Utama > ASB, Pelaburan, Saham, Unit Amanah > Ittikal vs ASB

Ittikal vs ASB

Dana Ittikal dan ASB adalah instrumen pelaburan yang sesuai utk jangka panjang. Pulangan Ittikal utk tempoh 10 tahun (bermula Jan 1998 hingga Dis 2007) adalah 308 peratus iaitu 3x pelaburan asal. Untuk tempoh yg sama, ASB memberikan pulangan sekitar 8 peratus setahun, maknanya 216 peratus untuk tempoh 10 tahun, iaitu 2.16 kali ganda pelaburan asal.

Jika anda melabur dlm Ittikal RM10,000 pada 2 Jan 1998, nilainya pada 31 Dis 2007 ialah RM30,800, manakala jika anda menyimpannya dalam ASB pula nilainya ialah RM21,600.

Jadi betulkah ASB ni pelaburan tanpa risiko? Pada pendapat saya, risikonya tetap ada. Dalam contoh di atas, risikonya adalah anda kehilangan peluang pulangan sebanyak RM9,200 (perbezaan pulangan Ittikal dan ASB utk 10 tahun lalu). Bagaimana pula dgn Ittikal, apakah risiko yang ada? Harga unit Ittikal bergantung kpd prestasi pasaran saham, maknanya risiko tu memang wujud, pulangannya mungkin sangat rendah 0%, atau lebih teruk lagi -50%, tetapi kemungkinan ini terlalu rendah. Kebarangkalian utk memperolehi pulangan 50% ke atas adalah lebih tinggi.

Untuk post akan datang saya akan cuba melihat prestasi dana lain untuk tempoh 10 tahun yg lalu utk perbandingan.

  1. Fadlil Hisham
    12 Februari 2008 at 11:27 am

    macam mana nak masuk Dana Ittikal nie yer..??
    Rasa intersted lak nak masuk. Boleh citer sikit tak..??

  2. zahalee
    13 Februari 2008 at 10:21 am

    Pergi mana-mana cawangan Public Bank atau Public Mutual, bagi tau nak beli unit trust. Pelaburan pertama minimum RM1,000. Lepas tu boleh labur minimum RM50 atau RM100 setiap bulan, bergantung kpd jenis dana.

    Atau lawat laman web http://www.publicmutual.com.my

  3. Faizai
    22 Mac 2008 at 11:09 pm

    Askum:-

    Saya masih baru dalam soal pelaburan. Jadi kalau soalan saya jauh dari ‘standard’ soalan2 kat sini harap2 ada la juga yang sudi menjawab.

    Katakan saya melabur dalam ITTIKAL sebanyak RM10k. Dalam tempoh setahun (katakan) agihan keuntungannya adalah 37%. Adakah ini bermakna dalam tempoh setahun wang saya di dalam pelaburan tersebut akan menjadi RM10k (asal) + RM3700 (agihan keuntungan) = RM13700?

    Sekiranya pengiraan di atas adalah benar, adakah keuntungan pada hujung tahun kedua akan dikira dari nilai RM13700 seperti berikut:

    RM13700 x 37% (andaian bahawa agihan keuntungan sama seperti tahun sebelumnya)
    = RM5069 (Keuntungan pada hujung tahun kedua)

  4. cikgueko
    22 Mac 2009 at 6:53 am

    salam…pada saya asb lebih untung kerana duit yg disimpan tak hilangdan boleh ambil bila2 masa, tiada caj macam ittikal, kalau jatuh tak boleh jual, asb tak ada masalah. pada saya penuhkan simpanan asb dahulu dan baru simpan publicmutual…ini kerana kalau rugi di ittikal kita masih tak rugi di asb. wassalam…

    • 3 Jun 2010 at 11:43 pm

      ASB ok..tapi kat situ ada unsur was-was yang bersangkut paut dengan halal dan haram..Unit Amanah Public Mutual terutamanya dana islamik mmg konfem bersih daripada unsur2 haram.

      • zahalee
        4 Jun 2010 at 10:49 pm

        Rujuk post saya tentang fatwa utk ASB.

  5. boomerkk
    13 Julai 2009 at 4:59 am

    Salam, cuma nak perbetulkan kiraan tu:

    Pulangan ASB JAUH MELEBIHI 8% setahun dari 1998-2007.
    Ni kiraan dia:
    * 1993: Dividend=9.00, Bonus=4.50*
    * 1994: Dividend=9.00, Bonus=4.50*
    * 1995: Dividend=10.0, Bonus=3.00*
    * 1996: Dividend=10.25, Bonus=3.00*
    * 1997: Dividend=10.25, Bonus=1.25*
    * 1998: Dividend=8.00, Bonus=2.50*
    * 1999: Dividend=10.5, Bonus=1.50*
    * 2000: Dividend=9.75, Bonus=2.00*
    * 2001: Dividend=7.00, Bonus=3.00*
    * 2002: Dividend=7.00, Bonus=2.00**
    * 2003: Dividend=7.25, Bonus=2.00**
    * 2004: Dividend=7.25, Bonus=2.00**
    * 2005: Dividend=7.25, Bonus=1.75**
    * 2006: Dividend=7.30, Bonus=1.25**
    * 2007: Dividend=8.00, Bonus=1.00**

    Perlu tunjuk performance Ittikal termasuk 2008 dan 2009 sekali – tahun2 kejatuhan NAV begitu teruk.

    Wallahualam

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: