, individu paling kaya di dunia hari ini. Kekayaan yang bukan diwarisi, tetapi adalah hasil daripada usahanya sendiri.

Humanity’s greatest advances are not in its discoveries but in how those discoveries are applied to reduce inequality. I love getting people excited about softwares but why can’t we generate even more excitement for saving lives?
— Bill Gates, a Harvard dropout, upon returning to the university to collect an honorary degree on June 8, 2007

2 Cara Mudah menjadi KAYA

12 September 2007 Tinggalkan komen

Terdapat dua cara untuk menjadi kaya:
Pertama adalah dengan memiliki banyak harta.
Kedua adalah dengan mempunyai keinginan yang sedikit.

Mudahkan, hidup mengikut kemampuan anda, mempunyai keinginan yang sedikit, dan nikmatilah kekayaan dan hidup bahagia.

Senarai terbaru sekuriti patuh syariah Mei 2007

10 September 2007 Tinggalkan komen

Senarai terbaru sekuriti patuh syariah (Mei 2007) boleh diperolehi di laman web SC dalam PDF.

Berikut adalah 17 sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai patuh shariah:
1. 7233 Dufu Technology Bhd
2. 3417 Eastern & Oriental Bhd
3. 0136 Greenyield Bhd
4. 0139 H-Display (MSC) Bhd
5. 5122 Kencana Petroleum Bhd
6. 5129 Melati Ehsan Holdings Bhd
7. 0138 My E.G. Services Bhd*
8. 7237 Natural Bio Resources Bhd*
9. 5128 Ogawa World Bhd*
10. 5125 Pantech Group Holdings Bhd*
11. 7232 Resintech Bhd
12. 2739 Sino Hua-An International Bhd
13. 7235 Superlon Holdings Bhd
14. 0140 Tejari Technologies Bhd
15. 2305 The Ayer Hitam Planting Syndicate Bhd
16. 6327 Tradewinds Plantation Bhd
17. 5131 Zhulian Corporation Bhd*
*Sekuriti syarikat-syarikat ini telah diklasifikasikan sebagai patuh Syariah pada peringkat IPO.

Sekuriti yang baru diklasifikasikan sebagai tidak patuh syariah:
1. 7048 Atlan Holdings Bhd
2. 5606 Goldis Bhd
3. 3034 Hap Seng Consolidated Bhd
4. 3441 Johan Holdings Bhd
5. 7017 Komarkcorp Bhd
6. 3565 Kumpulan Europlus Bhd
7. 2011 Lingui Development Bhd
8. 3824 Malaysian Mosaic Bhd
9. 8389 Metacrop Bhd
10. 1945 PJ Development Holdings Bhd
11. 5304 PROTON Holdings Bhd

Pelik tapi benar, syarikat yang mengeluarkan kereta nasional pun tak patuh syariah.

Kategori:Pelaburan, Saham

Syarat untuk Berjaya mencapai Kebebasan Kewangan

7 September 2007 Tinggalkan komen

1. Kemahuan untuk MENANG mestilah kuat. Tetapkan yang anda mesti menang untuk memastikan kejayaan anda.

2. Kekurangan sumber tidak menjadi halangan. Yang lebih penting, anda perlu mempunyai strategi yang betul dan komitmen yang kekal tinggi.

3. Ia tidak mudah dan memerlukan pengorbanan. Hakikatnya sebarang perkara yang bernilai tidak akan datang kepada anda melalui cara yang mudah.

4. Strategi kewangan yang berjaya terdiri daripada dua perkara iaitu serangan dan pertahanan yang hebat. Secara umumnya serangan adalah sumber pendapatan yang pelbagai, manakala pertahanan pula menggunakan insurans atau takaful.