Utama > ASB, Pelaburan, Unit Amanah > Dividen dan Bonus ASB 2009

Dividen dan Bonus ASB 2009

Kelmarin PNB mengumumkan berita berikut (sumber Utusan):

Seramai 6.78 juta pelabur Amanah Saham Bumiputera (ASB) bakal mendapat agihan pendapatan sebanyak 7.30 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan 31 Disember 2009.

Jumlah agihan pendapatan dan bonus itu meningkat daripada tahun lalu masing-masing sebanyak 7.00 dan 1.75 sen seunit.

Urusniaga ASB akan ditutup mulai 21 Disember 2009 hingga 3 Jan 2010 ni. Boleh semak dividen yang anda perolehi pada 4 Jan 2010.

Macam mana pulak pengiraannya?

Senang saja. Kalau anda labur RM1000 pada awal tahun. Berapa yg anda dapat?

Baki minima sepanjang 2009 = 12 x 1000 = 12,000.
Maka dividen = 12,000/12 x 7.3% = 73.00

Baki minima sepanjang 10 tahun lepas = 12 x 1000 (9 tahun lagi tu kosong).
Maka bonus = 12,000/120 x 1.25% = 1.25

Jumlah pendapatan = 73.00 + 1.25 = RM74.25

Kalau ada yang perasan, agihan dividen dan bonus tahun 2009 ni sama dgn 2006.

Selamat melabur!

  1. pakzul
    15 Disember 2009 at 9:14 pm

    better, tetapi PNB kata boleh bayar 11 sen. awat dia tak kasi lebih sket (8-9sen). banyak sangat dia bawa ke depan

  2. 16 Disember 2009 at 11:50 am

    melaburlah dalam public mutual.. lagi untung.. http://pb-mutual.blogspot.com

  3. Mr Adof
    16 Disember 2009 at 1:26 pm

    Alhamdulillah….

  4. debab
    17 Disember 2009 at 2:15 am

    labur dalam public mutual kena tax, labur dalam asb tak kena tax, maka labur dalam asb lagi untung

  5. pakzul
    18 Disember 2009 at 7:59 pm

    unit trust selain dari pnb, sori ek …. dah serik. agent hanya pandai kutip komisyen je. x pandai rekemen switch je. asyik suruh beli je, bila nak jual nye? agent hampeh

  6. idah
    20 Disember 2009 at 11:08 am

    memang betul kata pak zul , agen pandai cakap je… bila dah jatuh , senyap.. langsung tak dengar berita…hampeh.. serik habis..

  7. pakzul
    24 Disember 2009 at 3:15 am

    tadi petang ada singgah kat cimb wealth advisor, uptown. kesian pakcik tu, ada problem ngan agent UT. banyak kali call x pickup. Agent tu advice pakcik tu beli UT yang kurang performance (ASB pun better). So, kerani tu advice pakcik tu supaya jgn jual lagi, coz masih lagi rugi. nak amik kesempatan pun, jgn la kat orang tua. mungkin itu duit simpanan yg dia ada selepas bersara. penat dia simpan

  8. Mr Adof
    24 Disember 2009 at 6:12 pm

    kesian kat pakcik tu…. pakzul tak kata apa2 ke?

  9. pakzul
    25 Disember 2009 at 9:58 am

    ada la ngomel2 sket kat kakak kaunter tu. kebetulan ada sorang agent tengah isi borang invest, biar dia terasa.

  10. Syam
    25 Disember 2009 at 11:24 am

    Assalamualaikum..Sy nk tahu, halal ke kite labur dlm ASB? ASB buat pelaburan dlm bisnes ape? Sape2 ade jawapan sila beritahu yer…sekian…

  11. pakzul
    27 Disember 2009 at 8:44 am

    saya rs halal. compliant dengan syariah rules (tak boleh lebih 1/3 (sepertiga) urusniaga dalam bidang yg halal. nk tgk detail, check laporan kewangan tahunan (kat website http://www.asnb.com.my ada.). tapi kalu ASB Loan, semuanya terlibat riba (termasuk Maybank Islamic), cuma kita kena minta insurance Islamic utk mengurangkkan kebrgantungan pada sistem konventional dalam pelaburan kita. itu je yg kita as peminjam yg boleh kita buat. TQ

  12. max
    29 Disember 2009 at 7:50 am

    salam nak tanya la .. tak paham pengiraan tu la.. klu 1000 dividen nya cuma 73.00, klu labur 40k dividen nya cuma 255.00 ya ke cam tu.. klu ya betul cam tu rugi gila la. bulan2 bayar load lebih dari 255.00 tu..macam mana ya.. tlg

  13. 3 Januari 2010 at 11:35 pm

    Salam, betul ke kiraan kat atas tu? Anyway, zaman sekarang kalau nak untung jangka masa panjang simpanlah emas. Kadar keuntungannya melebihi dividen yang dibayar oleh ASB sepanjang tahun.🙂

  14. 4 Januari 2010 at 9:30 am

    labur rm40K aku kira dapat rm2.9K++… cemana ko kira dapat rm255 jerk weh? tak logik tu.

  15. max
    7 Januari 2010 at 12:13 am

    aku silap kira la tu.. 255 tu per bulan la

  16. melnsem
    7 Januari 2010 at 9:10 am

    macam mana gak kiranya ni…kalau labur 60k..berapa dividen dia dan bonus dia..sapa2 yang sudi dan terro..tolonglaa kirakan..tq

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: