Utama > ASB, Pelaburan, Unit Amanah > Dividen dan Bonus ASB Tahun 2007

Dividen dan Bonus ASB Tahun 2007

Berita yg menggembirakan bagi mereka yg melabur dlm ASB. Tahun 2007 ni, PNB pada 19 Dis 2007 mengumumkan dividen 8 peratus (lebih tinggi daripada tahun lalu) dan bonus 1 peratus.

Suatu pulangan yg agak lumayan, bagi suatu pelaburan tanpa risiko. Pelabur boleh melihat jumlah pulangan masing-masing apabila transaksi ASB dibuka semula pada 2 Jan 2008.

  1. MRS. HASLAM
    29 Disember 2007 at 1:49 pm

    apakah beza antara ASB dan ASN?

  2. zahalee
    2 Januari 2008 at 11:30 am

    ASB, harga setiap unit adalah tetap iaitu RM1.00. Manakala ASB pulak, harga setiap unit akan berubah mengikut turun naik pasaran saham. Pulangan ASB adalah dalam bentuk dividen dan bonus yg akan diberikan kpd pelabur stp hujung tahun dan dibayar secara tunai. Pulangan ASN pulak dalam bentuk kenaikan harga unit saham. Kalau naik untung, kalau turun rugi.

    Jadi ASN ada risiko turun naik pelaburan, manakala ASB pulak tanpa risiko.

  3. rizal
    3 Januari 2008 at 11:05 am

    saya ada simpanan ASB sebanyak RM16,200.00..saya telah membuka akaun ASB pada tahun 2003..saya nak tahu cara pengiraan bonus? thank’s you.

  4. zahalee
    4 Januari 2008 at 8:58 am

    Boleh rujuk artikel Contoh Pengiraan Dividen dan Bonus.

    Secara kasar kiraannya:
    BONUS
    Baki minima bulan Jan 1998 – Dis 2007 = 16200
    (Baki minima sebelum Jan 2003 adalah kosong)
    Bonus = (16200 * (5 tahun x 12 bulan)) / 120 x 1% = 81

    Kita anggap baki 16200 tidak diusik sejak Jan 2003, dan tidak mengambil kira dividen dan bonus tahun 2004 – 2006.

    Harap dapat membantu.

  5. Hasanah
    8 Januari 2008 at 10:12 am

    Adakah pengiraan dividen dan bonus kepada jumlah pelaburan maxima sebanyak RM200,000 atau jika buku pelaburan mempunyai lebih jumlahnya, dividen dan bonus dikira ke atas jumlah keseluruhan, walaupun melebihi RM200,000

    Harap dapat jawapan

  6. zahalee
    8 Januari 2008 at 2:18 pm

    Soalan yg baik drp Hasanah, tapi saya pun tak pasti tentang perkara ini. Kemungkinan besar dividen dan bonus hanya dikira berdasarkan maksimum baki RM200,000.

  7. suzila
    11 Februari 2008 at 3:56 pm

    Saya nk tau, mana lebih untung simpan asb guna loan di bank atau simpan bulan2 sendiri? Tapi, loan asb kena byr interest kt bank…simpan bulan2 tak kena bayar, cuma perlu tunggu hujung tahun saja..Yang peliknya, kalu kita buat asb loan cth dlm rm10,000, hujung tahun dividen and bonus dapat banyak pula sedangkan dalam akaun asb cuma ada duit baki tak sampai rm200.00 pun..Yang confusenya, kalu simpan sendiri tiap2 bulan, cth RM100.00, hujung tahun baki ada RM1200.00, dividen and bonus dapat sikit saje…napa ek? Napa cara simpan bulan2 sendiri dan buat asb loan, dividen and bonusnya tak sama banyak dapat?

  8. Janah
    11 Februari 2008 at 11:34 pm

    asekum. sy pelajar bisness. sy nak kaji tentang pelaburan antara ASb dan ASN. masalahnya sy tengah konfius nak kaji berkaitan. sama ada kadar pulangannya atau mcm mane. boleh tak saudari bagi pendapat. terima kasih. harap membantu

  9. zahalee
    12 Februari 2008 at 9:02 am

    Suzila,

    Katakan simpan dlm ASB guna loan pada Jan 2007 sebanyak RM12,000.00, dan dividen 8 peratus. Maknanya dividen tunai yg diperolehi ialah 12,000 x 8% = RM960.00 (Kita abaikan bonus kerana amaunnya sedikit).

    Kalau guna duit sendiri setiap bulan simpan RM1,000 drp Jan hingga Dis 2007. Kiraan dividen adalah berbeza iaitu:
    Dividen Jan 1000 x (8 x 12/12) % = A
    Dividen Feb 1000 x (8 x 11/12) % = B
    Dividen Mac 1000 x (8 x 10/12) % = C
    Dividen Apr 1000 x (8 x 9/12) % = D
    … dan seterusnya hingga …
    Dividen Dis 1000 x (8 x 1/12) % = L

    Sebab itu dividen guna loan ASB lebih tinggi. Tapi kena ambil kira faedah bank yg dikenakan, katakanlah sekitar 6.5%. Maknanya dividen sebenar yg diperolehi hanyalah sekitar 8 – 6.5 % = 1.5% sahaja (ini anggaran kasar). Ini belum kira risiko kadar BLR yg turun naik. Pernah berlaku BLR lebih tinggi drp dividen ASB, jadi pelabur sebaliknya membayar faedah yg lebih tinggi berbanding dividen ASB yg diperolehi.

    Jadi terpulanglah kpd masing-masing. Pada saya, pelaburan ASB ni utk simpanan yg sepatutnya tidak menurun nilainya. Jika nak melabur utk pulangan lebih tinggi, simpan dlm unit trust dgn risiko yg sama tapi peluang pulangan yg lebih tinggi.

    Selanjutnya boleh rujuk artikel yg lepas Pengiraan DIVIDEN dan BONUS ASB

  10. zahalee
    12 Februari 2008 at 9:14 am

    Janah,

    ASB dan ASN memang jauh berbeza. Secara ringkasnya, ASB adalah pelaburan tanpa risiko krn nilai unit tidak berubah iaitu RM1. Setiap urusan jual beli unit ASB tidak dikenakan caj atau sebarang yuran. Pulangan diperolehi melalui dividen dan bonus yg diagihkan stp hujung tahun.

    ASN pulak, nilai stp unit akan berubah mengikut prestasi pasaran saham. Contoh jika anda membeli seunit pada harga RM1.06 (termasuk caj 6%), ada kemungkinan harga seunit akan berubah sama ada turun kpd 80 sen atau naik sehingga RM1.20.

    Saudari boleh membuat kajian perbandingan risiko dan kadar pulangan antara ASB dan ASN. Ini satu projek yg baik, saudari boleh mula dgn mendapatkan sejarah kadar pulangan kedua-dua dana ini sejak dilancarkan. Cabarannya, bagaimana mengukur risiko kerana ia adalah faktor yg bergantung kpd keperluan individu pelabur yg berbeza. Mungkin saudari boleh cipta formula yg sesuai utk mengukur risiko mengikut umur dan pendapatan pelabur, dsb.

  11. zaki
    24 November 2008 at 11:34 pm

    salam kepada semua pembaca.asb@asn sama sahaja.simpanan melalui pinjaman@sendiri.simpanan sendiri lebih menguntungkan.jika kita menyimpan rm280 setiap bln.setiap thn dividen sbnyak5%.jika kita maintain simpan sehingga 30thn.akaun kita sudah melebihi satu juta.saya skrg sdg mempraktikkan sistem ini.(cth; thn1 280*12=3360 drpd 3360 dividen dpt rm168 thn ke3 3360 +3360+dividen ?kira lah sampai hbs,

  12. 3 Disember 2008 at 9:30 pm

    saya ingin melabur dlm unit trust . adakah skim pinjaman pelaburan.

  13. hani
    4 Disember 2008 at 10:27 pm

    saya buat loan rm100.000 asb pda bulan ogos 2007, hujung tahun 2008 ini dah masuk 1 tahun 5 bulan berapakah dividennya?

  14. wati
    11 Disember 2008 at 1:53 pm

    saya stelah membuat pinjaman berjangka asb dengan menggunakan maybank. adakah lebih baik simpan sendiri atau terus membuat pinjaman berjangka asb?

  15. isma
    8 Julai 2010 at 2:20 pm

    pada tahun 2003 sy telah membeli unit amanah asb loan 45k,dimana sy bayar tiap2 bulan melalui potongan dlm akaun maybank, bolehkan sy nak tambah jumlah loan dari 45k kepada 80k TANPA JUAL BALIK?

  16. pakzul
    9 Julai 2010 at 9:24 am

    boleh .. amik loan lagi.

    maknanya boleh tambah lagi 155k (200k – 45k).

    better amik loan asing2, maknaya maybe 50k + 50k + 55k.

    so, nak terminate mana2 senang (kot2 terdesak la)

    maybe rugi kat processing fee (stamping,etc) tapi one time je.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: