Arkib

Archive for Disember 2007

Dividen Dana ASN 2007

28 Disember 2007 1 komen

Pada 27 Dis 2007, Khamis, PNB mengumumkan dividen sebanyak 6.25 sen per unit untuk dana ASN bagi tahun kewangan berakhir Dis 2007. Ini lebih tinggi berbanding tahun lalu iaitu 5.5 sen.

Advertisements

KWSP: Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

27 Disember 2007 Tinggalkan komen

Mulai 1 Januari 2008, pelabur yang mencarum dalam KWSP dibenarkan mengeluarkan simpanan mereka utk mengurangkan baki pinjaman perumahan.

Yang menariknya, wang yg dikeluarkan tadi dimasukkan terus ke dalam akaun simpanan pelabur. Maknanya wang tadi anda boleh rancang digunakan utk perkara lain contohnya dilaburkan dlm ASB. Ini lebih baik sebab buat masa ni faedah pinjaman perumahan sangat rendah 5 – 6% sahaja, dividen KWSP pula sekitar 5% sahaja, sedangkan ASB pula memberikan dividen 8% (tidak termasuk bonus) seperti yang diumumkan baru-baru ini. Walaupun jurang kadar peratus hanya 2-3%, tetapi perbezaan akan ketara utk jangka panjang.

Jika anda ada RM10,000 sekarang dan dibiarkan dalam KWSP dengan faedah 5% setahun, selepas 30 tahun, ia berganda kepada RM40,322. Tetapi jika simpan dalam ASB dengan faedah 8% setahun, selepas 30 tahun ia berganda kepada RM100,620. Ringkasnya, KWSP berganda 4 kali ganda, ASB pula 10 kali ganda. Terpulang kepada pilihan anda, kerana kedua-dua jenis pelaburan tidak ada risiko. Anda juga boleh melaburkannya ke dalam unit trust untuk peluang memperolehi pulangan yg lebih tinggi, tetapi ini melibatkan risiko kerana harganya turun naik mengikut harga di pasaran saham.

Dividen dan Bonus ASB Tahun 2007

26 Disember 2007 16 comments

Berita yg menggembirakan bagi mereka yg melabur dlm ASB. Tahun 2007 ni, PNB pada 19 Dis 2007 mengumumkan dividen 8 peratus (lebih tinggi daripada tahun lalu) dan bonus 1 peratus.

Suatu pulangan yg agak lumayan, bagi suatu pelaburan tanpa risiko. Pelabur boleh melihat jumlah pulangan masing-masing apabila transaksi ASB dibuka semula pada 2 Jan 2008.

Caj Perkhidmatan Unit Trust Turun kpd 3 peratus

17 Disember 2007 Tinggalkan komen

Terkini ada berita baik untuk mereka yg ingin melabur dalam unit trust (saham amanah) melalui skim pelaburan KWSP. Caj perkhidmatan pelaburan unit trust telah diturunkan kpd 3 peratus. Sebelum ni caj mencecah 6-8%. Berikut adalah petikan artikel drp laman web KWSP.

KWSP : Caj Perkhidmatan Pelaburan Saham Amanah Dihadkan Kepada 3 Peratus

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menikmati penurunan 50 peratus caj perkhidmatan untuk pelaburan dalam saham amanah mulai 1 Januari 2008. KWSP mengumumkan bahawa caj perkhidmatan akan dihadkan kepada tiga peratus dan institusi pengurusan dana tidak boleh mengenakan caj perkhidmatan melebihi kadar itu.

Langkah berkenaan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan akan membantu menjimatkan wang ahli. Caj perkhidmatan yang dikenakan oleh pengurus dana pelaburan tempatan secara relatifnya lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Singapura, United Kingdom, Jepun dan Amerika Syarikat.

“Ahli boleh mendapat pulangan yang lebih baik daripada pelaburan mereka dalam saham amanah dengan pengurangan caj perkhidmatan ini,” kata Datuk Azlan Zainol, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP.

Tambah Datuk Azlan, “KWSP memutuskan untuk menghadkan caj perkhidmatan kepada 3 peratus untuk kepentingan ahli dan pengurus dana”.

Pada masa ini ahli dikenakan caj perkhidmatan antara lima dan enam peratus.

“Kajian yang dijalankan oleh KWSP baru-baru ini menunjukkan antara faktor utama yang memberikan kesan terhadap pulangan pelaburan ahli adalah caj perkhidmatan tinggi yang dikenakan oleh institusi pengurusan dana,” kata Datuk Azlan.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah skim simpanan nasional yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.

Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.

KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan sosio-ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.

Tarikh: 12 Disember 2007

Prestasi Dana Public Ittikal

10 Disember 2007 6 comments

Menurut prospektus terbaru yang dikeluarkan oleh Public Mutual, prestasi dana Ittikal bagi tempoh berakhir 31 Mei 2007 ditunjukkan di bawah.

Purata pulangan tahunan dana Ittikal berbanding KLSI:

Ittikal KLSI
1-Tahun 46.13% 48.04%
3-Tahun 25.64% 20.05%
5-Tahun 26.19% 15.54%
10-Tahun 21.51% 2.13%
Sejak dilancarkan 21.53% 1.54%

Angka yang ditunjukkan adalah pulangan purata tahunan, bukannya kadar faedah terkumpul (atau compound interest rate). Angka yang lebih bermakna sebenarnya adalah kadar faedah terkumpul (dalam posting akan datang saya akan cuba paparkan kadar faedah terkumpul yang sebenar). Walaubagaimanapun prestasi dana Ittikal ini jauh lebih baik berbanding ASB yang hanya memberikan pulangan purata 8% sejak 10 tahun yang lalu.