Arkib

Archive for Mei 2008

Adakah Anda memerlukan Insuran?

Ada orang kata insuran ni pelaburan, sebab selain memperolehi perlindungan, kita juga akan mendapat keuntungan apabila polisi matang. Apa pendapat anda? Bagi saya, insuran bukan lah satu instrumen pelaburan yang baik. Sebab utama adalah kerana pulangan yang sangat rendah.

Tapi, adakah semua orang memerlukan insuran? Sebenarnya, hanya mereka yang menyara tanggungan memerlukan insuran. Jika anda tiada tanggungan, lebih baik labur saja dalam ASB atau unit trust, saham atau hartanah. Ini termasuklah mereka yang masih bujang. Jangan terperangkap dengan polisi perlindungan yang tidak masuk akal, seperti perlindungan pendidikan, perlindungan anak-anak dan sebagainya. Yang perlukan polisi adalah penyara keluarga bukannya ahli keluarga yang disara.

Kesimpulannya, insuran hanya sesuai untuk perlindungan, bukan untuk pelaburan. Jadi polisi insuran yang paling sesuai ialah “Term Policy”.

Cara Mudah perolehi Pendapatan Pasif RM100 sebulan

2 Mei 2008 2 comments

Apakah yang dimaksudkan pendapatan pasif? Pendapatan pasif adalah pendapatan yang dihasilkan tanpa anda melakukan sebarang kerja. Contohnya, pendapatan dividen, bonus, sewa rumah dsbnya. Jadi macam-mana nak perolehi pendapatan pasif RM100 sebulan.

Cara yang paling mudah adalah dengan melabur dalam ASB. Simpan setiap bulan sehingga jumlahnya mencecah RM15,000. Selepas itu tunggu setiap hujung tahun kerana dividen akan diberikan sekitar 8% yang nilai tunainya adalah RM1,200. Wang RM1,200 ni boleh dikeluarkan RM100 setiap bulan sebagai pendapatan pasif. Mudah dan selamat. Cuma anda kena perlu sabar kerana untuk mencecah RM15,000 dengan menyimpan RM100 setiap bulan, anda memerlukan tempoh selama 10 tahun (termasuk dividen 8% setahun dalam tempoh tersebut). Tapi yang seronoknya, pada hujung tahun ke-10, anda telah memperolehi pendapatan pasif RM100 sebulan, dan anda tidak perlu menyimpan lagi. Tapi kalau anda memilih untuk terus menyimpan, pendapatan pasif anda akan bertambah lagi.

KeTAhUi TEkNiK pELaBurAN UNIT TRUST YanG sEbEnAR! KLIK di sINi!

Jika anda hendak memendekkan tempoh 10 tahun tu, kena cari lah instrumen pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih tinggi. Ini yang agak sukar untuk dicari. Salah satu pelaburan yang berpotensi tinggi adalah unit trust, yang mampu memberikan pulangan sehingga 12%. Kalau ASB 8% anda kena tunggu 10 tahun, dengan unit trust anda berpeluang memendekkannya kepada 7 tahun sahaja pada kadar pulangan 12%. Apapun pilihan ditangan anda.