Arkib

Archive for November 2007

Pinjaman untuk Pelaburan Hartanah

14 November 2007 Tinggalkan komen

Secara umumnya, untuk hidup gembira dan bahagia, kita hendaklah mengurangkan komitmen bayaran hutang sekecil yang mungkin. Paling ideal ialah 0 atau kurang 10% daripada pendapatan anda.

Tapi formula ini tidak sesuai jika pinjaman dibuat untuk membeli pelaburan hartanah seperti rumah untuk sewaan. Untuk kes ini, dapatkan jumlah pinjaman yang maksimum yang sanggup diberikan oleh bank. Tetapi ia perlulah dalam jumlah yang selesa untuk anda bayar balik. Kebiasaannya bank akan menghadkan jumlah pinjaman berdasarkan pendapatan anda.

Satu perkara yang amat penting dalam pelaburan hartanah adalah menyediakan dana simpanan yang mencukupi sekurang-kurangnya 3 bulan. 6 bulan lebih baik. Dana ini digunakan semasa kecemasan, contohnya membaiki hartanah jika berlaku kerosakan, atau ia tidak dapat disewakan untuk tempoh tertentu.

Advertisements
Kategori:Hartanah, Pelaburan

Baru Balik dari Bercuti

4 November 2007 Tinggalkan komen

Saya baru balik daripada percutian yang agak panjang. Perlu sedikit masa lagi untuk menulis artikel-artikel baru dalam blog ini. Terima kasih kepada mereka yang sudi membaca dan menghantar komen untuk blog ini.

Kategori:Macam-macam