Utama > Hartanah, Pelaburan > Beli Rumah: Modal RM500 Untung RM95K

Beli Rumah: Modal RM500 Untung RM95K

Pengalaman pertama membeli rumah. Rumah pertama yg saya beli pada Feb 2005 (teres 2 tingkat, unit tengah), hanya bermodalkan RM500 untuk bayar deposit. Lepas tu dapat loan BSN pula 105% (tahun pertama 1%, ke-2 5%, ke-3 6.25%) termasuk MRTA. Harga sebenar rumah tu RM222K, tapi dlm SNP RM240K. Bila siap, saya dapat cash 18K, kemudian guna duit tu utk beli keperluan asas rumah tu (pasang grill, langsir, lampu, kipas, tambah 1 bilik, etc) dan perabot.

Lepas tu, saya sewakan rumah tu RM1100 sebulan, bayaran bulanan pulak sekitar RM1500, kena tambah RM400 setiap bulan. Selepas locking period (3 tahun), buat refinancing, dapat interest baru lebih rendah (4.88% tahun pertama, BLR-1.85 selepas tu). Sekarang bayaran bulanan sekitar RM1285, kadar sewa pula turun sikit RM1000 sebulan, jadi tambah RM285 saja. Cuma yg lecehnya, BSN lambat proses refund MRTA, lepas setahun baru settle.

Setakat ni saya dah spend RM21K (Feb 2005 – Jun 2010), purata RM320 sebulan. Harga pasaran rumah tu sekarang RM330K. Maknanya dgn jumlah modal RM21K, untung kenaikan harga rumah RM90K plus RM5K (baki berkurangan). Peratus untung, 552% untuk 5 tahun 6 bulan, purata 102% setahun. Lumayan tu. Tapi sebenarnya pulangan tu lebih tinggi, sebab modal RM21K tu bukan dikeluarkan sekaligus, tapi dibayar secara beransur, purata RM320 setiap bulan.

ruang tamu yg luas

modern style, glass dinner table, simple

katil queen size, untuk master bedroom

Kategori:Hartanah, Pelaburan
  1. FARID
    20 September 2010 at 12:07 pm

    Nak tanya cket..ms beli rumah tu, duit lawyer xkena byr ke?

    • zahalee
      21 September 2010 at 4:05 pm

      Dlm kes saya ni, duit lawyer bayar bila rumah dah siap. Jadi developer deduct saja duit xtra tu. Ni semua bergantung arrangement buyer dgn developer.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: