Arkib

Archive for Oktober 2007

Prestasi Dana Al-Faid MAAKL

19 Oktober 2007 2 comments

Pelaburan dalam dana Al-Faid yang diuruskan oleh MAAKL Mutual sejak dilancarkan pada 30 Jun 2003 hingga kini telah berganda iaitu pulangan sebanyak 110%. Jika prestasi ini dapat dikekalkan untuk 20 tahun lagi, bermakna pelaburan asal tersebut akan berganda sebanyak 64 kali ganda. Ringkasnya, setiap RM1,000 akan berganda menjadi RM64,000. Tapi ini teori sahaja, kerana berdasarkan rekod dana-dana yang telah lama seperti di US, prestasi sebegini amat sukar dikekalkan. Hanya beberapa dana sahaja yang mampu mengekalkan rekod yang baik, dan kesemuanya bergantung kepada pengurus dana tersebut.