Arkib

Archive for Ogos 2010

CIMB menjadi kaunter Saham Terbesar

25 Ogos 2010 Tinggalkan komen

Buat pertama kali, CIMB dengan nilai capital RM57.99 bilion dua hari berturut-turut mendahului Maybank RM57.47.

10 Saham terbesar di Bursa Malaysia:

Advertisements

Pelaburan Emas: Rekod Carta

25 Ogos 2010 2 comments

Kepada mereka yg ingin melabur dalam emas, bolehlah teliti carta-carta berikut.

Kesimpulan:
Fakta di atas menunjukkan harga emas tidak terjamin untuk sentiasa naik, dan tidak semestinya dapat mengatasi inflasi. Perhatikan carta 2008, emas naik sehingga USD1000 tapi kemudian jatuh sehingga serendah USD750, iaitu merosot sebanyak -33%. Perhatikan juga harga emas tahun 1979 hingga 2003. Harga emas terus menjunam dengan stabil daripada setinggi USD800 sehingga sekitar USD250, iaitu merosot -220% untuk tempoh lebih 20 tahun. Prestasi yg sangat buruk bagi mana-mana pelaburan utk tempoh melebihi 20 tahun. Harga emas hanya naik mendadak sejak tahun 2009. Maka fikir-fikirkan lah. Selamat melabur.

Dividen ASW2020 2010 6.35 sen seunit.

18 Ogos 2010 Tinggalkan komen

Saya agak terlambat sedikit mendapat petikan ini, tapi ini pengumuman rasmi penuh drp ASNB. Untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010, dividen ASW2020 adalah 6.35 sen seunit. Tinggi sedikit sebanyak 0.05 sen berbanding tahun lepas. Kepada yg ada melabur dlm ASW2020, bolehlah semak bermula 1 September nanti. Tahniah.

Rekod agihan dividen ASW2020 sejak 1997 hingga 2010:

1997 10.10
1998 9.8
1999 8.2
2000 8.8
2001 7.25
2002 7.25
2003 6.6
2004 7.0
2005 7.1
2006 6.8
2007 8.0
2008 7.0
2009 6.3
2010 6.35
Trend agak menurun, tapi masih jauh lebih baik drp dividen KWSP.

PENGAGIHAN PENDAPATAN ASW2020 6.35 SEN SEUNIT
9 Ogos 2010

KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.35 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata kadar pengagihan pendapatan tersebut membabitkan pembayaran berjumlah RM777.53 juta, peningkatan sebanyak 32.30% berbanding jumlah pembayaran pada tahun sebelumnya yang berjumlah RM587.70 juta.

“Pengagihan pendapatan ini akan dapat dimanfaatkan oleh seramai 892,825 pemegang unit yang telah melanggan 13.1 bilion unit ASW 2020” katanya pada sidang akhbar pengumuman pengagihan pendapatan ASW 2020 di sini hari ini. Dalam tempoh 11 bulan sehingga 6 Ogos 2010, dana ASW 2020 telah berjaya menarik seramai 20,226 pemegang akaun baru, sementara jumlah unit pelaburan baru bersih telah meningkat sebanyak 2.09 bilion unit atau 18.98%.

Sehingga 6 Ogos 2010, ASW 2020 telah memperolehi pendapatan kasar berjumlah RM887.05 juta. Keuntungan dari penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM454.57 juta atau 51.20%, pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburan pula menyumbang RM290.99 juta atau 32.80%, manakala sumber pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan menyumbang sebanyak RM141.49 juta atau 16 % daripada jumlah pendapatan kasar tersebut.

Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki terendah bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2010, iaitu mulai 1 September 2009 sehingga 31 Ogos 2010.

Pengagihan pendapatan ASW 2020 akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 September 2010. Semua urus niaga bagi ASW 2020 akan ditangguhkan mulai 25 Ogos 2010 sehingga 31 Ogos 2010 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan.

Para pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat-pejabat atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 1 September 2010.

Bagi pemegang unit yang melanggan unit-unit ASW 2020 menerusi Skim Pelaburan Ahli KWSP, pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan KWSP yang berkenaan.

Penyata pengagihan pendapatan serta laporan tahunan akan dihantar mulai pertengahan bulan Oktober 2010.

ASW 2020 merupakan dana berharga tetap di mana 51% daripada saiz yang dibenarkan adalah dibuka kepada masyarakat Bumiputera manakala 49% dibuka kepada masyarakat bukan Bumiputera. Pelaburan di dalam ASW 2020 dibuka kepada warganegara Malaysia berumur seawal 6 enam bulan ke atas.

Sumber: http://www.asnb.com.my

Pulangan ASB 32%

10 Ogos 2010 14 comments

Percaya tak, w/pun BLR dah naik ke 6.3%, tapi dgn loan ASB, masih boleh dapat pulangan sehingga 32%. Tapi macam mana nak buat tu.

Apply loan pakej Easy RHB. Pakej menawarkan hanya perlu bayar interest sahaja utk 3 tahun pertama.

Contoh untuk loan RM100K:

Kos interest (BLR-1%) 5.3% x 100,000 = RM5,300

Dividen ASB 7% x 100,000 = RM7,000

Pulangan ROI 7,000-5,300 = 1,700

Peratus pulangan 1700/5300 x 100% = 32%

Maknanya, w/pun BLR dah naik, pulangan loan ASB masih tinggi lagi sekitar 32%. Pulangan tu bertaraf dunia, risiko pula terlalu rendah. Yang lebih menarik tu, kos RM5,300 tidak perlu bayar sekaligus, tapi bayar secara bulanan. Maknanya peratus kos bulanan adalah lebih rendah. Apa tunggu lagi? Cepat-cepat lah ambil peluang.

Kategori:ASB, Pelaburan