Arkib

Archive for Mei 2010

Hit mencecah 100K

28 Mei 2010 1 komen

Tanpa disedari, minggu lepas hit untuk blog ini telah mencecah 100 ribu. Terima kasih kepada pengunjung. Pagi ini baru saya sedar, hit telah mencecah 100,800. Sebenarnya, minggu lepas (bulan ini) saya terlalu sibuk mengurus 2 apartmen yg dibeli bulan Sep 2009.

Selepas ini, saya bercadang untuk berkongsi pengalaman dgn pembaca tentang pelaburan hartanah. Jadi mungkin tajuk post selepas ini lebih tertumpu kpd hartanah.

Terima kasih kepada semua pengunjung. Ada juga komen yg saya tidak dapat balas. Kadang-kadang tu, saya terlalu sibuk, sebab mengurus hartanah ni perlukan kosentrasi untuk terus mencari peluang-peluang baru.

Teruskan melabur!

Bank-bank Mula Menaikkan BLR kepada 6.05%

Seperti yg dijangka, bank-bank tempatan berlumba-lumba menaikkan BLR kepada 6.05% mulai Isnin atau Selasa ni. Ini termasuklah Maybank, CIMB/Islamic, Bank Islam. Cuma yg menariknya, kadar BFR Maybank Islamic dinaikkan drp 5.55% kepada 5.8%, paling murah setakat ini.

Kategori:Hartanah

RHB naikkan BLR kepada 6.05%

Dah agak dah. RHB adalah bank pertama yg mengumumkan kenaikan BLR kepada 6.05% mulai Isnin depan. Ini berikutan pengumuman Bank Negara kelmarin yg menaikkan kadar OPR sebanyak 25 basis point. Selepas ni pasti banyak lagi bank-bank yg akan naikkan BLR.

Cepat-cepat la urus pinjaman rumah, sebab besar kemungkinan selepas ni bank akan kenakan kadar faedah BLR + %, bukan lagi BLR minus %, seperti sebelum ini.

Kategori:Hartanah, Pelaburan

BLR naik lagi

13 Mei 2010 1 komen

Petang tadi Bank negara mengumumkan kenaikan OPR sebanyak 25 basis point. Maknanya BLR akan naik lagi sebanyak 0.25%. Sekarang BLR 5.8%, campur lagi 0.25%, dah jadi 6.05%. Tidak lama lagi, pasti bank-bank berlumba-lumba utk naikkan BLR.

Berita yg kurang enak utk mereka yg melabur dlm industri hartanah. Apapun bisnes hartanah tetap jalan.

Tapi ada juga berita yg sangat baik. PM mengumumkan kadar GDP negara utk suku pertama tahun 2010 adalah 10.1%, paling tinggi sejak 2000 (iaitu GDP suku pertama 2000 11.7%). Sasaran GDP tahun ni 6-7% nampaknya lebih mudah utk dicapai. Esok KLCI pasti akan memanjat ke arah utara lagi.

Sistem Elektronik-Pilihan Pelaburan Ahli (EPPA) untuk ahli KWSP

Kelmarin diumumkan, ahli KWSP kini boleh membuat pelaburan melalui skim pengeluaran KWSP secara online melalui sistem Elektronik-Pilihan Pelaburan Ahli (EPPA). Cuma saya tidak pasti cara  sebenar pengeluaran ni. Tadi saya semak di website KWSP tapi tidak ada link tentang perkara ni. Sesiapa yg ada maklumat boleh lah kongsi-kongsi di sini. Kalau ikut pengumuman tu, proses cara online ni 2 hari saja, berbanding offline sekarang ni 10 – 20 hari. Ada ura-ura juga boleh buat pengeluaran sebulan sekali, sekarang ni 3 bulan sekali. Tapi belum ada pengumuman rasmi tentang kekerapan pengeluaran sebulan sekali. Kalau jadi, seronok juga, boleh simpan cepat-cepat dlm ASW2020.

Kouta AS1M untuk etnik Cina habis dijual.

4 Mei 2010 1 komen

Menurut PNB, kouta Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) sebanyak 3 bilion untuk keturunan Cina telah habis dilanggan pada 30 April yg lalu. Saiz dana AS1M  adalah 10 bilion, dan kouta untuk kumpulan etnik lain masih ada.

Dividen untuk Dana Public Islamic Dividend Fund dan Public Islamic Asia Dividend Fund

Public Mutual mengisytiharkan dividen sebanyak 1.25 sen seunit untuk dana Public Islamic Dividend Fund (PIDF) dan 0.75 sen seunit untuk dana Public Islamic Asia Dividend Fund (PIADF). Kedua-dua menjana pulangan masing-masing sebanyak 34.43% dan 35.27% bagi tempoh kewangan berakhir April 2009. Suatu berita yg baik untuk pelabur yang menyimpan dalam dana ini.