Utama > Pelaburan, Unit Amanah > Kelayakan Pelaburan Skim KWSP

Kelayakan Pelaburan Skim KWSP

Kelayakan Pengeluaran Pelaburan Ahli

Mulai 1 November 2007, KWSP telah melaksanakan beberapa pembaharuan dalam SKIM KWSP secara berperingkat di bawah inisiatif strategik ’Bukan Hanya Simpanan’ seperti mana yang diperuntukkan  di bawah Akta KWSP 1991 (pindaan 2007).  Ini termasuklah  inisiatif untuk memperkenalkan Simpanan Asas bagi menentukan amaun yang layak dilaburkan oleh ahli daripada Akaun 1 di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli (PPA).

Definisi Simpanan Asas
Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM120,000 pada umur 55 tahun.  Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi simpanan asas dalam produk dan menerusi insititusi pelaburan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan.

Syarat-syarat Yang Ditetapkan

  • Mulai 1 Februari 2008, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah PPA tidak melebihi 20% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1.
  • Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan sekali dan jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
  • Jumlah Simpanan Asas dan contoh pengiraan adalah seperti jadual dibawah.
  • Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.

Jumlah Simpanan Asas Dalam Akaun 1

Umur (Tahun)

Simpanan Asas
(RM)

Umur (Tahun)

Simpanan Asas
(RM)

18

1,000

37

34,000

19

2,000

38

37,000

20

3,000

39

41,000

21

4,000

40

44,000

22

5,000

41

48,000

23

7,000

42

51,000

24

8,000

43

55,000

25

9,000

44

59,000

26

11,000

45

64,000

27

12,000

46

68,000

28

14,000

47

73,000

29

16,000

48

78,000

30

18,000

49

84,000

31

20,000

50

90,000

32

22,000

51

96,000

33

24,000

52

102,000

34

26,000

53

109,000

35

29,000

54

116,000

36

32,000

55

120,000

Contoh Pengiraan Kelayakan

Ahli

Umur

Simpanan di dalam Akaun 1 (RM)

Simpanan Asas (RM)

Pengiraaan: Simpanan Akaun 1 – Simpanan Asas x 20%

Kelayakan Ahli

A

22

4,000

5,000

Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas.

B

22

8,000

5,000

(8,000 – 5,000) x 20% = RM600

Ahli tidak layak memohon. Amaun kelayakan minimum kurang RM1,000.

C

25

20,000

9,000

(20,000 – 9,000) x 20% = RM2,200

Ahli layak memohon. Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM2,200.

D

40

40,000

44,000

Ahli tidak layak memohon. Simpanan di Akaun 1 kurang daripada simpanan asas.

E

45

100,000

64,000

(100,000 – 64,000) x 20% = RM7,200

Ahli layak memohon. Amaun kelayakan minimum RM1,000 dan maksimum RM7,200.

Sumber: www.kwsp.gov.my

  1. rushh
    19 Ogos 2008 at 1:09 pm

    adakah simpanan dlm kwsp x mndpt interest..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: