Utama > Macam-macam > Cara Tuntut Rebet Tunai Minyak

Cara Tuntut Rebet Tunai Minyak

Melabur dalam UNIT TRUST untuk Gandakan Wang anda

A. Cara terbaru:

Mulai 1 Ogos 2008, rebet tunai minyak boleh dituntut secara online di Pos Online, dengan syarat anda telah memperbaharaui Lesen Kenderaan Bermotor terlebih dahulu. Tiada sebarang caj dikenakan, dan bayaran terus dimasukkan ke dalam akaun bank penuntut selepas 1-3 hari bekerja.

B. Yang ni cara tradisional:

Prosedur untuk menuntut rebet tunai minyak di pejabat pos mulai 14 Jun ini;

  1. Perlu bawa kad pengenalan atau MyKad atau kad pengenalan polis/tentera.
  2. Pemilik asal kenderaan sahaja.
  3. Maksimum lima kenderaan persendirian bagi setiap pemilik.
  4. Penuntut perlu mengisi butiran seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor pendaftaran kenderaan pada borang yang hanya terdapat di pejabat pos.
  5. Mereka yang memiliki lebih daripada satu kenderaan, perlu mengisi borang berasingan bagi setiap kenderaan.
  6. Kakitangan Pos Malaysia akan mengesahkannya dengan sistem pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk menentukan kelayakan rebet tunai itu.
  7. Pihak ketiga tidak dibenarkan membuat tuntutan bagi pihak pemilik kenderaan.

Selain membuat bayaran tuntutan secara tunai, Pos Malaysia juga menyediakan kemudahan bayaran rebet tunai menerusi kiriman wang.

Bagi mendapatkan bayaran melalui kiriman wang, pengguna perlu melakukan prosedur yang sama tetapi dikehendaki menulis alamat tetap atau alamat surat menyurat serta nombor telefon pada borang untuk dihubungi sebelum memasukkan borang mereka ke dalam tong atau kotak yang disediakan di pejabat pos.

Tempoh masa maksimum penerimaan bayaran melalui kiriman wang pos adalah tujuh hari. Borang yang dimasukkan dalam kotak itu akan diproses pada hari yang sama. Pemilik kenderaan boleh menunaikan kiriman wang di pejabat pos yang berhampiran atau masukkan ke dalam akaun bank persendirian.

Bagi tempoh Fasa 1, pemilik kenderaan yang telah membeli atau memperbaharui cukai jalan dari 1 April hingga 31 Mei tahun ini boleh membuat tuntutan mulai Sabtu ini sehingga 31 Mac tahun depan.

Bagi Fasa 2, pemilik kenderaan yang membeli atau memperbaharui cukai jalan dari 1 Jun tahun ini sehingga 31 Mac, 2009, boleh membuat tuntutan bagi rebet tunai di semua pejabat pos mulai 1 Julai.

Semua pejabat pos akan beroperasi dari 8.30 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Sabtu kecuali di Kedah, Kelantan dan Terengganu berikutan Jumaat merupakan cuti hujung minggu. Pejabat pos ditutup pada Sabtu pertama setiap bulan dan juga pada cuti umum.

Prosedur tuntutan rebet tunai minyak ini dijelaskan oleh Pemangku Pengarah Urusan Pos Malaysia Berhad Datuk Abu Huraira Abu Yazid. Maklumat lebih lanjut dan borang tuntutan rebet tunai ini boleh diperolehi di laman web Pos Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan baru-baru ini pemilik kereta sehingga 2,000cc, serta pikap, trak dan jip sehingga 2,500cc, akan mendapat rebat RM625 bagi setiap kenderaan manakala motosikal 250cc akan menerima RM150, sebagai meringankan beban mereka berikutan kenaikan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter.

Gandakan Wang anda dengan Unit Trust. Jangan lepaskan peluang!! Klik Di Sini

Kategori:Macam-macam
  1. wal
    28 Oktober 2008 at 10:36 pm

    kalau kete atas nama isteri bolehke saya g ambil..kalau boleh, apa yg perlu dibawa..online pula bagaimana?

  2. elly
    1 November 2008 at 2:54 pm

    ayah saya ada 2 kereta yg di beli cash.geran sudah ada pd ayah saya.tapi nama hak milik belum di tukar.cuma insurans atas nama ayah saya.boleh ke ayah saya dapat rebat tunai

  3. zahalee
    3 November 2008 at 2:54 pm

    Setahu saya, tuntutan rebet adalah berdasarkan nama pemilik pada geran kereta.

  4. mohd rosli bin husin
    4 November 2008 at 6:47 pm

    Saya mempunyai kereta yang menggunakan petrol dan gas adakah saya layak menerima rebet bagi kenderaan itu.

  5. 31 Disember 2008 at 8:45 pm

    isteri saya memohon atas wakil dan bank in melalui bsn tapi tak masuk pun rebet

  6. manfeez
    10 Mac 2009 at 3:38 pm

    slam.sy br beli moto jun taun lepas..tp smpi skrg sy x tuntut rebet lg….sbb sy x pasti sy layak ke x tuntut rebet…..lyk ke?dia tarikh tutup 31.3 kn?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: