Arkib

Archive for Julai 2008

Beli Petrol untuk Pelaburan

9 Julai 2008 2 comments

Sejak kenaikan petrol pada 5 Jun yg lalu, ramai yang merungut tentang kenaikan inflasi kesan drp kenaikan tsb.

Tapi jika dilihat drp prespektif yg lain, petrol sebenarnya adalah salah satu instrumen pelaburan yg mampu memberikan pulangan yg lumayan.

Berikut dalah kronologi kenaikan harga petrol di Malaysia sejak 1990.

Sebelum 90 – RM 0.89
Tahun 1990 – RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 – RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 – RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 – RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 – RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 – RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 – RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 – RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/06/2008 – RM 2.70 ( kenaikan RM 0.78 )

Andaikan anda membeli 1 liter petrol pada 30/09/2000 pada harga RM1.10, selepas menyimpannya selama 7 tahun setengah, nilai seliter petrol tersebut telah meningkat kpd RM2.70 iaitu kenaikan sebanyak 145%. Peratusan ini jauh lebih tinggi berbanding jika anda menyimpan dlm ASB yang hanya memberi pulangan sekitar 78% utk tempoh yang sama (andaian purata pulangan dividen 8% setahun).

Masalahnya anda memerlukan stor penyimpanan yg sesuai utk membeli petrol dlm kuantiti yg banyak. Apapun kaedah pelaburan ini tidaklah mustahil dilakukan. Jadi, berani mencuba?

Selamat melabur.

Kategori:ASB, Pelaburan

200 Juta unit tambahan untuk Amanah Saham Didik (ASD)

4 Julai 2008 3 comments

Bermula selasa 1 Julai 2008, ASNB menawarkan 200 juta unit tambahan untuk pelaburan dalam ASD. Tiada sebarang had pelaburan ditetapkan. Bakal pelabur boleh lah mengambil peluang ini untuk membuat pelaburan tambahan, memandangkan harga saham yang kian murah pada masa ini.

KLCI telah mencatat harga termurah sejak 15 bulan lalu. Peluang baik untuk pelabur yang masih ada tunai untuk dilaburkan.

Selamat melabur.

Agihan Pendapatan bagi 9 dana Public Mutual

1 Julai 2008 1 komen

Bagi tempoh kewangan berkahir 30 Jun 2008, Public Mutual mengisytiharkan pengagihan untuk 9 dana seperti berikut:

Dana

Agihan Kasar / Unit

Interim *

Akhir

Jumlah

PB Growth Fund

9.00 sen

5.00 sen

14.00 sen

PB Asia Equity Fund

3.25 sen

3.25 sen

PB Islamic Asia Equity Fund

2.00 sen

2.00 sen

PB Balanced Fund

10.00 sen

5.00 sen

15.00 sen

PB Fixed Income Fund

5.75 sen

5.75 sen

PB Islamic Bond Fund

4.25 sen

4.25 sen

PB Cash Management Fund

3.00 sen

3.00 sen

PB Islamic Cash Management Fund

3.00 sen

3.00 sen

Public Islamic Money Market Fund

2.00 sen

2.00 sen

* diisytiharkan pd Dis December 2007 dan dibayar pd Jan 2008.

PB Growth Fund, PB Balanced Fund dan PB Fixed Income Fund adalah pemenang anugerah The Edge-Lipper Malaysia Fund Awards 2008, menduduki tangga No. 1 utk pulangan 5-tahun dalam kategori masing-masing utk tempoh berkahir 6 Jun 2008, menurut The Edge-Lipper Fund Table bertarikh  16 Jun 2008.

Manakala PB Islamic Asia Equity Fund dan PB Asia Equity Fund menduduki tangga No. 1 dan No. 3 masing-masing bagi pulangan 1-tahun dlm kategori msg-msg.