Arkib

Archive for November 2008

Harga petrol, diesel turun 15 sen lagi

1 November 2008 Tinggalkan komen

31 Oktober 2008, 5.24pm

Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa esok.

Sehubungan itu, harga runcit petrol dan diesel adalah seperti berikut:

•  Petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter;

•  Petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter; dan

•  Diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Dalam satu kenyataan hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penurunan itu dibuat ekoran harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhir-akhir ini.

Ada penjimatan sebanyak 3 ringgit drp sebelum ini, bagi mereka yg mengisi minyak 20 liter setiap kali seperti saya. 10 liter 21.50 ringgit, 20 liter 43 ringgit. Sebelum ni, saya kena bayar 46 ringgit. Purata saya isi 8 kali utk sebulan, maknanya jimat 24 ringgit. Masalahnya, harga barang masih belum turun lagi.

Berita baiknya, harga saham masih menurun, jadi boleh lah shopping sikit beli saham-saham yg murah tu. Unit trust pun ada harga diskaun sekarang ni. Jadi kalau ada duit lebih, boleh lah shopping sikit di Bursa ni.

Advertisements