Utama > ASB, Pelaburan, Saham, Unit Amanah > ASB Loan (Pinjaman ASB) Untung atau Rugi?

ASB Loan (Pinjaman ASB) Untung atau Rugi?

Topik ni memang menarik, jadi saya akan sentuh lagi isu ni dengan update terkini.

Membuat pelaburan asb ni memang memberi pulangan yang agak lumayan berbanding risiko yang rendah. Risiko tetap ada iaitu pulangan yang kadangkala agak rendah berbanding pelaburan lain seperti unit trust, emas, saham, dsb. Secara purata, dividen asb yang diberikan sekitar 7% dan bonus pula sekitar 1% setiap tahun.

Untuk melabur dalam asb ni, ada dua cara iaitu melalui menyimpan sendiri atau melalui pinjaman atau loan asb. Mana yang lebih untung? Pada pendapat saya, melabur dalam asb dengan membuat loan asb lebih menguntungkan. Kalau org bisnes kata, meminjamlah untung mendapat pulangan yang lebih tinggi berbanding kos pinjaman.

Buat masa ni, rata-rata bank (Maybank, CIMB, RHB) menawarkan pinjaman asb pada kadar faedah BLR-1.65%. Sekarang BLR 6.3%, jadi faedah yang dikenakan hanyalah 4.65%, dan jelas sekali faedah yang dikenakan ini lebih rendah berbanding dividen asb 7%. Malah RHB juga ada menawarkan pakej Easy-ASB, pelabur hanya perlu bayar interest untuk 5 tahun pertama.

Pinjaman asb ni dikira berdasarkan kaedah reducing principal. Maknanya, interest hanya dikenakan kepada baki pinjaman, macam loan rumah, tidak seperti personal loan yang mengenakan flat rate.

Kesilapan kerap berlaku apabila pelabur membuat perbandingan antara pulangan menyimpan sendiri dan loan asb. Dan ramai juga yang memilih untuk menyimpan sendiri sahaja. Tapi ada juga yg memilih loan asb, tapi strategi yg dipilih tidak betul.

Strategi yg betul bila buat loan asb ialah dengan mengambil tempoh pinjaman maksimum dan amaun pinjaman maksimum yg anda mampu. Teknik ni akan memberikan anda pulangan atau ROI yg paling tinggi. Tapi ramai yg kata, 20 tahun tu terlalu lama. Tapi tidak semestinya kena tunggu 20 tahun, sebab untuk memaksimakan pulangan, loan asb ni kita boleh terminate selepas 2-5 tahun. Lepas tu apply semula dan terminate selepas 2 – 5 tahun, dan ulang teknik ni sehingga mencapai target amaun anda.

  1. ayed
    25 Oktober 2010 at 10:54 pm

    salam tuan,

    saya ada buat loan asb maybank sebanyak rm30K awal tahun ni dalam bulan april,18 tahun, monthly rm198, so advice tuan macam mana?bila sy kena terminate,n berapa total keuntungan?

    tqvm..

    • amir
      8 November 2010 at 2:07 am

      salam,
      klo nk jual tgu thn ke 3,klo dlm tmpoh 2thn 1st kne pnalti dlm 3%

  2. amir
    8 November 2010 at 2:08 am

    sye skong

  3. najib
    5 Disember 2010 at 1:59 am

    sy baru berhajat utk buat pinjaman asb. soalannya,adakah mengikat tempoh jangka masa panjang itu lbih baik dari masa yg singkat? jika panjang, tentulah interest yg dikenakan pihak bank lebih tinggi. Berbanding yg lebih singkat.

  4. 13 Disember 2010 at 11:56 pm

    saya ada pengalaman loan asb,buat dgn maybank pnjm 10 tahun,tp tahun ke 6 dah jual semula.kira2 mmg untung

  5. wan
    21 Disember 2010 at 7:08 pm

    salam..saya nk tanya satu soalan..saya kurang phm dengan bidang terminate..boleh jelaskan..sbb saya ade wat loan 20k dlm masa 20thn dgn maybank..adakah termintae lbih mnguntungkn, boleh ke terminate,adkah dikenakn denda

  6. man
    17 Januari 2011 at 3:46 pm

    sya ada kkeliruan dsini, boleh tlg jelaskn apa yg dmaksudkn dgn terminate tu? sya ingat nk buat loan ASB dgn RHB dlm 100k tempoh byaran blik 25thn… adakah ini 1risiko yg tinggi atau akn mbwa keuntungan kpd saya?

    • Ahmad Adib Awang
      13 April 2012 at 7:23 pm

      Terminate maksudnya korang nak hapuskan habis loan yang korang buat sebelom maturity date. Contohnya monthly interest korang adalah RM 180..thats mean if korang bayar lump sump untuk setahun korang kena bayar dalam lingkungan RM 2,160. Maka ia adalah fixed payment yang korang kena bayar until maturity date iaitu 25 tahun dari tarikh confirmation loan anda..korang boleh lah terminate (mengurangkan tempoh pinjaman less than 25 years) lebih awal daripada tarikh maksimum iaitu 25 tahun.
      Kaedahnya korang bayar lebih daripada apa yang sepatutnya amount asal yang korang biasa bayar, atas daripada nilai yg korang bayar kepada pihak bank. Secara otomotiknya, period untuk payment anda akan lebih singkat. Semakin besar nilai yang korang tambah, semakin singkat tempoh untuk anda mendapatkan wang pinjaman anda dan total dividend + bonus.
      Of course lah korang akan lebih untung sebab
      1. Semakin besar duit anda di dalam ASB, semakin besar dividend dan bonus yang anda terima.
      2. Semakin sedikit baki pinjaman anda, semakin kurang interest yang korang kena bayar kepada pihak bank kerana pelaburan jenis ini menggunakan method reducing principal dimana pihak bank mengenakan interest berdasarkan nilai bersih baki pinjaman anda.. ^__^

  7. liyana
    1 Jun 2011 at 9:04 am

    saya nak tanya.. saya ada membuat loan ASB 10K untuk tempoh sepuluh tahun pada tahun 2005. boleh tak tolong kira kan berapa keuntungan yang saya perolehi jika saya terminate pada tahun ini?

  8. emiy aa
    13 Mac 2012 at 12:30 pm

    Saya nak tanya, kalau nak jual balik loan/ terminate berapa lama tempoh pulangan akan dikredit kan? sampai sebulan ke?

    • orang baru
      15 Mac 2012 at 10:49 am

      Sebenarnya bukan tuan rumah nak tutup blog ni cuma pertanyaan tu semua nya sama bagi orng yg baru jumpa blog ni, untuk jawapan tuan/puan pertanyaan tu dah pun di jawab jika kita rajin2 nak baca atau cari jawapan dari top post yg tuan rumah dah tulis sebelum ni….rajin2 lah ya….maaf tuan tuan rumah hehehe

  9. eim
    14 Mac 2012 at 8:07 am

    blog ni da tutup ke n x operasi…macam da lama sangat tak update

    • zahalee
      15 Mac 2012 at 7:55 am

      Anda boleh dtg semula ke blog ni tahun 2020…hahaha…tanpa paksaan…

  10. havockerz
    17 Julai 2012 at 3:52 pm

    saye mmg mabuk dah nie pasal kiraan asb .. boleh bagi saye satu pengiraan.. sebab saye skg dalam dilema nak buat 100k utk 25 thun… atau 50k untuk 10 tahun .. sbb sy mmg nak budget dalam 500 – 600 bulanan … orang bank mmg akan suruh akat yang 100k la.. sbb bila kiraan bulanan saye.. sekiranya saya bayar untuk 25 tahun.. saye perlu bayar 180k.. 180% dari pinjaman saye.. kalo 50k saye bayar untuk 10 tahun .. baru 63/50k .. dalam 121%
    jadik mane yang lebih untung sbnrnye.. sebab melalui kiraan saya.. andai saya biarkan 50k tu untuk 25 tahun dan saya hanya menanggung hutang 10 tahun.. saye rase lebih menguntungkan berbanding 100k yang saye terpaksa hadap 25 tahun . dan keutungan ketika tahun ke 25 tu.. so bantu saye bagaimana nak mengira kadar keutungan tahunannya.. dan ditolak dengan modal kita..

    • skadaMampu
      26 September 2012 at 4:30 pm

      dua2 pn untung..tp klu ko tau “main” konsep terminate lagi terbaeek untungnya bro!!
      aku malas mo taip xplain blaa bla bla bla…jst pahamkn btul2 entry atas td yg last paragraph, thats it!!

      dipendekan crita, contoh:
      ko bajet installment 500-600 so amik 100k w. max 25yrs tenure instead of 10yrs.(ya..ya..ya..aku to ko mesti bilang LAMA) tp ko hold on dlu sb bla bla blaa again malas mo xplain, itu lah cara MAIN yg aku mentioned b4. Dgn SYARAT ko kena set sasaran berapa tahun b4 terminate. contoh target before termination 10yrs, n again sama ada ko rolling dvden or simpan dvden tu jan kacau sampai tempoh 10yrs. Cukup tempoh p bank tanya brapa balance yg tinggal n kasih setlle suma..habis crita.

      ok mari buat comparison.. aku refer mybnk asb islamic repaymnt scdule, ko ble donlot di internet dorg. current blr = 6.6, mybk interest blr-1.65 = 4.95 (selingan: LOAN BELOW 30K = RUGI!! JGN APPLY coz bla baa bla obviosly interst tinggi bro! AMIK ISLAMIC EVEN CONVENTIONAL MURAH RM1 DUE TO BLR RISK)
      amik islamic = takaful wajib, tp jan risau murah jak anggaran rm5/mth. so for 100k monthly
      installment 583+5*12 = 7056 setahun
      ANGGRAN dvden n bonus kira la ikut last yr 2011(Dvden-7.65 , Bonus -1.10)
      D= 100k*7.65% = RM7650
      B= (100K*12/120)*1.1% = RM110
      D+B = 7760 – 7056 (ko dpt extra RM704) in other word boleh rolling lagi bro!

      OK, cam yg aku bilang tadi d+b sama ada ko rolling ato ko simpan jan kacau dlm tmpoh 10yrs. Cara aku, simpan biar jak d+b tu installment tetap byr cm biasa.

      instead of ko punya planning 10yrs
      monthly installment 1060+5(takaful)*12 = 12,780 setahun
      D= 100k*7.65% = RM7650
      B= (100K*12/120)*1.1% = RM110
      D+B = 7760
      tgok btul2 setahun ko byr bank 12,780 dvden ko dpt 7760, ini la kenapa byk org cakap..

      1. asb tidak best sb tidak boleh rolling (padan lah,sapa suh ko tidak pandai MAIN!! hahaa)
      2. rugi, byr byk tp dvden ciput (mind set tu pun sudah salah macam mana tidak rugi bro! again cara MAIN tu beb kena BETUL jan mo cepat habis jak padahal hidup menderita!!)

      bla bla bla blaa..apapun klu mo tau lanjut ko tnya la org bank tp sumtimes dorg ni pun bukan boleh harap..

  11. Nurain
    16 Mei 2013 at 3:39 pm

    saya buat pinjaman sebanyak RM30K selama 15 tahun.. bila ye boleh jual tu?

  12. shaidatul
    10 Julai 2013 at 10:09 am

    OWH SAYA DAH FAHAM DAH … LAGI LAME KITE SIMPAN DUIT DIVIDEN KITE…LAGI BANYAK DIVIDEN YANG KITE AKAN DAPAT TAHUN2 YANG SETERUSNYE…CUKUP MASE BOLEH BAYAR BALIK DUIT PINJAMAN YANG KITE PINJAM KAT BANK … SAYA DAH KIRA .. MMG CUKUP 10 TAHUN BOLEH SENYUM LEBARRRRR…TAK YAH TUNNGU 25 TAHUN ..HIHIIH

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: