Arkib

Archive for Disember 2008

Harga Minyak Turun 10 sen

16 Disember 2008 Tinggalkan komen

Bermula hari ni harga minyak petrol dan diesel diturunkan lagi kepada 1.80 (petrol) dan 1.70 (diesel). Minyak mentah dunia pula berada di paras bawah USB50 buat masa ni.

Advertisements
Kategori:Macam-macam

Dividen dan Bonus ASB Tahun 2008

16 Disember 2008 2 comments

Hari ni PNB mengumumkan dividen ASB 7 sen dan bonus 1.75 sen untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2008. Jumlah yang diumumkan ni sebenarnya sangat menarik memandangkan keadaan ekonomi dunia yang kurang memberangsangkan ketika ini.

Tahun lepas dividen 8 peratus tapi bonus rendah sedikit iaitu 1 peratus.

Tahniah kepada pelabur ASB. Dan selamat melabur kepada semua!

KWSP vs Saham

3 Disember 2008 Tinggalkan komen

Mana yg lebih untung? Menyimpan dalam KWSP atau melabur dalam saham.

Hari ni saya terbaca satu artikel drp The Star yg agak menarik menyentuh topik ini. Secara ringkasnya, penulis artikel tsb menyarankan pelabur membiarkan simpanan dalam KWSP, kerana pulangan yang agak setimpal dengan risiko yang rendah berbanding jika melabur sendiri dalam saham.

Data perbandingan adalah antara tahun 1986 – 2008 (23 tahun). Pulangan saham adalah lebih tinggi sedikit iaitu 2.3% lebih tinggi berbanding KWSP. Tetapi dalam tempoh yang sama, kadar volatiliti KWSP hanyalah 1.5% berbanding KLCI iaitu 23.7%.

Ada benar jugalah pendapat penulis artikel tersebut. Apapun, terpulanglah kepada para pelabur untuk membuat keputusan.

Pada saya, saya yakin peluang sekarang ketika pasaran sedang merudum adalah masa yg paling baik untuk membeli saham. Data-data lepas membuktikan pasaran saham akan kembali pulih, cuma tempoh ia kembali pulih tu, tiada siapa yg tahu.

Selamat melabur!

Harga Minyak Turun 10 sen

3 Disember 2008 Tinggalkan komen

Hari ni harga minyak kembali turun ke harga asal sebelum kenaikan pada bulan Jun. Tetapi, kalau mengikut harga pasaran minyak dunia, harga pam domestik sepatutnya sekita RM 1.40 – RM1.50.

Maknanya, kini pengguna motor memberi subsidi kepada kerajaan. Bilalah agaknya, harga minyak domestik ni benar-benar ikut harga pasaran. Kena tunggu lah lagi.

Pasaran saham pula masih berlegar di sekitar 800 – 900 mata (KLCI).

Kategori:Macam-macam, Saham