Arkib

Archive for Mei 2009

Unit ASM Laris Macam Pisang Goreng Panas

2 Mei 2009 6 comments

Kesemua 999 juta unit yg dihadkan kepada pelabur Cina habis dijual pada hari pertama sekitar 12 tgh. Unit untuk orang India pula hanya dibeli sekitar 10% iaitu 53.5 juta unit daripada 499.5 juta unit yg ditawarkan kepada mereka.

Pelabur Bumiputra pula hanya melabur 7.65 juta unit. Sama ada sudah terlalu kaya. Atau sudah tidak ada lagi baki untuk dilabur. Asyik tukar ganti kereta, macam mana nak labur. Umumnya, ramai yg sanggup belanja duit untuk kereta drp melabur. Malah ada yg masih belum beli rumah, tapi sudah ada kereta.

Kata Azizi Ali, kalau ada sebuah rumah, jalan menuju kekayaan sudah semakin dekat.