Utama > ASB, Pelaburan, Unit Amanah > Pulangan ASN2 41 peratus

Pulangan ASN2 41 peratus

Pada 29 Jun 2007, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan 5.2 sen seunit bagi dana ASN2 untuk tahun berakhir 30 Jun 2007, berbanding 5 sen tahun sebelumnya.

Nilai aset bersih (NAB) meningkat 41 peratus kepada RM1.10 pada 26 Jun 2007 daripada 78.24 sen pada 30 Jun 2006.

Untuk makluman, agihan pendapatan ini sebenarnya tidak memberi sebarang makna kepada pelabur kerana, nilai aset bersih akan turun mengikut jumlah pendapatan yang diagihkan. Dengan kata lain, pelabur sebenarnya tidak mendapat sebarang keuntungan, tidak seperti ASB yang mengagihkan nilai wang yang benar dalam bentuk dividen dan bonus. Yang lebih menarik adalah prestasi kenaikan nilai aset bersih ASN2 yang meningkat 41 peratus, setanding dengan dana ekuiti yang lain, bagi tempoh kewangan setahun yang sama.

  1. 25 Oktober 2007 at 5:44 pm

    Agak sukar untuk memahami corak pelaburan ASN. Bagi saya sistem yang diguna pakai ASB lebih jelas dan mudah untuk difahami.

  2. zahalee
    7 Disember 2007 at 2:06 pm

    Bentuk pelaburan ASN adalah sama dengan dana-dana yg lain. Pulangan hanyalah dalam bentuk kenaikan harga setiap unit. Ini dipengaruhi oleh turun naik harga pasaran saham semasa.

    Bagi ASB pula, harga setiap unit adalah tetap iaitu RM1. Pelabur akan diberikan pulangan dalam bentuk dividen dan bonus pada setiap akhir tahun.

    ASB sesuai utk pelaburan tanpa risiko, tapi pulangan terhad 7-8% setahun. ASN pula ada potensi utk memperolehi pulangan yg lebih tinggi 12% ke atas, tapi terdapat risiko harga unit turun naik, jadi ia hanya sesuai utk pelaburan jangka panjang.

  3. nizarman_pcb
    29 Mac 2008 at 10:57 pm

    prestasi ASN tertinggi dalam masa 5 tahun lalu, berapa peratus tertinggi ? Unjuran 2008 ada ke..Ittikal hebatke sama macam Olimpik.Suasana China dan Tibet ada mempengaruhi pelaburan ?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: