Utama > Macam-macam > 10 Dana Unit Trust Terbaik 2007

10 Dana Unit Trust Terbaik 2007

Menurut senarai terbaru yg dikeluarkan oleh MorningStar Asia Ltd, sehingga 18 Jan 2008 (utk tempoh 1 tahun), berikut adalah pulangan 10 dana equiti unit trust Islamic terbaik 2007:

1. ING Ekuiti Islam: 45.05%
2. CIMB-Principal LT Dana Mubarak: 41.44%
3. RHB Islamic Growth: 41.17%
4. CIMB Islamic Eq: 39.64%
5. CIMB Islamic DALI Eq: 39.15%
6. PB Islamic Equity: 39.11%
7. Public Islamic Opportunities: 39.11%
8. MAAKL Al-Faid: 37.73%
9. PRUdana al-ilham: 36.27%
10. PB Islamic Asia Equity: 36.23%

Empat dana memperolehi 5 bintang kerana kadar volatiliti yg paling rendah iaitu CIMB Islamic DALI Eq, MAAKL Al-Faid, MAAKL Syariah Index, dan Public Ittikal masing-masing dgn pulangan 39.15%, 37.73%, 31.99% dan 19.11%.

Jadi terpulang kepada pelabur utk menilai dana yg paling sesuai utk mendapatkan pulangan yg paling optimum. Prestasi ini tidak menjamin utk pulangan akan datang.

Kategori:Macam-macam
  1. 30 Januari 2008 at 1:30 pm

    Bagus betul senarai ni kalau nak buat rancangan pelaburan .. macam mana nak tengok senarai-senarai lain kat morningstar .. cari tak jumpa la plak .. boleh kot bagitau camna nak cari .

    tq.

  2. zahalee
    31 Januari 2008 at 10:44 am

    Dlm BizWeek the Star keluaran Saturday, tapi bukan setiap minggu.

  3. 9 Februari 2008 at 12:00 am

    Public Mutual tak listed ke? Aku ingatkan unit trust diorang paling top?

  4. zahalee
    11 Februari 2008 at 8:22 am

    Public Mutual menguruskan dana no 6, 7 dan 10.

  5. najib
    26 Februari 2008 at 5:27 pm

    salam. sdr zahalee. saya ingin bertanya bagaimanakah keuntungan dalam pelaburan unit amanah ini dikira? adakah simpanan dalam unit ini bertambah secara tahunan mengikut compund interest? contohnya CMS Islamic menunjukkan pulangan 88.86% dlm 1 tahun. Adakah ini bermakna nilai simpanan unit asal akan bertambah 188.86% selepas 1 tahun?

  6. najib
    26 Februari 2008 at 5:28 pm

    saya ingin bertanya? dana unit amanah yang manakah yang menjadi pilihan no.1 saudara? Buat masa sekarang dana unit amanah yang manakah yang boleh memberikan keuntungan paling maksimum dan rekod yg stabil? dan apakah faktor2 yg mempengaruhi pemilihan seseuatu dana unit amanah tersebut?apakah yang dimaksudkan dgn kadar votaliti?

  7. zahalee
    3 Mac 2008 at 11:08 am

    Sdr Najib,

    Memang ya. Jika pulangan 50% (cth 1 tahun) utk pelaburan RM10,000. Maka keuntungan adalah RM5,000. Iaitu jumlah akhir ialah 150% (RM15,000). Jika tahun kedua pulangan 50% lagi, maka jumlah terkini (termasuk keuntungan baru) dikira drp baki akhir tahun sebelumnya iaitu RM15,000 x 150% = RM22,500.

    Dana terbaik terkini saya belum dapat maklumat.

    Secara peribadi, saya memilih dana yg diurus oleh Public Mutual kerana prestasi yg konsisten. Lagipun servis mereka baik (boleh beli drp Public Mutual atau Public Bank, bank yg saya rasa memberikan servis terbaik di Malaysia). Maklumat senang dapat drp laman web publicmutual.com. Jadi saya mengambilkira bukan shj pulangan, tetapi servis pengurus dana tsb.

    Kadar volatiliti adalah ukuran kadar turun naik harga sesuatu unit amanah. Semakin besar julat harga terendah dan tertinggi dalam tempoh tertentu, semakin tinggi kadar volatilitinya, dan begitulah sebaliknya. Saya lebih suka memilih dana yg kadar volatilitinya rendah, kerana sangat sukar untuk memastikan kita membeli pada harga terendah dan menjual pd harga tertinggi.

  8. najib
    3 Mac 2008 at 8:57 pm

    Salam.
    Seperti yang saudara katakan sebagai contoh jika pulangan 50% (cth 1 tahun) utk pelaburan RM10,000. Maka keuntungan adalah RM5,000. Jadi adakah keuntungan atau dividen RM5,000 (1 tahun) ini dibayar secara tunai dalam akaun seperti prosedur yg dilakukan oleh ASB? adakah ianya dalam bentuk unit tambahan? atau adakah kita perlu menjual unit saham untuk mendapatkan keuntungan 50% itu?(adakah ini bermakna harga unit saham meningkat 50% dlm 1 thn) . Minta saudara perjelaskan………..

  9. zahalee
    5 Mac 2008 at 8:09 am

    Tidak seperti ASB, sdr perlu menjual unit tsb utk mendapatkan keuntungannya. Kerana keuntungan diperolehi melalui kenaikan harga setiap unit dlm dana tsb. Sbg contoh, jika harga belian adalah 80 sen, selepas kenaikan 50%, anda boleh menjualnya pada harga selepas kenaikan 50% iaitu RM1.20.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: