Utama > ASB, Pelaburan, Unit Amanah > Pulangan Dana Public Ittikal 2007 melebihi 35 peratus

Pulangan Dana Public Ittikal 2007 melebihi 35 peratus

Ittikal 2007

Prestasi dana Ittikal untuk tempoh setahun (2007) adalah sangat baik iaitu pulangan melebihi 35% berbanding KLCI 31.8%. ASB pulak hanya 8 peratus. Maknanya jika anda melabur sebanyak RM1,000 dalam dana Ittikal pada 2 Jan 2007, nilainya kini adalah RM1,267 setelah tolak kos 6.5%. Jika ia dilabur dalam ASB, nilainya adalah RM1080. Mana satu pilihan anda?

  1. 3 Januari 2008 at 5:16 pm

    Saya pilih ASB dulu. Sebab risiko yang lebih rendah. Jika ada duit lebih, mungkin boleh masuk Ittikal nie… tapi jika kita amik fund nie, tak boleh sewenang2nya nak keluarkan semua kan… kena pastikan at least RM1000 dalam akaun. Betulkan saya jika silap info…

  2. Lan
    4 Januari 2008 at 12:32 am

    Bukannya kita perlu tinggal rm1000..tp dgn public mutual..kita perlu tinggalkan 1000 unit supaya akaun tu terus berjalan..camne lak dlm tahun 2008..nampak kesuraman je

  3. zahalee
    4 Januari 2008 at 8:40 am

    Iya betul, mesti sekurang-kurangnya ada unit bernilai sekurang-kurangnya RM1,000. Tetapi kalau nak keluarkan semuanya pun boleh. Lepas tu bila ada duit, buka jak semula akaun baru, tiada masalah.

  4. Hamirna
    8 Januari 2008 at 11:44 am

    Kalau ASB boleh buat loan untuk simpanan. Macam unit amanah ada ker buat stail mcm ASB? Nak tahu gaks….

  5. zahalee
    8 Januari 2008 at 2:21 pm

    Setakat ini saya tidak ada maklumat tentang sebarang dana yg menawarkan skim pinjaman spt skim ASB loan. Apa pun saya lebih berminat melabur menggunakan wang sendiri, lebih selamat dan pulangannya adalah lebih baik dan terjamin.

  6. khaidhir
    14 Februari 2008 at 4:19 pm

    Hamirna berkata,
    Januari 8, 2008 @ 11:44 am

    Kalau ASB boleh buat loan untuk simpanan. Macam unit amanah ada ker buat stail mcm ASB? Nak tahu gaks….

    kpd individu di atas,

    pertanyaan nie bagus…..bila pulak asb ade buat tawaran buat loan?bank ade la….jgn silap pandang,asb tak pernah offer loan…bank adelah.lagi satu,kenape anda perlu menyimpan duit dengan pinjam dari bank??ade duit sendiri, kenape tidak duit yg anda bayar loan asb bulan2 tu simpan je terus dlm asb..kan tak kena interest. wahai pengguna,bijak la berfikir….

  7. Mazura
    20 Februari 2008 at 5:54 pm

    Hermmm…. Betul ke fakta 35.32% tu? Saya melabur dalam Public Ittikal pada awal Januari 2007 melalui KWSP sebanyak RM10K pada harga 1.0568 seunit dan redeem balik pada awal Januari 2008 pada harga 1.0578 seunit. (Jual kerana Agen suruh jual masuk balik KWSP. Katanya market nak Crash). Jumlah masuk balik dalam KWSP adalah sebanyak RM11,743.64. Kalau nak kira fakta harga unit kenaikan hanya 0.1%. Saya di pahamkan oleh agen kerana pada 1 Jun dan 3 Disember 2007 Ittikal ada mengeluarkan “DISTRIBUTION” (tak paham terms nie). Jadi kalau nak kira keuntungan pada jumlah masuk balik dalam KWSP kenaikannya ada lah 17.436% pasal ada untung RM1,743.64. Macam mana anda boleh mengatakan pulangan melebihi 35%? Ni yang KONPIUS nie..

  8. zahalee
    21 Februari 2008 at 3:52 pm

    Soalan yg cukup baik drp Mazura,

    Ok, fakta pulangan 35.32% boleh diperolehi drp laman web http://www.publicmutual.com.my, tapi ini tidak mengambilkira caj jualan jika anda baru membeli unit pd 3 Jan 2007 dan menjual semula pada 31 Dis 2007.

    Pada pendapat saya, utk mengetahui kadar pulangan yg tepat, kena tahu tarikh sebenar unit tsb dibeli dan dijual. Ini kerana, kadar pulangan agak jauh berbeza walaupun tarikh jual beli tidak jauh. Contohnya, jika belian dibuat pada 10 Jan 2007 dan jualan dibuat pada 9 Jan 2008, pulangan adalah 39.26 peratus (tidak termasuk caj transaksi). Jika belian pd 23 Jan 2007 dan jualan pada 22 Jan 2008, pulangan hanyalah 20 peratus (belum tolak caj transaksi). Kesimpulannya, tarikh sebenar transaksi adalah penting utk mengetahui pulangan sebenar. Perlu ambilkira juga tempoh antara permohonan pengeluaran dan pengeluaran sebenar oleh KWSP, kerana terdapat kelewatan sehingga 2 – 6 minggu.

    Apabila ada distribution, harga unit akan turun, tapi bilangan unit akan bertambah supaya nilai sebenar tidak berubah. Jadi adalah tidak tepat utk membandingkan harga unit sahaja. Yg penting adalah nilai sebenar. Jika simpanan sebanyak 10K dan pulangan adalah 1,743.64, memang tepat pulangan adalah 17.43 peratus.

  9. Mazura
    1 Mac 2008 at 9:07 am

    Errmm… Yang saya tak puas hati adalah kerana sebelum ini saya ada melabur EPF saya dengan satu company lain. Agen Public pujuk saya bertukar kepadanya dengan mengatakan PUBLIC NO:1… The best. Tapi ternyata pulangan company lama yang saya dah join selama 3 tahun berturut-turut sebelum 2007 memberi pulangan sebanyak 32.92% (Keuntungan bersih setelah di tolak caj transaksi, andaian jika saya melabur dan redeem pada masa yang sama saya melabur dalam Public Mutual) seperti jadual berikut :
    COMPANY INVEST TARIKH BELI TARIKH JUAL JUAL PERATUS
    PB MUTUAL 10K 03.02.2007 09.02.2008 11,743.64 17.43%
    COM. LAMA 10K 03.02.2007 09.02.2008 13,292,39 32.92%
    Kalau mengikut fakta jadual tersebut, ternyata company lama tersebut memberi pulangan hampir 2 kali ganda.
    Apa-apa pun, teruskan lah usaha anda untuk menjadi agen yang baik dengan memberi fakta yang jelas kepada pelabur anda.

  10. Mazura
    1 Mac 2008 at 9:10 am

    Oppss… Tersilap.. Tarikh beli ialah pada 03.01.2007. Jadual yang sebenarnya seperti berikut.

    COMPANY INVEST TARIKH BELI TARIKH JUAL JUAL PERATUS
    PB MUTUAL 10K 03.01.2007 09.02.2008 11,743.64 17.43%
    COM. LAMA 10K 03.01.2007 09.02.2008 13,292,39 32.92%

    Maafkan saya..

  11. zahalee
    3 Mac 2008 at 10:57 am

    Thanks Mazura,

    Kerana sudi berkongsi pengalaman. Memang stp company yg mengurus dana ada kelebihan masing-masing. Apa yg pasti setiap tahun kedudukan top 10 sentiasa berubah. Jadi yg penting sebenarnya adalah untuk pelaburan jangka panjang, pelabur kena bijak memilih dana yg memberi pulangan yg lebih konsisten (biasanya kadar volatiliti rendah dan melebihi kadar pulangan ASB).

    Juga utk semua pembaca blog ni. Saya bukan lah agen mana-mana unit trust. Blog ini hanyalah coretan pendapat saya tentang topik pelaburan. Apa yg saya tulis adalah berdasarkan pengalaman, pembacaan, perkongsian dgn pembaca dan bertanya dgn mereka yg lebih arif.

  12. Nurul
    10 Mac 2008 at 4:13 pm

    Maaf saya mencelah..

    Puan Mazura, maaf saya ingin memberi sedikit komen ..

    berdasarkan maklumat yg puan mazura beri, pelaburan dari COM. LAMA
    telah dibuat 3 tahun berturut2 tapi puan tulis lain..

    COMPANY INVEST TARIKH BELI TARIKH JUAL JUAL PERATUS
    PB MUTUAL 10K 03.01.2007 09.02.2008 11,743.64 17.43%
    COM. LAMA 10K 03.01.2007 09.02.2008 13,292,39 32.92%

    tarikh belian & jualan kedua2 com adalah pada hari yang sama? Adakah puan pasti?
    Untuk perbanding, puan perlu fikir faktor2 tertentu.

    1) Kenalpasti jenis dana, jenis risiko..
    bagi contoh puan, PITTIKAL adalah dana ekuiti dan pulangan yang sederhana kerana berisiko rendah. Agak kempetitif jika membandingkan dana yang berisiko rendah dengan dana yg berisiko tinggi (aggresif)

    2) Perlu difahami lebih awal lagi yang pelaburan unit amanah adalah
    pelaburan jangka masa panjang, minimum 3-5 tahun. PITTIKAL, dana yg berisiko rendah lebih memerlukan jangka masa yang panjang untuk mendapat pulangan lebih.

    3) Jual unit amanah kerana market nak CRASH… adalah langkah yg kurang bijak. ini kerana, melabur dalam unit amanah adalah bertujuan memberi pelabur mencapai matlamat pelaburan iaitu wang pelaburan mencapai nilai yang diingini atau pelaburan boleh dipindah (switch) ke dana konservatif lain untuk mengurangkan atau menstabilkan risiko, tetapi BUKAN jual terus. walaupun harga jatuh kerana kejatuhan pasaran index saham, pelaburan tetap perlu diteruskan kerana pasaran akan naik semula.

    Tiada siapa boleh merancang kenaikan atau penurunan saham. Oleh itu, jangan terlalu terpengaruh dgn khabar angin.

  13. Mazura
    15 Mac 2008 at 7:15 pm

    Terima kasih kerana “MENCELAH”

    Senarionya begini. Dengan company lama (CL), saya telah melabur selama 3 tahun berturut-turut. Lebih kurang akhir Disember 2006, Ajen dari Public Mutual (PM) telah memujuk saya redeem semua fund saya di dalam company lama dan beralih ke PM dengan mengatakan PM adalah the best dan dia telah submit application saya dengan PM pada 03.01.2007. Yang saya tau PM Ittikal adalah Dana Equity mengikut syariah dan saya pun memang melabur dalam dana Equity dengan CL sebelum ini yang juga berisiko rendah dan islamic juga. Jadi saya menbezakan keuntungan seperti berikut. :

    Beli PM Ittikal pada 03.01.2007 = RM10,000.00
    (harga 1.0568 seunit = 9462.53 unit)
    Campur Distribution pada Jun 2007 = RM841.06 (mendapat 762.66 unit)
    Campur Distribution pada Dec 2007 = RM970.40 (mendapat 876.76 unit)
    Menjadikan Unit terkumpul sebanyak 11,101.95 unit

    Redeem pada 09.02.2008 pada harga 1.0578 seunit = RM11,743.64
    Keuntungan bersih setelah di tolak charge transaksi = RM 1,743.64 (17.43%)

    “JIKA” saya membeli DANA dari CL pada “MASA” yang sama saya andaikan seperti berikut :
    Beli CL equity pada 03.01.2007 = RM10,000.00
    (harga 0.8808 seunit = 11,353.32 unit)
    Campur Distribution pada Jul 2007 = RM646.42 (mendapat 619.65 unit)
    Menjadikan unit terkumpul sebanyak 11,972.97

    Jika saya redeem pada masa yang sama :
    Redeem pada 09.02.2008 pada harga 1.1102 seunit = RM13,292.39
    Keuntungan bersih setelah di tolak caj transaksi = RM 3,292.39
    (32.92%)

    Untuk pengetahuan Cik Nurul, saya di nasihatkan oleh Ejen dari PM untuk menjual unit tersebut dan pada pendapat saya, Ejen tersebut hanya nakkan saya beli semula setelah redeem untuk dia mendapat “KOMISEN”.

    Minta maaf ler dengan komen panjang lebar ini. Hanya untuk pengetahuan umum, sepatutnya Ejen PM tersebut tidak boleh menjatuhkan Unit Trust dari Company lain kerana apa yang Ejen dari CL buat adalah betul. Melabur untuk medium to long-term.

    Wassalam.

  14. Khairul
    19 Julai 2008 at 8:37 pm

    1)PB MUTUAL RM10K 03.01.2007 hingga 09.02.2008 RM11,743.64 (17.43%)
    2)Tapi ternyata pulangan company lama yang saya dah join selama 3 tahun
    berturut-turut sebelum 2007 memberi pulangan sebanyak (32.92%)

    Maafkan sy Puan Mazura,

    Disini sy nak terangkan ttg ‘missunderstanding’ puan ttg jumlah pulangan dlm bentuk percent yg dinyatakan Pn bulan Mac lepas.

    Mengikut ‘Prestasi Dana-Dana Siri Public Yg Berlandaskan Kehendak Syariah pd 16 Mei2008’, selepas 3tahun Pn melabur didalam Public Dana Ittikal puan akan memperolehi percent pulangan sebanyak 68.69% (kemungkinan sblm tolak kos 6.5%).

    Disini Pn tidak boleh mmbandingkan percent pulangan simpanan setahun (didlm PB MUTUAL) dengan simpanan yg sudah 3tahun (didlm COM. LAMA) krn jumlah pulangan percent masing2 adalah berbeza.

    Maaf jika ade sbrg kesilapan.

  15. amirul
    25 Ogos 2008 at 11:11 am

    huh
    aku ni berminat nak invest dalam publik mutual
    tapi bila baca statement gini takutlak aku nak invest
    xdelah byk sgt aku nak invest dalam 10k je
    eh sapa2 yang leh bgtau aku nasihat?
    or tempat yang bagus utk diinvest
    aku pun xtau pe2 ni
    tlgla rakyat malaysia

  16. 22 Oktober 2008 at 10:53 am

    Aku dah invest dalam piof 20K dan pcif 30k. genap setahun. Tengok keadaan market sekarang menggerunkan. Apakah ada harapan cerah dalam tempoh 2 tahun akan datang?. Tolong berikan pandangan.

  17. boomerkk
    13 Julai 2009 at 5:02 am

    Perlu buat perbandingan jangka panjang bukan untuk setahun sahaja.

    Berapa pulangan *bersih* Ittikal 1998-2009?
    Bandingkan dgn ASB?

    ASB
    * 1993: Dividend=9.00, Bonus=4.50*
    * 1994: Dividend=9.00, Bonus=4.50*
    * 1995: Dividend=10.0, Bonus=3.00*
    * 1996: Dividend=10.25, Bonus=3.00*
    * 1997: Dividend=10.25, Bonus=1.25*
    * 1998: Dividend=8.00, Bonus=2.50*
    * 1999: Dividend=10.5, Bonus=1.50*
    * 2000: Dividend=9.75, Bonus=2.00*
    * 2001: Dividend=7.00, Bonus=3.00*
    * 2002: Dividend=7.00, Bonus=2.00**
    * 2003: Dividend=7.25, Bonus=2.00**
    * 2004: Dividend=7.25, Bonus=2.00**
    * 2005: Dividend=7.25, Bonus=1.75**
    * 2006: Dividend=7.30, Bonus=1.25**
    * 2007: Dividend=8.00, Bonus=1.00**

  18. edi
    21 Julai 2009 at 4:40 pm

    ada ke investment yg lg best drp public mutual?

    • zahalee
      30 Julai 2009 at 4:18 pm

      Ada, baca post terbaru saya, macam mana guna loan ASB utk pulangan lebih 40%

  19. seluang
    5 Ogos 2009 at 6:48 pm

    macam mana ha nak melabur kat public mutual? bagus bunyinya.

  20. 8 Ogos 2009 at 10:17 pm

    salam seluang,
    adik aku agen PM. Lps kakak aku masuk 5k disember lepas, bulan 7 thn ni dpt dividen RM500, dan kwn dia plak masuk 10k bln 4(masa harga tgh jatuh), awal bln ni dpt pulangan 2k. Akupun apa lagi,dah lama teringin, baru dapat tunggakan gaji bln ni, semalam aku masuk 4k kat adik aku. harga sekitar 84sen, ok la tu, tak tinggi sgt. Kalo ikut adik aku, nak untung banyak, tggu dlm tempoh 3 tahun. Aku dah lama tgk review Public mutual ni, sejak zaman belajar lagi, tapi takkan nak guna duit ptptn…ni bila dah ada duit lebih sket, masuk je, risiko dia rendah…namapun unit amanah, bukan mcm swiss cash ke,apa ke bala…dua bulan masuk dpt bonus kaw2, tup2 diharamkan…tak payah la nak untung cepat2..sedangkan kerugian yg menunggu. ASB aku dah tak masuk dah,tinggal rm64je, he,he. sb ustaz farid ravi dah pesan, memang melibatkan investmen tak halal…

  21. Azhari
    12 Ogos 2009 at 10:14 pm

    Salam semua,

    aku nak dptkan sedikit info ttg public ittikal,
    kalu sesape tau tolong bagitau:-

    1-harga offer price semasa launching
    2-harga teritnggi pernah capai
    3-harga terendah pernah capai

    TQ

    • Mostar
      14 Julai 2010 at 5:29 pm

      Salam semua,

      aku nak dptkan sedikit info ttg public ittikal,
      kalu sesape tau tolong bagitau:-

      1-harga offer price semasa launching <– RM1.00 kot.
      2-harga teritnggi pernah capai <– Saya masuk RM1.32
      3-harga terendah pernah capai <– Penah tengok RM0.58

  22. 1 Julai 2012 at 10:16 pm

    baru belajar mohon bantuan nya

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: