Utama > ASB, Pelaburan, Unit Amanah > Dividen Loan ASB melebihi 11%

Dividen Loan ASB melebihi 11%

Setakat ini kita tahu setiap tahun, dividen ASB yang diumumkan hanya sekitar 7%. Tapi dengan teknik manipulasi loan ASB, anda boleh menerima dividen asb melebihi 11%. Macam mana? Mudah sahaja.

Katakan anda ada loan ASB 100K, dan tempoh pinjaman maksimum 25 tahun. Bayaran bulanan sekitar RM560, maknanya setahun sekitar RM6700 (RM560x12).

Selepas 1 tahun, anda akan dapat dividen sekitar RM7000, berdasarkan dividen 7%. Untuk tahun kedua hinga ke-25, anda tidak perlu tambah modal. Gunakan dividen tu untuk bayar bulanan. Maknanya dengan hanya bermodalkan sekitar RM7000, anda akan memperolehi RM100K selepas 25 tahun. Jadi berapa pulangan peratus anda yg sebenar?

Anda boleh guna formula compounded interest. Modal RM7K, selepas 25 tahun dapat RM100K. Berapakah peratus pulangan anda? Macam soalan Matematik pula.

Memang betul, anda kena tahu ilmu hisab untuk tahu jawapannya iaitu sekitar 11.2%. Pulangan 11% secara konsisten setiap tahun sehingga 25 tahun sebenarnya amat susah untuk diperolehi. Tapi dengan loan asb adalah tidak mustahil. Selamat mencuba.

Ingin mencuba pelaburan yang boleh memberi pulangan yang lebih tinggi. Boleh mencuba UNIT TRUST, tapi risiko mungkin agak lebih tinggi.

Nota: Bayaran bulanan dikira berdasarkan kadar faedah loan asb iaitu BLR-1.65%. Kadar BLR sekarang 6.30%.

GANDAKAN WANG ANDA DENGAN UNIT TRUST

  1. ahm
    10 Oktober 2010 at 8:56 pm

    Jom kita semua pergi melabur didalam ASB loan semaximum mungkin.. 3 bank pilihan iaitu Maybank, CIMB dan RHB.. terbaru dapatkan load esy RHB ASB

    • amir
      8 November 2010 at 1:35 am

      aku adew mklumat ckit nk kogsi dgn korg

    • amir
      8 November 2010 at 1:37 am

      aku dh survey bnk2 u loan asb ni,..mybank bg -1.65,rhb dlm -1.4 cm 2

  2. Roy
    11 Oktober 2010 at 12:40 pm

    nmpak mcm senang..tpi mmg mcm tu ke dpt hasilnya…takut lain lak jadi…byk tu nk loan smpi 100k?

    • zahalee
      12 Oktober 2010 at 8:06 am

      Kalau ilmu cukup, pasti berani buat. Terpulanglah. Ini yg dinamakan calculated risk. Dalam apa jenis pelaburan dan perniagaan pun mesti ada risiko. Kita mau risiko yg paling rendah tapi pulangan yg lumayan.

  3. Roy
    12 Oktober 2010 at 8:37 am

    TQ zahalee…tapi yg Easy RHB tu cuma BLR -1% je kan, brbanding Mybank -1.65%….so masih ke rhb pilihan trbaik?

    • zahalee
      12 Oktober 2010 at 3:29 pm

      Kalau buat perbandingan dari segi Return of Investment (ROI), EasyRHB masih memberi pulangan yg lebih baik. Rujuk post sy yg lepas. Cuma Maybank bagi tempoh pinjaman lebih panjang dan locking period yg lebih pendek.

  4. Roy
    12 Oktober 2010 at 4:59 pm

    ok…sya dah bca post yg dulu2…tpi camana klu sya cuma mampu n layak utk ansuran bagi loan 20K sahaja…adakah kena amik sehingga max.20 thun jugak…dan tunggu locking period 5 yrs then stop? klu loan 10 thun je…kurang ke benefit nye?

    • zahalee
      13 Oktober 2010 at 9:09 pm

      Buat loan dgn amaun yg anda mampu sahaja. Tentang tempoh pinjaman pula, semakin panjang tempohnya, semakin tinggi untungnya.

      • siti
        13 Disember 2010 at 3:24 pm

        betoi2…
        manabung tuk masa depan

  5. Zali RHB
    13 Oktober 2010 at 10:35 pm

    yups..dapatkan plan dari easy RHB, untuk menjana semaksima simpanan anda melalui asb. Kepada yg ingin maklumat lanjut.. boleh hubungi saya di talian : 012-321 0037 (Zali) saya sedia berkongsi maklumat.🙂

  6. sahimi
    14 Oktober 2010 at 9:15 am

    nak tau…zali rhb…awak pon ada labur dalam ASB gune loan tak?

  7. hafiz azmi
    18 Oktober 2010 at 9:44 pm

    ktakn sya nk loan brapa tmpoh byaran?brapa prlu dbyar utk sbulan

    • zahalee
      18 Oktober 2010 at 11:45 pm

      Paling senang, ambil loan 100K untuk tempoh 25 tahun drp Maybank, bulanan sekitar RM540++. Kalau tak mampu, ambil separuh saja, iaitu 50K, dan bayaran bulanan pun tinggal separuh saja la.

      • amir
        8 November 2010 at 1:47 am

        yeap..mbik tmpoh pjg cz bulanan rendah,so dvden dpt bckup blnan,susah tahun 1st jew,ak adew wt 200k,blnan dlm 1160×12 dlm 14k,kte la dvden 8% dpt 16k,thn ke 2 mbik dvden byr trus u 1 thn,14k..thn ke 3 jual la,jgn tgu 25thn,cz klo nk jual tgu thn 3 tau,cz 2thn 1st kne pnlti 3%.rhb 3thn 1st mbik 3%,pas 3 thn ke ats mbik 1%,mybnk pas 3 thn kne lg pnlti 1%..byk 2..mybnk ok la..bkan nk promote tp klo nk bnding 2 la,cimb aku xthu,tp cimb shgga 20 thn,jd blnan tggi la

  8. amir
    8 November 2010 at 1:50 am

    slap,mybnk thun ke 3 xkne penalti dah..so jual thun ke 3,ni no tpn aku 0145349787,snag aku nk crte ckit..juz nk kogsi,ok..slmat mlbur

  9. najib
    5 Disember 2010 at 2:10 am

    nk tau gk, maknanya, kalau kita ikat thun yg panjang tu lbih tinggi ke dividen yg kita dpt? tak rugi ke klau lepas 3 tahun kita jual balik? sedangkan dividen tahunan kita dapat tu boleh cover untuk bayaran bulanan tahun berikutnya??

  10. Mior
    16 Disember 2010 at 10:34 am

    Jgn lupa bayar zakat.

  11. siti
    17 Januari 2011 at 6:12 pm

    tak untung blr tinggi,pinjam 100k,bulanan rm 658 30t cimb bank,dividen baru 7%

    • zahalee
      17 Januari 2011 at 6:18 pm

      Itu dulu, skarang bulanan sekitar 550 saja…BLR masih rendah skarang ni…

      • siti
        18 Januari 2011 at 5:37 pm

        pinjaman belum sampai setahun,masih baru lagi,mcm mana nak kurangkan drp 658 kpd 550

  12. siti
    18 Januari 2011 at 9:45 pm

    bagaimana klu blr naik lagi?

    • zahalee
      18 Januari 2011 at 9:56 pm

      Kalau BLR sehingga 8% pun masih untung…so risiko terlalu rendah…lagi pun, worst case boleh cancel loan asb kalau rasa tak untung lagi…belum ada pelaburan dlm dunia yg setanding loan asb, risiko rendah dan pulangan sangat tinggi…

  13. siti
    19 Januari 2011 at 5:28 pm

    adakah bank naikkan blr untuk loan 100k keatas… sedangkan untuk 50k kebawah blr
    turun

  14. rizail
    9 Mac 2011 at 2:23 pm

    asb terbek
    stakat nie pelaburan yg paling menguntungkan
    low risk high profit

  15. 6 Disember 2011 at 10:34 pm

    so jika sekarang ni..mn yg untung mybank or rhb?

  16. paja
    25 Julai 2012 at 11:59 pm

    salam nk tye sikit..
    contoh pinjaman 200k(max 25tahun), dividen 7.5 peratus dan rancang cancel dalam tempoh 5 tahun
    200000(1.075^5)=287125(dividen terkumpul-87125)
    bulan2 kita bayar 1188x12x5=71280
    jadi, dalam 5 tahun klu sy nk cancel loan asb ni adakah sya akan dapat bersama-sama duit bulan2 yg sy bayar sebanyak rm 71280 dan dividen terkumpul 87125 itu??maksud sy adakah setelah 5 tahun sy dapat monthly payment stakat sy bayar 5 tahun tu dan dividen selama 5 tahun itu juga?tq

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: