Utama > Macam-macam > Hukum Pelaburan ASB

Hukum Pelaburan ASB

Secara amnya, terdapat dua pendapat yang berbeza:

1) Pandangan Yang Mengharuskan

Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.

Teks keputusan fatwa Perak berbunyi [1] :-

Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :

“Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL”.

Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :

1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan begi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang bermuamalah atas jalan ‘Qirad. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.

a- Ihya Ulumiddin

b- Al-Fawaid al-Janiah Fi Al-Ashbah Wa An-Nazair ‘Ala Mazhab As-Syafie

2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek. ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.

Teks fatwa Negeri Sarawak pula berbunyi [2] :-

Ahli mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN).

2) Fatwa Yang Mengharamkan

Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor. Teks mereka adalah seperti berikut [3] :-

1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB
Keputusannya :
” Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara’ ”

1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah
Keputusannya

” Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara’, maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara’. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.

Sumberi dipetik drp http://www.zaharuddin.net

3) Pendapat SAYA

Terpulanglah kpd masing-masing, saya pulak bukan pakar dlm bidang ni, jadi tak berani nak bagi komen. Melaburlah untuk hari ESOK!

Kategori:Macam-macam
  1. lantoi
    16 Mac 2011 at 11:36 pm

    Salam saya tidak mahu menghuraikan lagi lebih lanjut soal hukum ASB nih sebab itu adalah urusan mereka yg pakar dalam bidang agama. Kita orang awam tidak diberatkan dengan soal yg kita tidak mahir.

    Cuma satu kelucuan yg saya nampak ialah yg analoginye boleh dibandingkan ialah macam kaunter CIMB bank yg tidak dlm senarai Syariah Compliance oleh SC begitu juga bank-bank conventional yg lain yg tedapat 2 car mereka membuat business iaitu cara islam dan konventional (Yg islamic berpayung dibawah syarikat konventional)

    So analoginye dengan UT swasta macam Public Mutual kan dana yg diuruskannya terbahagi kepada dana Islamic dan bukan Islamickan. begitu juga sesetengan UT swasta yg lain. Jadi apa bezanye dgn bank tadi Maka dapat disimpulkan Unit Trust swasta yg perniagaannya melibatkan 2 cara macam bank tadi tak sepatutye syariah compliance?? Sekadar analogi bagi mereka yg mau berfikir.

    Jadi kalau u org nak cari yg 100% syariah compliance carile UT swasta yg menguruskan 100% dana Islamic saje k Wallahualam

  1. 20 Oktober 2011 at 12:16 am

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: