Arkib

Archive for Oktober 2009

Perbandingan Dividen ASW2020 dan ASM

28 Oktober 2009 2 comments

Kadar dividen Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) sejak 1999
2009 – 6.30
2008 – 7.00
2007 – 8.00
2006 – 6.80
2005 – 7.10
2004 – 7.00
2003 – 6.60
2002 – 7.25
2001 – 7.25
2000 – 8.80
1999 – 10.20

Kadar dividen Amanah Saham Malaysia (ASM) sejak 2001
2009 – 6.25
2008 – 7.80
2007 – 6.80
2006 – 6.75
2005 – 7.20
2004 – 7.00
2003 – 6.60
2002 – 7.00
2001 – 7.80

Advertisements

Tips Dapatkan RM100,000 dlm masa 5 – 9 tahun

23 Oktober 2009 17 comments

Berapa lamakah yg diperlukan utk mengumpul wang sejumlah RM100,000? Dengan melabur dlm ASB anda perlukan sekitar 9 tahun. Macam mana caranya?

Buat masa ni, bank-bank sedang menawarkan pakej pelaburan ASB yg sangat menarik, dengan kadar faedah sekitar 4% (BLR-1.55). Jadi dengan menggunakan instrumen ini, anda boleh memohon pinjaman ASB sebanyak RM100,000 dan ambil tempoh yg paling panjang (kalau Maybank sehingga 25 tahun). Bayaran bulanan hanya sekitar RM530. Dengan jangkaan dividen ASB sekitar 7% setiap tahun. Pelaburan tadi akan menjadi lebih RM108 ribu pada tahun ke-9.

Pengiraanya adalah seperti berikut:

Dividen utk 9 tahun: (1.07^9 x 100,000) – 100,000 = RM83,400

Equity gain selepas 9 tahun: RM25,400

Jumlah: RM83,400 + RM25,400 = RM108,800

Modal: RM530 x 9 x 12 = RM57,240

Pengiraan di atas, tidak mengambil kira kos insurans, iaitu sekitar RM30 sebulan. Insurans ni sebenarnya satu kelebihan juga, kerana amaun perlindungan yg besar tapi kos yg sangat rendah.

Kalau nak lebih cepat, boleh buat pinjaman maksimum iaitu RM200,000 dan tempoh maksimum juga iaitu 25 tahun. Bayaran bulanan sekitar RM1,050. Dengan jangkaan dividen ASB 7% setiap tahun, wang anda akan terkumpul melebihi RM106 ribu pada tahun ke-5.

Jadi, jangan tunggu lagi. Selamat melabur.

Kategori:ASB, Pelaburan