Arkib

Archive for Mac 2008

Agihan Pendapatan ASM dan ASG berakhir 31 Mac 2008

Pada 27 Mac 2008, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008 untuk dana Amanah Saham Malaysia (ASM) dan Amanah Saham Gemilang (ASG).

Pelabur ASM menerima agihan pendapatan 7.8 sen berbanding 6.8 sen pada tahun sebelumnya.

Bagi dana ASG, pemegang ASG-Pendidikan akan menerima pengagihan pendapatan 7.00 sen seunit (2007:6.50 sen seunit), ASG-Kesihatan 7.25 sen seunit (2007:6.75 sen seunit) dan ASG-Persaraan menerima 6.75 sen seunit (2007:6.25 sen seunit).

Pembayaran pengagihan pendapatan itu akan dilaksanakan menerusi pelaburan semula dalam unit tambahan ASM dan dikreditkan secara automatik dalam akaun pemegang unit, 1 April ini.

Saya tidak sama ada agihan pendapatan dana ASG akan memberi sebarang nilai tambah, kerana biasanya bagi dana yang harga seunit tidak tetap, setiap agihan pendapatan akan diikuti dengan penurunan harga seunit. Tidak seperti ASB dan ASM, pendapatan akan diperolehi dengan agihan wang tunai.

Advertisements

Penyata Tahunan KWSP 2007

22 Mac 2008 2 comments

Penyata tahunan KWSP akan dihantar dalam bulan April dan Mei selepas dividen terkini dikreditkan ke dalam akaun pencarum.

Dividen dikreditkan pada 1 Mac menurut pengurus kanan Nik Afendi Jaafar melalui temubual dengan The Star. Pencarum boleh menyemak melalui perkhidmatan online.

Pencarum KWSP juga boleh mendapatkan penyata akaun melalui kiosk pintar di pejabat KWSP terpilih dan cawangan Bank RHB.

Pencarum kini boleh mendaftar dan mendapatkan kod pengaktifan serta merta di semua pejabat KWSP atau Kiosk Pintar tanpa perlu mendaftar secara online terlebih dahulu, seperti yang diamalkan sebelum ini.

Petikan daripada The Star (21 Mac 2008).

Rekod Dividen dan Bonus ASB 1990 – 2007

5 Mac 2008 2 comments

Berikut adalah rekod agihan dividen dan bonus sejak 1990 hingga yg terbaru tahun 2007.

Tahun Dividen + Bonus
2007  8.00 + 1.00
2006  7.30 + 1.25
2005  7.25 + 1.75
2004  7.25 + 2.00
2003  7.25 + 2.00
2002  7.00 + 2.00
2001  7.00 + 3.00
2000  9.75 + 2.0
1999  8.5 + 1.5 + 2 (2% adalah bonus istimewa)
1998  8.00 + 2.50
1997  10.25 + 1.25
1996  10.25 + 3.0
1995  10.0 + 3.00
1994  9.50 + 4.50
1993  9.00 + 4.50
1992  7.50 + 5.00
1991  8.50 + 4.00
1990  8.00 + 6.00

Kategori:ASB, Pelaburan