Utama > ASB, Pelaburan > Tips Dapatkan RM100,000 dlm masa 5 – 9 tahun

Tips Dapatkan RM100,000 dlm masa 5 – 9 tahun

Berapa lamakah yg diperlukan utk mengumpul wang sejumlah RM100,000? Dengan melabur dlm ASB anda perlukan sekitar 9 tahun. Macam mana caranya?

Buat masa ni, bank-bank sedang menawarkan pakej pelaburan ASB yg sangat menarik, dengan kadar faedah sekitar 4% (BLR-1.55). Jadi dengan menggunakan instrumen ini, anda boleh memohon pinjaman ASB sebanyak RM100,000 dan ambil tempoh yg paling panjang (kalau Maybank sehingga 25 tahun). Bayaran bulanan hanya sekitar RM530. Dengan jangkaan dividen ASB sekitar 7% setiap tahun. Pelaburan tadi akan menjadi lebih RM108 ribu pada tahun ke-9.

Pengiraanya adalah seperti berikut:

Dividen utk 9 tahun: (1.07^9 x 100,000) – 100,000 = RM83,400

Equity gain selepas 9 tahun: RM25,400

Jumlah: RM83,400 + RM25,400 = RM108,800

Modal: RM530 x 9 x 12 = RM57,240

Pengiraan di atas, tidak mengambil kira kos insurans, iaitu sekitar RM30 sebulan. Insurans ni sebenarnya satu kelebihan juga, kerana amaun perlindungan yg besar tapi kos yg sangat rendah.

Kalau nak lebih cepat, boleh buat pinjaman maksimum iaitu RM200,000 dan tempoh maksimum juga iaitu 25 tahun. Bayaran bulanan sekitar RM1,050. Dengan jangkaan dividen ASB 7% setiap tahun, wang anda akan terkumpul melebihi RM106 ribu pada tahun ke-5.

Jadi, jangan tunggu lagi. Selamat melabur.

Kategori:ASB, Pelaburan
  1. Liv
    27 Oktober 2009 at 5:41 pm

    Saya ada buat ASB loan RM100k dgn CIMB bulan Jun lepas. kadar faedah pada pendapat saya terbaik pada masa ini. 3.8% (5.55-1.75) for entire period loan. Masa tu ada promosi cimb. kalo sekarang xtau pulak. mmg target nak kumpul 100k dlm tempoh 10thn nih. InsyaAllah..

    • Z
      20 November 2009 at 1:13 pm

      ASB MAYBANK FAEDAH 2.9% JE…

  2. arie68
    10 November 2009 at 10:59 pm

    Sekadar nak bertanya, bank mana terbaik?

    • Z
      20 November 2009 at 1:15 pm

      MAYBANK…

  3. shasha
    17 November 2009 at 11:39 am

    Saya memang target untuk simpan RM100k dalam asb dalam tempoh 10 tahun. Tetapi saya lebih senang membuat potongan bulanan sebanyak RM 700 sebulan dan meningkat RM 50 setiap tahun.Ini kerana gaji kita setiap tahunkan naik. Jadi jangan enjoy. Kita mesti ingat akan komitmen untuk menyimpan. Sebagai contoh:-

    2001 – Simpanan bulanan RM700 x 12 = RM8400
    2002 – RM750 x 12 = RM9000
    2003 – RM800 x 12 = RM9600
    dan seterusnya…………

    Maka simpanan saya untuk tempoh 10 tahun akan datang adalah sebanyak RM 111,000.00
    Jadi saya tak perlu menanggung hutang bank untuk membayar hutang bulanan selama 20tahun. Genap 10 tahun saya akan berfikir untuk membeli hartanah pula. Ha, itu baru batul, kerana saya tiada hutang dengan bank untuk membolehkan saya membuat pinjaman loan perumahan pula. Ingat, menyimpan dan melabur adalah meletakan lebihan wang simpanan di dalam satu instrumen yang boleh disamping cuba menjana lebihan wang itu menjadi semakin banyak. Bukanlah jalan terbaik untuk melabur dan terikat denan hutang supaya menjadi kaya. Sekarang ni saya baru berumur 25 tahun dan masih belum berkahwin. Dan saya hanya ada lagi 3tahun untuk membolehkan impian saya menjadi kenyataan. Fikir-fikirkan la…….

    • Mr F
      29 November 2009 at 2:03 am

      Hai shasha boleh berkenalan? saya 27 thn…belum berkahwin jugak…eheheh..Skrg dah cukup 100k… aim 200k pula…. Dan saya hanya ada 3 tahun untuk membolehkan impian saya menjadi kenyataan.😀

    • HANISAH BINTI ISHAK
      31 Disember 2009 at 11:47 pm

      Saya setuju dengan pendapat anda.Baru ni saya pergi ke bank RHBbank. Saya baru tahu mengenai pinjaman untuk simpanan ASB ni, bunyinya sangat bagus untuk sesiapa yang belum mula menyimpan.Saya sudah ada menyimpan di dalam ASB tapi duit tu juga saya mahu gunakan untuk menambah rumah depan saya.Kemudian saya balik ke rumah dan fikir semula, bagaimana nak mencapai impian saya tanpa membayar hutang dan mengusik duit ASB saya.Saya cuba gunakan formula pinjaman ASB loan ni yang membayar hutang menggunakan dividen.Lebih baik saya pinjam personal loan dan saya gunakan dividen ASB untuk membayar hutang saya semula, kalau kena bayar pun mungkin tambah sikit je.Duit ASB pun tak usik, hutang saya dividen ASB bayar, saya pun dapat tambah rumah.Tapi pastikan anda ada simpanan ASB yang banyak dan nak pinjam bank pun tak banyak.

      • zahalee
        2 Januari 2010 at 3:36 pm

        Ramai yang masih keliru dgn konsep yg saya cuba ketengahkan di sini. Kelebihan pinjaman ASB yg sebenar adalah equity gain yg diperolehi apabila membuat bayaran bulanan. Selain drp dividen yg diperolehi setiap tahun, yg dikira berdasarkan jumlah pinjaman.

        Pinjaman ASB ni macam loan rumah juga, bezanya sewa dapat hujung tahun sekali saja. Rumah pula dapat sewa setiap bulan. Lagi satu harga rumah naik. ASB pula dapat dividen yg akumulatif.

  4. Z
    20 November 2009 at 1:12 pm

    BAGUS GAK TUU…

  5. Husna
    5 September 2010 at 8:41 am

    Boleh tak saya nak tahu cara pengiraan Equity gain sebenar?
    Memang sure ke? kalau selepas 2 tahun pinjaman, kita boleh terminte tanpa apa2x penalty?

    • zahalee
      9 September 2010 at 3:54 am

      Baca agreement dlm letter of offer sebelum sign loan agreement utk pastikan locking period. W/pun perjanjian ni standard, tapi ada branch yg memanjangkan tempoh locking dan ada yg menambah syarat juga.

  6. Munirah
    14 September 2010 at 3:49 pm

    Aslm en.zahalee..saya ada berbincang dgn suami mgenai asb loan. Dia yg perkenalkan blog ni. Cuma skrg sy kurang fhm jika kta melabur 200k, by the end of the locking period katakan 5 thn nk terminate loan, bank xkan charge ape2 ke? Then, duit simpanan dlm asb sy adalah 80k.(kalau + asb loan jd 280k, limit dlm asb kn 200k je?) sorry sbb baru sgt dgn topik ni n excited jgk bl dgr..hrp en.zahalee dpt tlg sy fahamkan benda ni. kalau dh smp bank, semuanya manis dari diorg…hehehe..t/kasih.

    • zahalee
      16 September 2010 at 12:54 am

      Limit 200K tidak termasuk dividen. Maknanya, simpanan + dividen boleh melebihi 200K. Sebab tu ada pelabur ASB yg dah ada juta-juta dlm buku ASB dorg.

  7. din
    10 Januari 2011 at 10:38 am

    kawan saya ada seratus ribu kalau simpan 5 atau 6 tahun dapat berapa ya? maaf tanya soalan kurang cerdik sebab memang tak arif pasal benda2 macam ni..

  8. 28 April 2012 at 3:40 pm

    9 tahun berpantang itu berpantang ini semata-mata nak bayar pinjaman,akhirnya dapat RM9 ribu saja.Maaflah,tapi macam tak berbaloilah.

    • zahalee
      8 Mei 2012 at 9:27 am

      Ini kes tak paham-paham ni…hahaha

    • 8 Mei 2012 at 10:24 am

      aper yg saudara berpantang..?yg penting saudara kira berapa jumlah yg saudara keluarkan, dan kira pula jika duit tu dalam ASB dan kira dividen yg sepatutnya dapat..barulah boleh tau rugi atau untung

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: