Arkib

Archive for Januari 2008

10 Dana Unit Trust Terbaik 2007

30 Januari 2008 9 comments

Menurut senarai terbaru yg dikeluarkan oleh MorningStar Asia Ltd, sehingga 18 Jan 2008 (utk tempoh 1 tahun), berikut adalah pulangan 10 dana equiti unit trust Islamic terbaik 2007:

1. ING Ekuiti Islam: 45.05%
2. CIMB-Principal LT Dana Mubarak: 41.44%
3. RHB Islamic Growth: 41.17%
4. CIMB Islamic Eq: 39.64%
5. CIMB Islamic DALI Eq: 39.15%
6. PB Islamic Equity: 39.11%
7. Public Islamic Opportunities: 39.11%
8. MAAKL Al-Faid: 37.73%
9. PRUdana al-ilham: 36.27%
10. PB Islamic Asia Equity: 36.23%

Empat dana memperolehi 5 bintang kerana kadar volatiliti yg paling rendah iaitu CIMB Islamic DALI Eq, MAAKL Al-Faid, MAAKL Syariah Index, dan Public Ittikal masing-masing dgn pulangan 39.15%, 37.73%, 31.99% dan 19.11%.

Jadi terpulang kepada pelabur utk menilai dana yg paling sesuai utk mendapatkan pulangan yg paling optimum. Prestasi ini tidak menjamin utk pulangan akan datang.

Advertisements
Kategori:Macam-macam

Amaun Minima Skim Pelaburan KWSP dikurangkan

29 Januari 2008 1 komen

Ini satu lagi berita baik bagi pencarum KWSP. Jika sebelum ni, Akaun 1 perlu ada sekurang-kurangnya RM55,000 utk dibenarkan melabur dlm unit trust. Kini amaun minima adalah berdasarkan umur.

Menurut KWSP, sbg contoh pelabur berumur 30 tahun, hanya perlua ada RM18,000 dlm Akaun 1, dan 20% daripadanya boleh dilaburkan dlm mana-mana dana unit trust yg disenaraikan oleh KWSP.

Berikut adalah petikan artikel drp laman web KWSP:
Satu lagi pembaharuan di bawah inisiatif “Bukan Hanya Simpanan” adalah pelaksanaan Simpanan Asas iaitu sejumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum RM120,000 ketika umur 55 tahun (Lihat Lampiran).

Dengan pembaharuan ini, ahli dibenarkan melabur tidak lebih dari 20 peratus daripada simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas menerusi institusi pelaburan yang diluluskan. Pelaburan ini boleh dibuat sekali setiap tiga bulan dengan jumlah minimum RM1,000.

Peluang yg baik utk pencarum KWSP memperolehi pulangan yg lebih baik bagi pelaburan mereka.

Dividen KWSP 5.8 peratus untuk 2007

23 Januari 2008 1 komen

Maklumat terbaru daripada laman web KWSP.

Y.B. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan II telah mengumumkan kadar dividen bagi tahum 2007 sebanyak 5.8 peratus. Kadar dividen ini telah diumumkan beliau dalam sidang media sempena lawatan beliau ke Ibu Pejabat KWSP hari ini (22 Januari 2008).

Dividen ini akan dikreditkan ke dalam akaun ahli pada 1 Mac 2008.

Kategori:Pelaburan

Ittikal vs ASB

18 Januari 2008 7 comments

Dana Ittikal dan ASB adalah instrumen pelaburan yang sesuai utk jangka panjang. Pulangan Ittikal utk tempoh 10 tahun (bermula Jan 1998 hingga Dis 2007) adalah 308 peratus iaitu 3x pelaburan asal. Untuk tempoh yg sama, ASB memberikan pulangan sekitar 8 peratus setahun, maknanya 216 peratus untuk tempoh 10 tahun, iaitu 2.16 kali ganda pelaburan asal.

Jika anda melabur dlm Ittikal RM10,000 pada 2 Jan 1998, nilainya pada 31 Dis 2007 ialah RM30,800, manakala jika anda menyimpannya dalam ASB pula nilainya ialah RM21,600.

Jadi betulkah ASB ni pelaburan tanpa risiko? Pada pendapat saya, risikonya tetap ada. Dalam contoh di atas, risikonya adalah anda kehilangan peluang pulangan sebanyak RM9,200 (perbezaan pulangan Ittikal dan ASB utk 10 tahun lalu). Bagaimana pula dgn Ittikal, apakah risiko yang ada? Harga unit Ittikal bergantung kpd prestasi pasaran saham, maknanya risiko tu memang wujud, pulangannya mungkin sangat rendah 0%, atau lebih teruk lagi -50%, tetapi kemungkinan ini terlalu rendah. Kebarangkalian utk memperolehi pulangan 50% ke atas adalah lebih tinggi.

Untuk post akan datang saya akan cuba melihat prestasi dana lain untuk tempoh 10 tahun yg lalu utk perbandingan.

Pulangan Dana MAAKL Al-Faid melebihi 43 peratus

15 Januari 2008 Tinggalkan komen

Dana Al-Faid yang diuruskan oleh MAAKL Mutual memberi pulangan melebihi 43 peratus bagi tahun 2007 berbanding KLCI 29 peratus dan ASB 8 peratus. Pulangan 43 peratus untuk 1 tahun adalah sangat lumayan.

Al Faid 2007

Pulangan PBIEF sejak dilancarkan melebihi 84 peratus

11 Januari 2008 4 comments

Satu lagi dana yang diuruskan oleh Public Mutual yang menarik ialah PB Islamic Equity Fund (PBIEF). Sejak dilancarkan pada 5 September 2005 sehingga 9 Januari 2008 (lebih kurang 2 tahun 4 bulan), pelabur mendapat pulangan yang sangat lumayan melebihi 84 peratus.

Bandingkan dgn ASB, pulangan sedemikian hanya akan diperolehi selepas 8 tahun.

PBIEF 092005 012008

Pulangan Dana Public Ittikal 2007 melebihi 35 peratus

2 Januari 2008 24 comments

Ittikal 2007

Prestasi dana Ittikal untuk tempoh setahun (2007) adalah sangat baik iaitu pulangan melebihi 35% berbanding KLCI 31.8%. ASB pulak hanya 8 peratus. Maknanya jika anda melabur sebanyak RM1,000 dalam dana Ittikal pada 2 Jan 2007, nilainya kini adalah RM1,267 setelah tolak kos 6.5%. Jika ia dilabur dalam ASB, nilainya adalah RM1080. Mana satu pilihan anda?