Utama > Macam-macam, Pelaburan, Unit Amanah > Unit ASM Laris Macam Pisang Goreng Panas

Unit ASM Laris Macam Pisang Goreng Panas

Kesemua 999 juta unit yg dihadkan kepada pelabur Cina habis dijual pada hari pertama sekitar 12 tgh. Unit untuk orang India pula hanya dibeli sekitar 10% iaitu 53.5 juta unit daripada 499.5 juta unit yg ditawarkan kepada mereka.

Pelabur Bumiputra pula hanya melabur 7.65 juta unit. Sama ada sudah terlalu kaya. Atau sudah tidak ada lagi baki untuk dilabur. Asyik tukar ganti kereta, macam mana nak labur. Umumnya, ramai yg sanggup belanja duit untuk kereta drp melabur. Malah ada yg masih belum beli rumah, tapi sudah ada kereta.

Kata Azizi Ali, kalau ada sebuah rumah, jalan menuju kekayaan sudah semakin dekat.

  1. anonymous
    23 April 2009 at 5:45 pm

    “Malah ada yg masih belum beli rumah, tapi sudah ada kereta”

    Kalau tak ada kereta macam mane nak pegi kerja? Ader orang perlu beli kereta dahulu, baru beli rumah!

  2. zahalee
    23 April 2009 at 7:23 pm

    Aku setuju. Tapi terpulang kpd masing-masing, sekadar bagi pandangan je.

    Aku prefer beli kereta terpakai dan jimat petrol. Bila dah ada lebih sikit, baru la upgrade. Itu pun lepas, dah labur dan ada simpanan sikit. Satu lagi, bila ada pinjaman rumah, boleh refinance, dan duit baki tu boleh guna utk beli kereta. Teknik ni boleh guna, supaya interest kereta rendah dan dapat beli cash, jadi banyak pilihan. Pinjaman rumah ni, reducing interest. Pinjaman kereta pulak, fix w/pun baki tinggal sedikit.

    Sebab tu aku cadangkan beli rumah dulu, lepas tu baru la beli kereta.

  3. anonymous
    25 April 2009 at 10:53 am

    “Pelabur Bumiputra pula hanya melabur 7.65 juta unit. Sama ada sudah terlalu kaya. Atau sudah tidak ada lagi baki untuk dilabur.”

    Rasanya kaum bumiputera lebih prefer ASB. Kalau ASB pun belum sampai 200K, kenapa perlu melabur dalam ASM?

  4. zahalee
    26 April 2009 at 10:08 pm

    Maknanya, memang tiada baki simpanan la tu utk simpan dlm ASM. Sebab quota ASB pun tak penuh.

  5. aziz
    28 April 2009 at 2:40 pm

    ASB dan seangkatan dgnnya hanya utk org yg tak tahu platform lain maksudku KLCI..
    utk 8% setahun yg dibagi ASB,KLCI dlm seminggu dah leh dapat,paling lama sebulan…

  6. 10 Jun 2009 at 10:13 am

    aziz, betul boleh dapat 8% dalam masa seminggu, tapi boleh jugak rugi 8% seminggu, bergantung risiko yang pelabur boleh tanggung, kalau jantung tak kuat, main unit trust jek.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: