Arkib

Archive for Mac 2009

Mengukur Prestasi Unit Amanah

BAGAIMANA MENGUKUR PRESTASI UNIT AMANAH

Bagi mengukur prestasi tabung unit amanah, pelabur perlu memahami definasi asas pulangan pelaburan.

Jumlah Pulangan

Perubahan di dalam Nilai Aset Bersih (NAB), dengan andaian pengagihan pendapatan akan dilaburkan semula dan tiada transaksi jualan balik dibuat sepanjang tempoh tersebut.

Purata Pulangan Tahunan

Jumlah pulangan untuk tempoh tersebut di bahagikan dengan bilangan tahun dalam tinjauan.

Pulangan Pengagihan Pendapatan (bagi tabung unit amanah berharga tetap)

Pengagihan pendapatan dibahagikan dengan harga tabung, yang ditetapkan pada RM1.00 se unit.

Penanda Aras

Walaupun prestasi masa lalu tabung unit amanah tidak dapat menunjukkan prestasinya untuk masa hadapan, prestasi masa lalu sebuah tabung unit amanah boleh digunakan sebagai perbandingan dengan penanda aras dan tabung unit amanah lain yang mempunyai objektif pelaburan yang sama. Penggunaan penanda aras yang sesuai dengan objektif tabung atau kelas aset banyak memberi faedah kerana kelas aset yang berbeza mempunyai prestasi yang berlainan mengikut keadaan pasaran. Sebagai contoh, kebanyakkan tabung ekuiti melabur dalam ekuiti Malaysia menggunakan penanda aras Komposit Indeks Kuala Lumpur (KLCI) atau mana-mana indeks Bursa Malaysia. Bagi tabung imbang pula, ia akan menggunakan penanda aras yang mempunyai kombinasi kelas aset. Contohnya, 50:50 iaitu kombinasi KLCI dan 3-bulan KLIBOR. Apabila memilih tabung unit amanah, pelabur harus memilih tabung yang secara konsisten mencatat prestasi melebihi penanda aras atau pesaingnya.

Sumber petikan: Laman Rasmi ASNB

Advertisements
Kategori:Macam-macam

Prestasi dividen KWSP drp 2001 – 2008

Graf di bawah menunjukkan kadar dividen yang diumumkan oleh KWSP drp tahun 2001 hingga 2008.

p1-epfcht

Kategori:Pelaburan, Saham

Kadar dividen Amanah Saham Malaysia (ASM) 2008 6.25 sen seunit

Hari ini PNB mengumumkan kadar dividen bagi Amanah Saham Malaysia 6.25 sen bagi setiap unit. Walaupun agak rendah, berbanding dgn kadar sebelumnya, kadar ini sebenarnya agak baik setanding dengan dana UnitTrust yang lain. Lagipun prestasi pasaran saham yang merudum pada masa ini perlu juga diambilkira.

Gandakan Wang anda dengan UNIT TRUST

Kadar dividen KWSP 2008 4.5%

Kelmarin diumumkan kadar KWSP untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 adalah 4.5%, menurun berbanding 5.8% bagi tahun 2007.

Pada pendapat saya, kadar ini adalah agak baik memandangkan situasi pasaran saham yg agak merudum buat masa ini.

Buat Duit Internet dengan YouTube. KLIK DI SINI

Kategori:Pelaburan, Saham

Orang Terkaya di Malaysia 2009

T. Ananda Krishnan dan Tan Sri Robert Kuok secara bersama menjadi orang terkaya di Malaysia mengikut senarai Forbes yang terbaru, berada pada tangga no 62.

Kedua-duanya dianggarkan memiliki US7 bilion setiap seorang setakat 13 Feb.

Empat orang Malaysia yg turut tersenarai ialah Tan Sri Lee Shin Cheng (No. 234 dgn US2.7bil), Tan Sri Teh Hong Piow (No. 261 dgn US2.5bil), Tan Sri Quek Leng Chan (No. 376 dgn US1.9bil) dan Tan Sri Yeoh Tiong Lay sekeluarga (No. 397 dgn US1.8bil).

Sumber: Forbes

Gandakan Wang anda dengan UNIT TRUST

Kategori:Macam-macam

Lima Orang Terkaya di Dunia 2009

Lima org paling Kaya di Dunia:

1. Bill Gates, US40 bilion. US/Microsoft.

2. Warren Buffett, US37 bilion. US/Pelaburan.

3. Carlos Slim HelĂș, US35 bilion. Mexico/Telekomunikasi.

4. Lawrence Ellison, US22.5 bilion. US/Database Oracle.

5. Ingvar Kamprad, US22 bilion. Sweden/Kedai Ikea.

Sumber – Forbes

Kategori:Macam-macam

Kadar Pinjaman ASB terbaru

4 Mac 2009 2 comments

Saya baru check di website Maybank2u, terdapat 2 pakej terbaru pinjaman ASB efektif 1 Jan 2009 – 30 Jun 2009:
Pakej 1:
BLR – 1.35% (3 tahun pertama)
BLR – 1.30% (selepasnya)

Pakej 2:
BLR – 1.15% (5 tahun pertama)
BLR – 1.30% (selepasnya).

Kadar ini agak menarik juga utk dipertimbangkan memandangkan kadar BLR sekarang 5.55%. Maknanya utk pakej 1 tu, kadar bunga hanyalah 4.2%. Kalaun tahun 2009 ni, dividen ASB 7.5%, ada untung sedikit sekitar 3%. Kalau pinjam RM20,000, dapatlah dividen RM1,500. Tapi jumlah ni belum tolak kadar faedah yg dikenakan oleh bank.

Saya sendiri masih kurang berminat dgn kaedah pinjaman ASB. Sebab utamanya ialah tidak fleksibel, kalau simpan duit sendiri, boleh buat sesuka hati, mana lah tau ada peluang bisnes, boleh keluarkan duit tu sekejap. Tapi pinjaman ASB ni amat sesuai bagi mereka yg agak liat sikit utk membuat simpanan. Kalau guna kaedah hutang kena displin lah sikit, sekurang-kurangnya ada lah juga pelaburan walaupun dgn cara berhutang.

Ok, selamat mencuba melabur. Saham pulak makin merudum akhir-akhir ni, pastikan masih ada cash di tangan, boleh buat utk shopping kaunter saham Bursa. Bulan ni saya nak keluarkan sedikit drp EPF utk labur dalam unit trust, harga tengah murah ni, kena lah cekap utk rebut peluang.

Kategori:Macam-macam