Utama > Macam-macam, Pelaburan > Penyata Tahunan KWSP 2007

Penyata Tahunan KWSP 2007

Penyata tahunan KWSP akan dihantar dalam bulan April dan Mei selepas dividen terkini dikreditkan ke dalam akaun pencarum.

Dividen dikreditkan pada 1 Mac menurut pengurus kanan Nik Afendi Jaafar melalui temubual dengan The Star. Pencarum boleh menyemak melalui perkhidmatan online.

Pencarum KWSP juga boleh mendapatkan penyata akaun melalui kiosk pintar di pejabat KWSP terpilih dan cawangan Bank RHB.

Pencarum kini boleh mendaftar dan mendapatkan kod pengaktifan serta merta di semua pejabat KWSP atau Kiosk Pintar tanpa perlu mendaftar secara online terlebih dahulu, seperti yang diamalkan sebelum ini.

Petikan daripada The Star (21 Mac 2008).

  1. nazirah
    25 Mac 2008 at 12:04 pm

    Assalamualaikum,
    Saya telah di datangi oleh agen Public mutual yang mencadangkan agar saya melabur di dalam unit trusts yang di benarkan oleh KWSP. Saham yang di cadangkan adalah
    1) Public Islamic Equity Fund
    2) Publis Islamic Select Treasure dan
    3) Publis Islamic Dividen.

    Memandangkan saya seorang yang baru di dalam area Unit Trusts ini, saya ingin mendapatkan pandangan dan nasihat dari pihak saudara. Apakah Unit Trust yang terbaik untuk jangka masa panjang (5-10thn).
    Saya sedar setiap UT mempunyai risiko dan bergantung kepada tujuan atau risiko yang sanggup diambil individu yang melabur. Pandangan dari pihak saudara amat saya hargai. Jika saudara, yang mana satukah pilihan UT yang akan dipilih?

    Terima Kasih di atas kesudian saudara berkongsi…

  2. zahalee
    28 Mac 2008 at 8:59 am

    Secara peribadi saya akan pilih Public Islamic Equity Fund (sebab ia terlebih dahulu dilancarkan dan rekodnya agak baik).

    Apapun bergantung kepada risiko yang kita sanggup ambil. Kena ambilkira kos caj belian, senarai saham yang dibeli oleh dana tsb dan harga NAV terkini (lebih rendah maknanya lebih murah).

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: