Utama > Pelaburan, Unit Amanah > Dividen ASW2020 2010 6.35 sen seunit.

Dividen ASW2020 2010 6.35 sen seunit.

Saya agak terlambat sedikit mendapat petikan ini, tapi ini pengumuman rasmi penuh drp ASNB. Untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010, dividen ASW2020 adalah 6.35 sen seunit. Tinggi sedikit sebanyak 0.05 sen berbanding tahun lepas. Kepada yg ada melabur dlm ASW2020, bolehlah semak bermula 1 September nanti. Tahniah.

Rekod agihan dividen ASW2020 sejak 1997 hingga 2010:

1997 10.10
1998 9.8
1999 8.2
2000 8.8
2001 7.25
2002 7.25
2003 6.6
2004 7.0
2005 7.1
2006 6.8
2007 8.0
2008 7.0
2009 6.3
2010 6.35
Trend agak menurun, tapi masih jauh lebih baik drp dividen KWSP.

PENGAGIHAN PENDAPATAN ASW2020 6.35 SEN SEUNIT
9 Ogos 2010

KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.35 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata kadar pengagihan pendapatan tersebut membabitkan pembayaran berjumlah RM777.53 juta, peningkatan sebanyak 32.30% berbanding jumlah pembayaran pada tahun sebelumnya yang berjumlah RM587.70 juta.

“Pengagihan pendapatan ini akan dapat dimanfaatkan oleh seramai 892,825 pemegang unit yang telah melanggan 13.1 bilion unit ASW 2020” katanya pada sidang akhbar pengumuman pengagihan pendapatan ASW 2020 di sini hari ini. Dalam tempoh 11 bulan sehingga 6 Ogos 2010, dana ASW 2020 telah berjaya menarik seramai 20,226 pemegang akaun baru, sementara jumlah unit pelaburan baru bersih telah meningkat sebanyak 2.09 bilion unit atau 18.98%.

Sehingga 6 Ogos 2010, ASW 2020 telah memperolehi pendapatan kasar berjumlah RM887.05 juta. Keuntungan dari penjualan saham dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM454.57 juta atau 51.20%, pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburan pula menyumbang RM290.99 juta atau 32.80%, manakala sumber pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan lain-lain pendapatan menyumbang sebanyak RM141.49 juta atau 16 % daripada jumlah pendapatan kasar tersebut.

Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki terendah bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan 2010, iaitu mulai 1 September 2009 sehingga 31 Ogos 2010.

Pengagihan pendapatan ASW 2020 akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 September 2010. Semua urus niaga bagi ASW 2020 akan ditangguhkan mulai 25 Ogos 2010 sehingga 31 Ogos 2010 bagi tujuan pengiraan pengagihan pendapatan.

Para pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat-pejabat atau ejen-ejen ASNB di seluruh negara mulai 1 September 2010.

Bagi pemegang unit yang melanggan unit-unit ASW 2020 menerusi Skim Pelaburan Ahli KWSP, pembayaran pengagihan pendapatan akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan KWSP yang berkenaan.

Penyata pengagihan pendapatan serta laporan tahunan akan dihantar mulai pertengahan bulan Oktober 2010.

ASW 2020 merupakan dana berharga tetap di mana 51% daripada saiz yang dibenarkan adalah dibuka kepada masyarakat Bumiputera manakala 49% dibuka kepada masyarakat bukan Bumiputera. Pelaburan di dalam ASW 2020 dibuka kepada warganegara Malaysia berumur seawal 6 enam bulan ke atas.

Sumber: http://www.asnb.com.my

  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: