Arkib

Archive for Oktober 2008

Harga Minyak Petrol dan Diesel Turun Lagi

15 Oktober 2008 Tinggalkan komen

Lebih awal daripada yang dijangkakan, harga minyak petrol dan diesel diturunkan lagi mulai hari ni.

Harga petrol RON97 diturunkan kepada RM2.30 dan diesel pula kepada RM2.20. Adalah dijangkakan, trend harga minyak akan turun lagi berdasarkan harga pasaran minyak dunia yang kian menurun. Di pasaran New York, harga minyak mentah jatuh di bawah USD79 pada Selasa 14 Oktober 2008.

Pasaran saham KLCI pula masih dalam keadaan aliran tidak menentu. Terdapat banyak saham berkualiti dijual pada harga yang sangat murah, sehingga ada yang mencapai 50% diskaun. Masa untuk membeli-belah di pasaran saham. Anda bagaimana?

Kategori:Macam-macam

Harga Petrol akan turun 12 sen

12 Oktober 2008 Tinggalkan komen

Berdasarkan harga purata bulanan petrol setakat ini, Datuk Shahrir Samad menyebut kemungkinan penurunan harga petrol maksimum sebanyak 12 sen pada hujung bulan Oktober 2008 ini. Ini bermakna petrol RON97 akan berharga RM2.33 seliter. Penurunan maksimum ini boleh dilakukan sekiranya harga purata bulanan petrol dunia berada pada paras US104 per barrel.

Kategori:Macam-macam