Arkib

Archive for Disember 2009

Dividen ASN 2009 5.2 sen

24 Disember 2009 3 comments

Kelmarin PNB mengumumkan agihan pendapatan ASN sebanyak 5.2 sen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009. Pada tempoh yang sama, harga ASN memberi pulangan sebanyak 25.75% setakat 22 Disember 2009. Menjadikan jumlah pulangan sebanyak 35.01%. Pulangan yg agak menarik juga untuk saham amanah ASN ni.

Dividen dan Bonus ASB 2009

15 Disember 2009 16 comments

Kelmarin PNB mengumumkan berita berikut (sumber Utusan):

Seramai 6.78 juta pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) bakal mendapat agihan pendapatan sebanyak 7.30 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan 31 Disember 2009.

Jumlah agihan pendapatan dan bonus itu meningkat daripada tahun lalu masing-masing sebanyak 7.00 dan 1.75 sen seunit.

Urusniaga ASB akan ditutup mulai 21 Disember 2009 hingga 3 Jan 2010 ni. Boleh semak dividen yang anda perolehi pada 4 Jan 2010.

Macam mana pulak pengiraannya?

Senang saja. Kalau anda labur RM1000 pada awal tahun. Berapa yg anda dapat?

Baki minima sepanjang 2009 = 12 x 1000 = 12,000.
Maka dividen = 12,000/12 x 7.3% = 73.00

Baki minima sepanjang 10 tahun lepas = 12 x 1000 (9 tahun lagi tu kosong).
Maka bonus = 12,000/120 x 1.25% = 1.25

Jumlah pendapatan = 73.00 + 1.25 = RM74.25

Kalau ada yang perasan, agihan dividen dan bonus tahun 2009 ni sama dgn 2006.

Selamat melabur!

Pulangan PISSF 33.7%

4 Disember 2009 1 komen

Satu lagi dana yang diurus oleh Public Mutual iaitu Public Islamic Sector Select Fund (PISSF), yang dilancarkan pada Nov 2007, menjana pulangan utk tempoh setahun sebanyak 33.7% bagi tempoh berakhir 6 Nov 2009. Dana ini juga terbuka untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Untuk tempoh kewangan berkahir 30 Nov 2009. Dana PISSF mengumumkan agihan dividen sebanyak 0.50 sen seunit.