Rumah > ASB, Pelaburan, Unit Amanah > Cara Pengiraan Keuntungan Unit Trust

Cara Pengiraan Keuntungan Unit Trust

Terima kasih kepada pembaca yang sudi memberikan komen dalam blog ini. Salah satu komen tersebut bertanyakan tentang cara mengira keuntungan unit trust.

Sebenarnya keuntungan melabur dalam unit trust dikira berdasarkan harga seunit semasa bagi dana tertentu. Sebagai contoh, seorang pelabur membeli 1,000 unit dalam dana Ittikal pada harga 50 sen, ini bermakna kos belian adalah RM500. Setahun kemudian harga terkini bagi seunit dana Ittikal meningkat kepada 80 sen. Ini bermakna pelabur tersebut telah memperolehi keuntungan 30 sen bagi setiap unit, iaitu keuntungan keseluruhan sebanyak RM300 (0.30 x 1,000 unit). Sebaliknya jika harga seunit turun kepada 40 sen, bermakna pelabur kerugian sebanyak 10 sen setiap unit iaitu sebanyak RM100 kerugian keseluruhan (0.10 x 1,000 unit).

Berbeza dengan dana yang unitnya berharga tetap seperti ASB (RM1 setiap unit). Keuntungan diperolehi melalui agihan dividen dan bonus yang biasanya diagihkan kepada pelabur pada setiap hujung tahun. Unit trust pula bergantung kepada keadaan pasaran saham semasa, yang secara langsung memberi kesan terhadap harga setiap unit bagi sesuatu dana unit amanah.

Gandakan Wang anda dengan Unit Trust. Klik Di Sini

About these ads
Categories: ASB, Pelaburan, Unit Amanah
  1. zurin
    27 Jun 2008 at 9:26 pm | #1

    saya sgt tertarik dengan unit trust investment.tetapi saya tak tahu macammaner nak mula melabur.saya “zero” pasal pelaburan.hope en. blh tlg saya.

  2. Bun Yan
    19 Julai 2008 at 11:59 pm | #2

    Untuk mula buat pelaburan sebaiknya minta informasi dpd Perunding Unit Amanah berlesen. Sekarang adalah masa sesuai beli saham menurut pendapat Penasihat Ekonomi di sebuah syarikat pengurusan aset antarabangsa-Michael Preiss Penasihat Ekonomi African Asset Management Ltd (rujuk artikel akhbar Berita Harian 14 Julai 2008 dalam ruang ‘Ekonomi’.
    Perlu tahu pelaburan unit trust ada risikonya manakala memberi pulangan yang baik . Pilih dana mengikut objektif pelabur. Ada dana agresif, moderate & konservatif.
    Cara nak melabur mudah je. Isikan form yang boleh didapati dpd Perunding Unit Trust.

    BunYan, Unit Trust Consultant of Public Mutual.

  3. Aida
    14 Julai 2010 at 8:48 am | #3

    saya ada melabur fund piadf pada 18/2/2008..tapi sampai sekarang still tak untung..apa perlu saya buat???tolong saya???

    • zahalee
      14 Julai 2010 at 9:36 am | #4

      Adat melabur. Kadang2 untung, kadang tu rugi. Malah ASB pun boleh rugi, sebab adakalanya dividen terlalu rendah bila unit trust bagi pulangan lebih 40% macam tahun 2009.

    • akmal
      31 Disember 2011 at 4:00 pm | #5

      switch

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 148 other followers

%d bloggers like this: