Arkib

Archive for Mac 2010

Fakta Menarik ASB 2009

30 Mac 2010 2 comments

Hari saya baru dapat Laporan Tahunan ASB 2009. Terdapat fakta menarik di dalamnya.

Ada 2 kumpulan ekstrem:

Kumpulan A (Memegang unit RM5,000 dan ke bawah) seramai. 5.2 juta orang.

Kumpulan E (Memegang unit RM500K dan ke atas) seramai 7,324 orang sahaja.

Yang menariknya, jumlah unit yg dipegang oleh kumpulan E jauh lebih tinggi iaitu 4.68 bilion berbanding 2.88 bilion yg dipegang oleh kumpulan A.

Anda masuk dalam kumpulan mana?

Advertisements
Kategori:Macam-macam

Dividen ASM Tahun 2009 6.3%

Untuk tahun 2009, ASNB mengumumkan dividen Amanah Saham Malaysia (ASM) sebanyak 6.3%. Ok la tu. Dana ni sesuai kalau kouta ASB sudah penuh. Dan ASW2020 pun sudah melabur banyak. Teruskan melabur.

Kadar BLR naik kepada 5.8%

Hari ni, lima bank terbesar di negara ini mula menaikkan kadar BLR kepada 5.8%. Iaitu Maybank, RHB, Public Bank, HLB dan CIMB.

Banyak tu, installment rumah saya pun kena bayar faedah naik RM50.

Kategori:Hartanah, Pelaburan

Dividen KWSP 2009 5.65 peratus

Hari ini KWSP mengumumkan dividen bagi tahun 2009 iaitu 5.65 peratus. Lebih tinggi berbanding tahun lepas 4.5%. Suatu lagi berita baik setakat ini. Walaupun masih rendah berbanding kadar dividen beberapa tahun yang lalu.