Rumah > ASB > Pinjaman ASB (ASB Loan) memberi pulangan melebihi 40%

Pinjaman ASB (ASB Loan) memberi pulangan melebihi 40%

Sebelum ini saya telahpun membuat analisa tentang untung rugi loan ASB ni. Dan kesimpulannya, saya lebih suka menyimpan sendiri.

Gandakan Wang Anda dengan BIJAK MELABUR! KLIK DI SINI!

Tapi dalam post kali ni, saya membuat kesimpulan berbeza berdasarkan senario ekonomi buat masa ni. Sejak April 2009, Maybank telah membuat pakej baru utk loan ASB iaitu kadar faedah 4.25% (BLR-1.3) dgn tempoh maksimum 25 tahun. Secara kasar, pakej tidak banyak beza dgn sebelum ni, tapi saya telah buat kajian selama beberapa bulan dan akhirnya saya membuat kesimpulan yang mungkin sukar diterima. Tapi hakikatnya, kajian ini adalah berdasarkan angka, dan angka adalah fakta.

Dalam analisa ini, saya ambil kes pinjaman RM100,000 utk tempoh 25 tahun. Kadar faedah 4.25% (BLR 5.55-1.3) dengan jangkaan dividen ASB 7% untuk 10 tahun berturut-turut. Berikut adalah analisa yg saya dapat.

Tahun A: Bayaran bulanan
RM541.74x 12
B: Modal principal
12 bulan
C: Dividen tahunan D:Jumlah B+C Kadar pulangan
setahun (D/A)-A
1 $6,500.86 $2,295.22 $7,000.00 $9,295.22 43%
2 $6,500.86 $2,394.69 $7,000.00 $9,394.69 45%
3 $6,500.86 $2,498.47 $7,000.00 $9,498.47 46%
4 $6,500.86 $2,606.75 $7,000.00 $9,606.75 48%
5 $6,500.86 $2,719.72 $7,000.00 $9,719.72 50%
6 $6,500.86 $2,837.59 $7,000.00 $9,837.59 51%
7 $6,500.86 $2,960.56 $7,000.00 $9,960.56 53%
8 $6,500.86 $3,088.87 $7,000.00 $10,088.87 55%
9 $6,500.86 $3,222.73 $7,000.00 $10,222.73 57%
10 $6,500.86 $3,362.40 $7,000.00 $10,362.40 59%

Berdasarkan jadual di atas, tahun pertama memberi pulangan 43%, dan semakin bertambah sehingga 59% pada tahun ke-10. Modal principal adalah ekuiti atau pengurangan baki pinjaman yg kita bayar setiap bulan. Dividen akumulatif tidak diambil kira.

Setakat ni, saya belum jumpa lagi pelaburan yg risiko hampir zero tapi pulangan sangat tinggi. ASB loan adalah peluang yg tidak mungkin saya lepaskan kali ni. Yang paling penting, pelaburan cara ASB loan ni sangat mudah. Alternatif pelaburan cara mudah seperti Unit Trust juga boleh mengatasi pulangan sebegini, tapi risikonya lebih tingggi kerana ia bergantung kepada pasaran saham semasa.

Pengiraan ini tidak mengambil kira kos perlindungan insurans MRTA yg wajib diambil. Bagi saya, insurans MRTA ini adalah satu lagi peluang utk membeli insurans dengan kadar yg sangat rendah. Hanya sekitar RM10 sebulan, mengikut umur dan jantina. Lagipun kalau berlaku kematian, baki pinjaman akan dibayar sepenuhnya.

Risiko tetap ada apabila kadar faedah naik sehingga menyamai atau melebihi dividen ASB. Tapi buat masa sekarang saya agak yakin kadar BLR tetap pada kadar lebih rendah berbanding dividen ASB. Kajian saya menunjukkan, jika perbezaan kadar faedah dan dividen ASB adalah 1%, masih dapat pulangan 12% untuk tahun pertama. Perbezaan 2% memberi pulangan 29%. Tapi kalau sama, pulangan hanyalah sekitar 1%. Kalau kadar faedah melebih dividen ASB sebanyak 1%, kita rugi 10%. Maknanya, untug rugi ASB loan ni, sangat bergantung kepada kadar BLR dan dividen ASB. Yg baiknya, jika BLR naik terlalu tinggi, kita boleh cancel loan, tidak perlu tunggu sehingga tempoh matang 25 tahun. Sebab tu, jadual saya hanya membuat anggaran sehingga tahun ke-10. Ambil tempoh maksimum untuk pulangan yg paling tinggi, ideanya utk kurangkan kos bulanan. Sebagai contoh kalau ambil 20 tahun sahaja, pulangan hanyalah 38% berbanding 43% (bagi tahun pertama).

Saya sendiri baru apply loan ASB buat pertama kali minggu ni. Ambil maksimum RM200,000 utk tempoh 25 tahun. Locking period 2 tahun, maknanya tahun ke-3 saya ada pilihan utk sambung atau cancel.

Selamat melabur.

PEMBETULAN
Terdapat pembetulan utk jadual di atas, kerana saya tidak mengambil kira potential dividen gain yg boleh diperolehi oleh modal principal. Jadual terbaru menunjukkan angka yg sangat berbeza secara drastik.

T A: B:
Equiti
gain
C:
Dividen
D:B+C E:
Potential
gain
of B
F:
Untung
D-E
%Untung
1 $6,500 $2,295 $7,000 $9,295 $246.49 $9,048 39%
2 $6,500 $2,394 $7,000 $9,394 $407.16 $8,987 38%
3 $6,500 $2,498 $7,000 $9,498 $746.70 $8,751 35%
4 $6,500 $2,606 $7,000 $9,606 $1,284 $8,321 28%
5 $6,500 $2,719 $7,000 $9,719 $2,043 $7,676 18%
6 $6,500 $2,837 $7,000 $9,837 $3,045 $6,792 4%
7 $6,500 $2,960 $7,000 $9,960 $4,315 $5,644 -13%
8 $6,500 $3,088 $7,000 $10,088 $5,882 $4,206 -35%
9 $6,500 $3,222 $7,000 $10,222 $10,735 ($512.85) -108%
10 $6,500 $3,362 $7,000 $10,362 $16,761 ($6,398.75) -198%

Kesimpulannya, loan ASB ni, menguntungkan jika ambil maksimum period 25 tahun, tapi cancel pada tahun ke-6.

KEMASKINI TERKINI: 5 Oktober 2010
Kalau nak pulangan yang lebih tinggi, kini RHB menawarkan pakej EasyRHB, anda hanya perlu bayar interest untuk 5 tahun pertama. Walaupun kadar faedah tinggi sedikit iaitu BLR-1% berbanding loan ASB yang biasa iaitu BLR-1.65%, tapi EasyRHB memberi pulangan ROI yg lebih tinggi kerana bayaran bulanan yg lebih rendah.

KEMASKINI TERKINI: 28 Mac 2011
Setelah post ini berumur hampir 20 bulan, ia menjadi post yang paling top. Saya membuat kesimpulan memang ramai pembaca yang ingin mengetahui teknik yang paling baik dan pantas  untuk memaksimakan keuntungan pelaburan dalam ASB. Selain daripada post ini, terdapat juga post terkini yang membincangkan topik yg berkaitan untuk memudahkan bakal pelabur untuk membuat rujukan iaitu:

1. Contoh Pengiraan DIVIDEN dan BONUS ASB

2. Pulangan Easy-ASB Loan 30%

3. Untung Rugi Pinjaman Asb (Asb loan)

4. Pengiraan Dividen ASB 2010 – Dividen 7.5 sen, Bonus 1.25 sen

Seperti yang saya jangkakan, kadar BLR telah naik pada tahun 2010, tetapi masih pada kadar rendah. Pakej asb loan pula ada yg menawarkan sehingga BLR-1.65, sangat murah dan masih rendah berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Tahun 2011 pun , BLR dijangka naik, tapi saya masih optimis, teknik ASB loan dengan tempoh maksimum dan amaun maksimum akan memberikan keuntungan paling maksima. Kini pula ditawarkan pakej ASB Loan yg patuh syariah oleh bank rimau, jadi pelabur telah mempunyai pilihan. Pakej Easy-RHB masih mendahului pakej yg lain kerana memberi pulangan yg paling tinggi dari aspek Return On Inverstment (ROI). Saya masih lagi optimis, BLR dijangka tidak akan naik mendadak untuk 3 tahun akan datang kerana sebab-sebab berikut:

1. Ekonomi dunia masih belum pulih sepenuhnya.
2. US masih terkial-kial, sedang melaksanakan QE2, dan bercadang untuk buat QE3. Kadar faedah akan dikekalkan rendah supaya tidak mengganggu pertumbuhan ekonomi.
3. Di Eropah pula, negara PIGS (Portugal, Iceland, Greece, dan Spain) akan terus menjadi duri dalam daging. Bank-bank Eropah akan terus mengekalkan faedah yang rendah.
4. Di Asia, Jepun yang merupakan kuasa ekonomi ke-3 terbesar selepas dipintas oleh China sedang bergelut dengan pemulihan infrastruktur selepas bencana Gempa Bumi, Tsunami dan Nuklear a.k.a Tri-Disaster. Istilah “Yen carry trade” mula kedengaran semula. Maknanya kemudahan pinjaman tanpa faedah akan dilancarkan kembali.
5. Di Malaysia pula, sebagai negara yang kuasa ekonominya terlalu kecil, tidak akan mampu menaikkan kadar faedah secara mendadak. Kemungkinan BLR akan dinaikkan hanyalah untuk mengekang kadar inflasi, tapi pada masa yang sama bank negara akan memastikan ianya tidak terlalu tinggi supaya tidak mengganggu pertumbuhan ekonomi.

Kesimpulannya, risiko BLR akan naik mendadak terlalu tinggi masih terlalu rendah untuk 2-3 tahun akan datang. Ini menjadikan teknik ASB loan masih memberi pulangan lumayan pada risiko rendah buat masa ini.

Gandakan Wang Anda dengan BIJAK MELABUR! KLIK DI SINI!

KEMASKINI TERKINI: 11 MEI 2011
Bermula hari ini 11 Mei 2011, BLR dan BFR telah dinaikkan kepada 6.6%, maknanya ansuran bulanan untuk loan asb akan bertambah, tapi masih pada kadar yang lebih rendah berbanding dividen asb. Jadi masih untung walaupun kurang sedikit berbanding tahun 2010.

NOTA: Penulis bukanlah seorang pakar ekonomi. Bukan juga pakar kewangan. Malah bukan juga pakar bidang perniagaan. Membuat kesimpulan berdasarkan interpretasi sendiri tentang keadaan ekonomi dunia sekarang. Latarbelakang pendidikan penulis adalah Computer Science dan Robotics. Jadi, jika analisis di atas terbukti tidak tepat atau istilah yang digunakan tidak betul, komen amatlah dialu-alukan agar perbincangan yg lebih sihat dan idea-idea  yang bernas dapat dilontarkan.

About these ads
Categories: ASB
  1. sobri
    15 Disember 2011 at 3:32 pm | #1

    jika ingin tahu bagaimana dari Tunai-Emas-ASB-Emas = Untung.. 012-550930

  2. ronald
    18 Disember 2011 at 4:58 pm | #2

    Yang berada di sekitar Subang, silakan ke RHB EASY Subang Perdana. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-78430193. Cawangan ini dibuka 7 hari seminggu dari pukul 9 ke pukul 7.

  3. hehe
    19 Disember 2011 at 4:18 pm | #3

    KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

    Agihan pendapatan berkenaan lebih tinggi berbanding tahun lalu yang sebanyak 7.50 sen seunit.
    Pemegang unit boleh mengemaskinikan buku pelaburan mulai 3 Januari 2012

    • Lantoi
      19 Disember 2011 at 9:54 pm | #4

      HEHEHEHEH, mana kau dapek berito ni… hehehehe aku harap lebih lagi. tengoklah esok lusa

  4. orang baru
    19 Disember 2011 at 10:03 pm | #5

    Dah confirm 7.65 dan bonus 1.15… dah terpapar di kaca TV….sodihhhh nya.. ingat kan sampai 9%… bersyukur juga lah dari tak naik langsung dan berbandingkan ngan Public mutual yg tak naik2 sampai sekarang…

  5. AMIR
    20 Disember 2011 at 4:45 pm | #6

    kira ok la org baru..mngkat la dr stare 2 jew..wah utg aku asb loan.kayo2

  6. khai
    23 Disember 2011 at 1:27 pm | #7

    salam en zahalee, saya baru je buat asb loan 150 k mybank… lepas 2 tahun saya nk cancel loan 2…. brapa saya dapat semua skali termasuk dividen. time kasih

  7. 10 Januari 2012 at 7:28 pm | #8

    percaya atau tidak skim amanah saham bumiputera boleh memberi income RM16000 setahun bersamaan RM1330 sebulan kepada pelaburnya…tak nak tahu ke cara nya?? jommm menyimpan duit dengan cara yg bijak bersam CIMB Bank…

    Skim Amanah Saham Bumiputera: Kenapa ASB loan ?

    skimamanahsahambumiputera.blogspot.com

  8. hehe…
    18 Januari 2012 at 12:00 pm | #9

    mmg saya percaya…sebab sy dah laluinya…

  9. aini
    20 Januari 2012 at 5:17 pm | #10

    saya baru je pegi bank rimau 2 hari lepas dan tanya pasal loan asb, dia bagi table, maknanya bleh apply lagi la.. tp sy tak sempat nak tanya banyak sbb rushing pegi tempat lain pulak.. ingat nak buat loan dlm 60k selama 25 thn ok ke?

    • faja
      10 April 2012 at 11:22 am | #11

      boleh je..slagi dlm akaun asb tu xpnh..

  10. nurul
    22 Januari 2012 at 3:14 pm | #12

    sapa yang ingin buat loan Easy-ASB oleh RHB (Alor Setar/ Jitra/Changlon) sila call 0124701654 (nurul)-dapatkan keterangan dan apply loan asb tanpa keluarkan apa2 bayaran..proses yang cepat dan tiada caj tersembunyi.tq

  11. zul
    30 Januari 2012 at 10:09 pm | #13

    salam…bank mana yang tawarkan loan yang terbaik untuk asb ni? saya mampu bayar loan di bawah RM 400 sebulan sahaja sebab student lagi sekarang ni…tq

  12. 5 Mac 2012 at 10:39 am | #14

    biar pakzul jawab soalan zul …. ‘terbaik’ dr segi interest or pinjaman? . kalu interest, cimb ngan maybank (BLR-1.65%), tetapi kalau dr segi pinjaman ambil lah loan terpendek, so kurang sket membayar interest. Tapi kalu x mampu mcm pakzul ni, yg paling panjanglah yg terbaik coz ansuran bulanan kurang sket.

  13. fuhning
    16 Mac 2012 at 10:56 am | #16

    salam TT, ambo nk tanye sbb ambo konpius sgt. Mcm mane byk pendapat kate, klo wat loan ASB. Utk taun pertama je kene bayar gune duit sendiri. taun-taun berikutnya juz baya gune dividen yg kite dpt.

    sedangkan bile ambo wat kire-kire, xdpt lak mcm tu. pening ambo pikir..arap ade TT dan kekawan len leh bagi pencerahan.

    cth :
    pinjam 100k
    loan 10 taun start Jan 2010
    bulanan RM1058
    divident 7% bonus 1% (utk sepanjang 10 taun ni bg senang kire)
    setaun total kene bayar = RM1058 x 12 = RM12696

    dividen + bonus Jan 2011 : RM3437.50

    then kite kuarkan RM3437.50 tu utk bayar bg taun 2011. still kene tambah RM9258.50
    Next year akan dapat lg jumlah dividen dan bonus yg sama sbb kite dh kuarkn sume dividen utk wat pembayaran bulanan loan, so duit dlm ASB sentiasa sama = RM100k.
    camner tuh??

    • 17 Jun 2012 at 9:28 am | #17

      fuhning, camner kiraan yg awk buat utk kiraan divuden dn bonus tu…?mcm salahhh jer…anda perlu belajar mengira dividen dn bonus yg PNB byr…

  14. naufal
    16 Mac 2012 at 3:52 pm | #18

    fuhning :
    salam TT, ambo nk tanye sbb ambo konpius sgt. Mcm mane byk pendapat kate, klo wat loan ASB. Utk taun pertama je kene bayar gune duit sendiri. taun-taun berikutnya juz baya gune dividen yg kite dpt.
    sedangkan bile ambo wat kire-kire, xdpt lak mcm tu. pening ambo pikir..arap ade TT dan kekawan len leh bagi pencerahan.
    cth :
    pinjam 100k
    loan 10 taun start Jan 2010
    bulanan RM1058
    divident 7% bonus 1% (utk sepanjang 10 taun ni bg senang kire)
    setaun total kene bayar = RM1058 x 12 = RM12696
    dividen + bonus Jan 2011 : RM3437.50
    then kite kuarkan RM3437.50 tu utk bayar bg taun 2011. still kene tambah RM9258.50
    Next year akan dapat lg jumlah dividen dan bonus yg sama sbb kite dh kuarkn sume dividen utk wat pembayaran bulanan loan, so duit dlm ASB sentiasa sama = RM100k.
    camner tuh??

    utk yang ni, kalau xsilap ianya hanya applicable utk loan yang amik tempoh maksimum 20-25 tahun……sebab bayaran bulanan tu akan dapat dicover oleh dividen yang dapat setiap tahun…..pastu, ianya valid utk pinjaman yang start pada bulan Januari setiap tahun sahaja sebab xnak topup duit sendiri

    Kalau start loan lebih dari tu, tahun pertama bayar duit sendiri, tahun kedua pkai duit dividen TAMBAH duit poket sendiri bila xcukup……tahun ketiga baru boleh bayar full pkai duit dividen tanpa pkai duit sendiri sekiranya blr kekal…..

  15. Safin Aulia
    19 Mac 2012 at 12:42 am | #19

    Salam,tuan bagaimana status Syariah dan bukan syariah pelaburan ASB,ada tak saham ASB ini mematuhi patuh syariah? ada yang berkata hukumnya Harus dan ada mengatakan hukumnya Haram……apa pendapat tuan?

  16. 7 April 2012 at 11:42 am | #20

    cam na nak apply asb loan ni

    • faja
      10 April 2012 at 11:25 am | #21

      eniey..call saya 012-5246640 (faja) utk asb loan.. interest (BLR – 1.65%)

  17. faja
    10 April 2012 at 11:29 am | #22

    sesiapa yg berminat utk ASB LOAN (BLR – 1.65%) tempoh pinjaman sehingga 25 tahun..bayaran pinjaman serendah RM58 sahaja..just maintain 1 tahun bayaran..pastu dh boleh relaks..tetapi dgn syarat dividen ASB yg dpt tu pusing blk sehingga tempoh pinjaman..(kalo nk amik dividen pun boleh jg..tp kn byrn utk thn yg berkutnya la..) call saya kalau berminat 012-5246640 faja) area shah alam, klang,dan tmpt yg berdekatan..TQ

  18. 12 April 2012 at 11:00 am | #23

    confirm lulus?

    • faja
      15 April 2012 at 11:50 am | #24

      Insyaallah… berminat call saya 0125246640

  19. zerans
    13 April 2012 at 1:38 am | #25

    Slm, saya nk tnya, skg dlm asb ada 237 k.. asb loan 200k + 37k dlm buku..adakah pengiraan dividen di kira dari 200k atau 237k.. ingin kepastian.. klu dia kira base on 200k.. lebih baik saya labur 37k di tmpt lain…tq..

    • faja
      17 April 2012 at 11:29 am | #26

      zerans: mestilah 237k tu dikira..keuntungan dikira berdasarkan jumlah yg ada dlm asb..waaaa…byk tu kalo dpt dividen setiap tahun..tahniah..

  20. zerans
    24 April 2012 at 4:36 pm | #27

    tq faja, alhamdullilah..menabung selagi trmampu melakunya.

    • zerans
      24 April 2012 at 4:38 pm | #28

      Menabung selagi trmampu melakukan nya.

  21. Sofi
    3 Mei 2012 at 9:27 am | #29

    faja, tumpang tanya…saya dah bukak akaun ASB untuk anak yg berumur 2 & 6 tahun. Boleh ke ambik loan atas nama sy, tp utk akaun diorang (anak)?

    • faja
      8 Mei 2012 at 6:49 pm | #30

      salam..en.sofi..amik loan atas nama encik..so loan tu automatik msk dlm accn encik..tp sy sarankan encik buat loan tu & bila dividen dpt encik mskkan dlm accn ank2..

    • Syazwan
      21 Mei 2012 at 8:49 pm | #31

      xleh ag.. letak je 10k dlm acc anak2 . dh 18thn t br apply loan utk dorg

  22. remy
    3 Jun 2012 at 11:35 am | #32

    salam …saya nak berhenti loan asb 3thn..berapakah jumlah duit yg boleh dapat ditangan..sebulan saya bayar 1150 untuk 25thn loan…

    • faja
      3 Jun 2012 at 12:37 pm | #33

      selepas 3 tahun nk stop?? hmmm..mayb xbyk..sbb dia akan potong utk byr loan tu..+ denda..
      pastu byrn utk proses loan..(better ke bank utk maklumat lanjut) kt sn pihak bank akan check..

  23. Keyna
    4 Jun 2012 at 11:06 am | #34

    Salam. sy br pasang niat nk mula asb loan awl thn dpn. bila tgk blk jadual byrn bg RHB loan ASB, dh x de interest payment for 1st 5 years dh yer? Byrn tiap2 thn sama aje la yer.
    Ingat blh la dpt less byrn monthly sbb dh byk komitmen. mmg target hbs 5 thn nk stop, tp bila tgk jadual br mcm tu wlaupun buat max 25 thn kene la buat bajet blk. lgpun target pun byr tuk 1yr saje. Mcm mane nie? Brp plak klu buat dgn bank rimau bulanannye? mane lg untung?

  24. wan
    6 Jun 2012 at 5:14 pm | #35

    remy, sbelum berhenti loan asb 3thn, check dulu letter offer locking period dh lepas blom..klu lepas..ok..tak kena apa-apa penalti..

  25. 12 Jun 2012 at 2:34 pm | #36

    saya berumur 24 tahun.. gaji around 2.5k.. x de hutang lagi stkt ni..
    kereta dah abih bayar.. rumah belom beli..simpanan di ASB sekarang baru 40k..
    Nak tanya pendapat korang..
    1.Nak buat loan berapa utk ASB? 100k?150k?200k?
    2.Nak buat loan dgn Maybank / RHB/CIMB? othr bank?
    3.Interest based on principal or principal+interest?if principal, so,every month baik keluarkan dividen tu..
    4.ASB max 200k jer kan? If ada lebih nak melabur kat mana pulak? Tabung haji? or…??
    TQQQQQQQQ

    • faja
      18 Jun 2012 at 10:53 am | #37

      mencari pelaburan..
      awak topup ckit lg utk asb..xkisah bpe awk mampu..
      mn2 bank pun xkisah la..confirm lps..sbb awak dh hmpr settle hutang..
      asb utk maybank smpai 400k..cimb n rhb 200k je..

  26. LeenHassan
    18 Jun 2012 at 3:32 pm | #38

    mane lg dpt bnyk dividen sebenarnye? simpn kt ASB ke simpan kt Public mutual..sy agak confiuse tlng berikn jawapn…

  27. hehe…
    21 Jun 2012 at 3:01 pm | #39

    Kuala Lumpur: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasionak Berhad (PNB), mengumunkan agihan pendapatan sebanyak 6.6 sen seunit bagi Amanah Saham Didik untuk tahun berakhir 30 jun 2012, berbanding 6.5 sen tahun lalu.

  28. zam
    6 Julai 2012 at 11:17 pm | #40

    salam otai2 semua…
    katakan aku buat loan 200k utk tempoh 20thn, tapi selepas 10 thn aku nak berenti…berapa agaknya yg aku akan dapat balik?? 100k @ kurang dr 100k…

  29. hehe…
    12 Julai 2012 at 1:51 pm | #41

    LEBIH KURANG DAPAT 100K…KALAU blr MAINTEN MCM SEKARANG

  30. konfius
    31 Ogos 2012 at 8:11 pm | #42

    Salam..
    Nk tnye,student boleh wt loan asb x??
    Klau x boleh,,ad x ape2 pelaburan yg boleh student join..
    Tq.

    • suria
      4 September 2012 at 11:41 pm | #43

      Boleh asalkan akaun bank topup tiap2 bln coz xde slip gaji kan..he2.. Cntct me 4 details.. 01115788662..airus

  31. Tapak Sulaiman
    1 September 2012 at 1:00 am | #44

    Boleh bagitau tak, macam mana dapat kiraan ni $2,295. Equiti Gain.

  32. Ahmad
    9 September 2013 at 2:54 am | #45

    lepas bayar zakat 2.5% maka loan asb x braper best..yg best tu pasal mereka x bayar zakat haha

Comment pages
1 4 5 6 235
  1. 29 Mac 2011 at 7:01 am | #1

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 148 other followers

%d bloggers like this: