Arkib

Archive for April 2008

Kenapa Melabur dalam Unit Trust?

28 April 2008 Tinggalkan komen

Melabur dalam unit trust memberi banyak kelebihan. Saya senaraikan 7 manfaat unit trust.

1. Pengurusan professional.
Dana unit trust diuruskan oleh mereka yang profesional. Individu profesional ini bekerja secara sepenuh masa untuk memastikan dana yang dilaburkan memberikan pulangan yang terbaik.

2. Penyebaran risiko.
Kelebihan utama unit trust sebenarnya adalah penyebaran risiko. Unit trust dilaburkan dalam pelbagai sector saham, bon dan sekuriti. Ini dapat mengurangkan risiko, jika prestasi sesuatu sektor kurang memberangsangkan, prestasi sector yang lain akan dapat membantu memberikan imbangan pulangan yang lebih baik.

3. Sesiapa saja mampu melabur dalam unit trust.
Anda hanya memerlukan modal permulaan yang rendah iaitu RM1,000. Malah terdapat dana yang hanya memerlukan pelaburan permulaan serendah RM500. Selepas itu pelabur boleh melaburkan sebarang amaun. Ini membolehkan sesiapa sahaja membuat pelaburan dalam unit trust.

4. Mudah tunai.
Unit yang dilaburkan boleh ditunaikan bila-bila masa. Tidak seperti instrument pelaburan yang lain, anda akan memperolehi nilai tunai unit yang dijual hampir serta-merta.

5. Selamat.
Pelaburan dalam unit trust adalah selamat, kerana dana tersebut tidak dibenarkan membuat pinjaman untuk membuat sebarang pelaburan. Lagipun semua dana unit trust dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk melindungi kepentingan pelabur.

6. Tidak memerlukan perhatian khusus.
Anda tidak perlu memperuntukkan masa yang khusus setiap hari untuk mengendalikan usuran pelaburan dana, kerana semuanya dilakukan oleh pengurus dana yang dipertanggungjawabkan. Ini membolehkan pelabur untuk memperuntukkan masa mereka kepada aktiviti lain.

7. Pulangan yang menarik.
Setakat ini, pulangan daripada unit trust sangat menarik. Pulangan sehingga 12 peratus adalah normal, malah terdapat dana yang memberi pulangan yang lebih tinggi jika pasaran saham adalah baik. Walaupun ada masanya pulangan kurang baik, tetapi dalam jangka panjang pulangan unit trust adalah jauh lebih baik daripada simpanan tetap.

Jadi, apa yang perlu anda buat? Bertindaklah. Bila? Sekarang.

KeTAhUi TEkNiK pELaBurAN UNIT TRUST YanG sEbEnAR! KLIK di sINi!

Hak Bertenang – Melabur tak melabur, lama-lama…

21 April 2008 1 komen

Ramai pelabur yang menyimpan dalam unit trust tidak mengetahui apakah hak-hak mereka selepas membuat pelaburan. Satu daripada hak pelabur yang mungkin kurang diberi perhatian oleh pelabur adalah Hak Bertenang atau (Cooling-Off Period).

Bagi pelabur yang menyimpan dalam dana Public Mutual buat pertama kali, mereka dibenarkan untuk menukar fikiran dan membatalkan pelaburan dalam tempoh 6 hari urus niaga dari tarikh penerimaan borang permohonan. Pelabur akan mendapat semula bayaran balik dalam tempoh 10 hari.

Tapi jangan pulak berubah fikiran terlalu kerap, kelak langsung tak melabur pulak!

Prinsip Kos Purata

20 April 2008 Tinggalkan komen

Prinsip Kos Purata adalah teknik pelaburan tetap yang terkawal bagi meminimumkan kos pelaburan dalam sesuatu unit trust. Pelabur hanya perlu melabur jumlah wang tetap untuk suatu tempoh tertentu. Apa yang berlaku ialah apabila pasaran meningkat maka jumlah unit yang diperolehi adalah kurang, tetapi jumlah unit akan lebih banyak apabila pasaran merosot. Hasilnya, pelabur akan dapat membeli unit pada harga purata.

Andaikan seorang pelabur menyimpan sebanyak RM100 setiap bulan untuk tempoh setahun. Bandingkan Jadual 1 dan Jadual 2.

Jadual 1: Kes Pasaran Menaik

Bulan Harga seunit (NAB) Jumlah Unit
1 0.50 200.00
2 0.53 188.68
3 0.56 178.57
4 0.60 166.67
5 0.62 161.29
6 0.64 156.25
7 0.66 151.52
8 0.67 149.25
9 0.68 147.06
10 0.69 144.93
11 0.70 142.86
12 0.71 140.85

Modal pelaburan = RM1,200
Unit terkumpul = 1,927.93
Kos purata seunit = RM0.62

Jadual 2: Kes Pasaran Menurun

Bulan Harga seunit (NAB) Jumlah Unit
1 0.70 142.86
2 0.68 147.06
3 0.66 151.52
4 0.65 153.85
5 0.64 156.25
6 0.62 161.29
7 0.60 166.67
8 0.58 172.41
9 0.56 178.57
10 0.54 185.19
11 0.52 192.31
12 0.50 200.00

Modal pelaburan = RM1,200
Unit terkumpul = 2007.98
Kos purata seunit = RM0.60

Kesan yang dapat dilihat ialah pelabur akan dapat membeli unit pada harga purata iaitu tidak terlalu mahal dan tidak juga terlalu rendah. Teknik ini juga mengurangkan risiko pelabur membeli sesuatu unit pada harga yang terlalu tinggi.

Gandakan Wang anda dengan Unit Trust. Kik Di Sini

Kategori:Unit Amanah

Kerajaan setuju PTK dimansuhkan

18 April 2008 1 komen

17 April 2008.

Kerajaan setuju menerima 5 daripada 6 tuntutan Cuepacs. Hanya tuntukan honorarium RM2,000 tidak diterima kerana dikhuatiri akan menggalakkan kenaikan harga barang, seperti yg berlaku sebelum ini. Tuntutan yang diterima:
1. Peperiksaan PTK dimansuhkan.
2. Umur persaraan wajib dilanjutkan kepada 60 tahun.
3. Pemberian semula elaun kritikal.
4. Pemberian semula elaun perumahan.
5. Bayaran pencen berdasarkan tahun perkhidmatan sebenar.

Cuma yang belum pasti apakah bentuk baru penilaian, setelah PTK dilupuskan.

GANDAKAN WANG ANDA DENGAN UNIT TRUST

Kategori:Macam-macam

Dana Unit Trust Islamik

11 April 2008 Tinggalkan komen

Saya hanya menyenaraikan dana yang diuruskan oleh Public Mutual, kerana sumber maklumat yang mudah diperolehi di http://www.publicmutual.com.my.

Setakat ini dana Islamik atau patuh syariah yang dalam pengurusannya termasuklah:
A. Dana Ekutiti
1. Public Ittikal Fund (Ittikal)
2. Public Islamic Equity Fund (PIEF)
3. Public Islamic Opportunities Fund (PIOF)
4. Public Islamic Dividend Fund (PIDF)
5. Public Asia Ittikal Fund (PAIF)
6. Public Islamic Asia Dividend Fund (PIADF)

B. Dana Imbang
7. Public Islamic Balanced Fund (PIBF)

C. Dana Bon
8. Public Islamic Bond Fund (PIBF)
9. Public Islamic Enhanced Bond Fund (PIEBF)

D. Dana Pasaran Wang
10. Public Islamic Money Market Fund (PIMMF)

E. Dana siri PB
11. PB Islamic Equity Fund (PBIEF)
12. PB Islamic Bond Fund (PBIBF)

Hukum Pelaburan ASB

10 April 2008 2 comments

Secara amnya, terdapat dua pendapat yang berbeza:

1) Pandangan Yang Mengharuskan

Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.

Teks keputusan fatwa Perak berbunyi [1] :-

Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :

“Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL”.

Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :

1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan begi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang bermuamalah atas jalan ‘Qirad. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.

a- Ihya Ulumiddin

b- Al-Fawaid al-Janiah Fi Al-Ashbah Wa An-Nazair ‘Ala Mazhab As-Syafie

2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek. ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.

Teks fatwa Negeri Sarawak pula berbunyi [2] :-

Ahli mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN).

2) Fatwa Yang Mengharamkan

Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor. Teks mereka adalah seperti berikut [3] :-

1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
” Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara’ ”

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya

” Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara’, maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara’. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.

Sumberi dipetik drp http://www.zaharuddin.net

3) Pendapat SAYA

Terpulanglah kpd masing-masing, saya pulak bukan pakar dlm bidang ni, jadi tak berani nak bagi komen. Melaburlah untuk hari ESOK!

Kategori:Macam-macam

Hanya 4,701 pelabur ASB melebihi RM500,000

8 April 2008 Tinggalkan komen

Berdasarkan rekod setakat 31 Disember 2007, seramai 6,354,043 telah menyertai ASB. Pecahan pegangan unit adalah seperti berikut:

Kategori Bilangan Pelabur Jumlah Pelaburan
1. RM5,000 ke bawah 5,004,065 RM2,690,241,885
2. RM5,001 – 10,000 394,271 RM2,554,608,947
3. RM10,001 – 50,000 688,091 RM14,109,891,500
4. RM50,001 – 500,000 262,915 RM33,025,745,704
5. RM500,001 ke atas 4,701 RM2,827,916,363
Jumlah pelaburan RM55,208,404,399 (55.2 bilion)

Anda termasuk dalam kategori mana? Adakah kategori 5 atau 1? Yang pastinya paling ramai pelabur adalah dalam kategori 1 iaitu 78.75%. Kategori 5 pula hanya 0.07% (tidak sampai pun 0.1%).

Kategori:Macam-macam