Arkib

Archive for April 2009

Amanah Saham Bumiputra (ASB) Online

21 April 2009 72 comments

Mulai kelmarin, Isnin 8hb April 2009, Maybank menawarkan servis untuk pelabur ASB menambah pelaburan secara online melalui Maybank2u. Ini berita yg sangat baik sebenarnya utk pelabur ASB. Biasanya kaunter ASB ni, hanya satu yg dibuka dan kena beratur panjang pula. Bila ada online, senang sikit, jimat masa dan petrol. Cuma kena caj RM1 utk setiap transaksi. Tapi itu kira minima la, banding dgn terpaksa pegi ke kaunter utk buat simpanan.

Lagi satu kalau pegi luar negeri ka, atau outstation masih boleh buat pelaburan on time. ASB ni kena simpan selewat-lewatnya 7hb, supaya simpanan tu dikira utk bulan tsb. Kalau lewat, dianggap simpanan tu utk bulan depannya.

Amanah Saham Malaysia, tambahan 3.33 bilion unit

20 April 2009 Tinggalkan komen

Esok Selasa, 3.33 bilion unit tambahan Amanah Saham Malaysia akan ditawarkan kepada orang awam. Begitulah pengumuman oleh PM baru kelmarin.

ASM ni sebenarnya serupa dgn ASB. Cuma ia terbuka kepada semua, kalau ASB tu utk pelabur bumiputra shj. Dan bilangan unit belian tidak ada had, ASB maksimum RM200,000 shj. Cuma utk unit tambahan ni, setiap individu dihadkan boleh labur maksimum 20,000 unit ja. Kalau tidak nanti ada la pula, individu yg banyak duit simpan sampai 1 juta, nanti yg lain langsung tak dapat. Biasanya, unit-unit begini akan laris dlm masa 2-3 hari shj. Jadi cepat beratur di kaunter ASB esok.

Dan kalau simpanan ASB tu dah melimpah-limpah melebihi 200K, boleh lah labur dlm ASM pulak.

Lagi satu, ASW 2020 pulak kena tambah 2 bilion unit.

Kategori:Macam-macam

Gambar-gambar Proton Exora

16 April 2009 Tinggalkan komen

Proton Exora baru telah dilancarkan malam tadi. Harga antara RM70,000 hingga RM76,000.

exora1

aircondcolor airbags allseats seat-folding

Kategori:Kereta

Skim Pelaburan ASB Maybank (April 2009)

6 April 2009 194 comments

Tadi saya ada pegi Maybank utk tambah pelaburan ASB. Sambil tu ada ternampak phamplet utk Skim ASB terkini yang ditawarkan oleh ASB. Agak menarik juga utk dikaji.

Pinjaman RM10,000.

Tempoh Bayaran Bulanan
5 RM187
10 RM104
15 RM77
20 RM64
25 RM57

Saya ambik utk pinjaman RM10,000 shj. Utk jumlah yg lain tu boleh dapat dgn darabkan pekali dengan amaun bayaran bulanan. Contoh kalau pinjam:

Kes 1: RM25,000, tempoh 10 tahun:
Bayaran bulanan = 2.5 x 104 = RM260

Kes 2: RM70,000, tempoh 20 tahun:
Bayaran bulanan = 7 x 64 = RM448

Ini berdasarkan kadar faedah berikut:
BLR – 1.35% (3 tahun pertama)
BLR – 1.30% (tahun seterusnya)

Jadi faedahnya sekitar 5.55-1.35 = 4.2%.

Untuk kira keuntungan, bagi pinjaman RM10,000 utk 20 tahun:
Anggaran dividen ASB (2009) 7% = RM10000 x 7% = RM700.
Tolak bayaran bulanan: 64 x 12 = RM768.

Gandakan Wang anda dengan BIJAK MELABUR

10 Kaunter KLCI paling rugi

6 April 2009 8 comments

Berikut adalah senarai 10 kaunter KLCI yang paling rugi bagi suku pertama 2009. Axiata adalah nama baru bagi TMI selepas TM dipecahkan menjadi 2 entiti yang berasingan. Axiata tertumpu kepada “non-fixed line business”.

p3-stockcht

Seperti biasa, apabila pasaran saham pulih, ada kemungkinan antara kaunter ini yang akan memberi pulangan terbaik. Sama-sama kita tunggu kesudahannya nanti.

Sumber rajah: StarBiz

Gandakan Wang anda dengan UNIT TRUST

Kategori:Pelaburan, Saham